Friday, October 07, 2011

Kedai 1 Malaysia: Memang betul-betul 1 Malaysia punya restoren! by shahroll



As salam, hello readers...


Aku mulakan post dengan sepotong hadis untuk renungan bersama; moga bermanfaat untuk kalian...


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Berikanlah upah kepada pengambil upah (orang yang bekerja) sebelum kering peluhnya” (Riwayat Ibn Majah)


Ok, berbalik pada kedai makan yang aku dah cuba tempoh hari, apa yang aku boleh katakan memang MELETOP! Bukan meletup apa, makanan yang dihidangkan sememangnya membangkitkan nafsu untuk makan banyak!


see? larat ko nak habeskan? muahaha...

Kedai 1 Malaysia terletak di tepi jalan susur ke Pelabuhan Klang. Aku tak snap pulak gambar kedai tu. Dah kenyang punya pasal, langsung lupa! Senang cerita, sebelah kanan dia ada kedai mamak Subaidah, dan sebelah kiri dia ada car wash. Kedai ni berdepan pulak dengan station minyak Caltex.

Ada bebola daging.. yummm3!

Kenapa aku cakap kedai ni betul-betul 1 Malaysia? Sebabnya, bukan saja pelanggan dia terdiri daripada Melayu, Cina, India tetapi pekerja dia juga sama! Masa aku nak ambil nasi, makcik tu macam cakap slang Sabah, pastu pulak akak yang ambil order air, macam slang Kelantan.

Nice kan Malaysia? ;)

Lauk yang pelbagai...

Walaupun kedai ni kat tepi jalan, tapi kebersihan tetap terjaga. Don't worry la, bersih punya. Kot korang risau pasal kebersihan tempat makan, tempat makan ni habuk pon takde! Cer try lah.. =D

Licin...keh2, apa tandanya tu? SEDAP!!

Air fav: Teh Ais -..-

Walaupun bertemakan kedai makan 1 Malaysia, owner dia tetap mengekalkan imej islamic yang aku rasa WAJAR peniaga lain khususnya yang beragama islam (bukan untuk Melayu saja) meletakkan tanda seperti ini (bukan hanya dummi je eh?)

^____^

Enjoy! Happy Friday...


No comments: