Showing posts with label tanjong karang. Show all posts
Showing posts with label tanjong karang. Show all posts

Monday, May 14, 2012

(photos) Gambar kedamaian sawah padi di Tanjong Karang, Selangor by shahroll

Monday, May 14, 2012


As salam, hello readers...


Ahad lepas aku sempat balik kampung di Tanjong Karang, Kuala Selangor untuk menghadiri kenduri kahwin di sawah sempadan. Then ke rumah nenek belah bapak aku. Sebelum nak balik ke Klang, sempat aku berhenti kejap, sambil shoot sawah padi yang seingat aku dalam jam 4.30 petang aku snap gambar.


i love sawah padi!


Aku shoot sekejap je. Rasanya aku nak repeat balik shoot sawah padi before bulan 6. Sebab apa? sekarang dah musim menuai, so kalau lambat-lambat nanti dah kena potong. Tak best!


Lokasi sekitar batu 11 dengan Sungai Burong terbaek. Tepi batas sawah padi. Rasa dulu aku ada shoot sawah padi dengan kawan-kawan photog, tapi dah lupa pulak! (Melayu mudah lupa) =p


Layan gambar yang aku dah amek ni k? Nak download pon boleh (FREE je!). Aku izinkan.


#1: lensa 50mm

#2: lensa kit Lens

#3: lensa kit Lens

Lagi cerita pasal Tanjong Karang;

enjoy!

Thursday, November 24, 2011

Dapat gak merasa stereng MOMO + Aircond sejuk!! by shahroll

Thursday, November 24, 2011


As salam, hello readers...


Dah lama nak merasa pakai stereng jenama MOMO. Dulu masa aku kerja kilang, aku dah tanam azam nak beli MOMO yang ORI, masa tu aku ingat lagi harga dia sekitar RM250++ mahal dowh! Setakat stereng sampai ratos-ratos, memang tak lah!


So, masa aku betulkan wiring untuk sistem elektrikal kereta, aku usha stereng-stereng yang ada. tup tup, nampak stereng MOMO yang murah tu. RM 88. Mula macam nak tengok-tengok je, pegang-pegang je, sekali berminat! haishh~ seb bek dalam poket ada la dalam RM50 pat keping. huhu~


eherm3.. tadaaa~ =p

Yang ni bukan ORI punye taw. Made in Taiwan or China tak silap. HAHA. Ape de kesah, janji MOMO. Size stereng ni kecik sket dari aku nyer yang asal.. Nak kata pulak my car ada power stereng, so kalau kecik pon, tak sakit tangan! =D

My aircond have problem jugak!

towkey buka kedai jam 9.00 pagi, best kan?

Rezki towkey ni murah sebab dia buka kedai je aku 1st customer yang masuk. Then baru berduyun-duyun kereta datang. Kedai dia bertempat di Tanjong Karang, Selangor. MAsa ni mak aku tengah beli barang basah, so aku pon pergi betulkan kipas aircond yang dah tak berfungsi.

Lebih kurang Rm130 harga kipas baru. Plus, gas untuk aircond pon dah kurang. Patot la tak sejuk sangat. Untuk refill gas, RM40 diperlukan lagi. Kereta kalau nak maintain, tak terkejar duit yang keluar! haha.

Ada lagi nak aku nak buat, tapi bukan usik enjin!

enjoy!

Monday, May 02, 2011

Lepas exam, balik kampung lah! by shahroll

Monday, May 02, 2011


Holla peeps!


Masuk 2 Mei today. Syukur, dah lepas exam semua, even aku ada tak puas hati dengan 1 paper tu. Biarkan lah. Alhamdulillah, lepas exam, aku terus balik ke kampung. Jengguk2 nenek yang masih ada kat kampung. Busy nenek aku sekarang. Sebab, ada kelas prepare untuk pergi haji. Alhamdulillah, seruan ke Ka'bah semakin menghampiri.


Kat kampung tiada broadband. Susah sikit aku nak online. Kalau pakai GPS Maxis, mahal pula. Jadi, takde lah aku dalam dunia maya untuk 2 hari. Rindu? yerp, rindu kat korang yang baca blog aku nie hah! aharkz..


Kampung aku biasa lah, banyak kelapa, kelapa sawit. Ada jagung. Ada parit. Herm, parit pun nak cerita gak. Sebab kat parit tu dulu la aku selalu main lompat-lompat antara tebing ke tebing. Now, dah takde. Semua busy, sibuk cari haluan.


Sekali sekala, pejam mata, aku sedut dalam-dalam udara segar (aku harap), cuma takde la segar mana pun. Kampung pun dah tercemar sekarang. Dengan bau-bau yang kurang enak. Kadang-kadang "senak" dada aku dengan macam-macam bau yang datang.


Tapi, rumah Wak aku (wak mean bapa/ibu saudara dalam Bahasa Jawa) best! Sawah padi tengah menguning dan angin sawah yang sekali sekala deras. Terasa nikmatnya duduk di tengah-tengah sawah. Lantas, buka baju terus bagi memberi laluan angin menyapa tubuh aku yang macho ni! LOL~


sawah padi block M, Tanjong Karang, Selangor

Aku menggunakan camera handphone Nokia C3. Kamera DSLR aku ada, simpan je selalu. Budget nak jimat shuttercount la konon, padahal malas nak set-up bagai. Lagi pun, dengan C3, kualiti untuk dimuatkan ke dalam blog, ok je kan?

SELAMAT HARI BURUH/PEKERJA semua.

chaw!

Sunday, January 23, 2011

Tanjong Karang: Klasik view turn to Urban, perlu ke?

Sunday, January 23, 2011
As salam to all,

Aku baru balik dari kampung. Dah lama tak lepak kampung, so dah alang-alang mak aku ajak balik, layan jugak. Kampung kat Kuala Selangor je, tak sampai 2 jam menuju ke sana. Tapi, selalu nya aku suka lepak kat area Tanjong Karang (umah sedara aku kat sana) sebab leh layan pemandangan sawah padi yang cool dan best.

Kalau dulu, masa aku belum "gila" dengan kamera DSLR nie, rakaman untuk pemandangan sekitar pekan Tanjong Karang nie, terhenti setakat di retina aku saja. Bukan nyer aku rakam pakai mata, metafora je tu. HAHA~

Sekarang yang aku lihat, pekan yang dulu nya aku boleh katakan dengan kepadatan penduduknya yang berbangsa Melayu, dan rata-rata nya petani yang mengusahakan sawah padi, bertukar wajah dengan sedikit perubahan pada wajah pekan nie.

Banyak bangunan baru yang makin lama, makin giat dijalankan. Bagus lah, itu tandanya ADUN or YB yang jaga kawasan tu, buat kerja lah kan? Tapi, sejauh mana pembangunan sana sini dapat mengekalkan "ke-klasik-kan" wajah Tanjong Karang yang dahulunya, mungkin hilang sikit demi sikit.

Ada bagus dan tak, but i'm choose the classic.. =')

Wednesday, September 01, 2010

Independence Day!! Aku balik kampung by shahroll

Wednesday, September 01, 2010
Salam all! =D

Hari cuti umum aku balik ke kampung. Aku orang Tanjong Karang,ada sesiapa bloggers kat sini yang dari sana? boleh "ngeteh" kat kedai mamak atau kopitiam. Yeahh.. dah ada kopitiam ok kat kampung aku.. haha~  kampung aku sedikit demi sedikit mengalami perubahan yang ketara.

Jika dulu, peniaga berniaga kat tepi jalan je, now dah ada corner lot yang dorang boleh sewa,nampak cantik sikit dan teratur. Thanks for the government yang banyak tolong penduduk kat kampung aku nie. BIG CLAP!! =D

Ok, dalam perjalanan ke Tanjong Karang, aku berhenti jap kat area Sungai Buloh sebab mak aku nak beli barang kat situ. Dan, aku cam biasa lah jalan-jalan sambil memerhati keadaan sekeliling. Apa yang aku dapat??
Bendera Malaysia! Tahap kesedaran rakyat semakin baik dengan memasang Jalur Gemilang di premis mereka. So nice! =D


************************************
( sampai sudah ke rumah mak sedara aku..)
Dah sampai ke kampung aku! Actually bukan rumah nenek aku kat sawah sempadan, nie umah mak sedara aku.. suka lepak kat umah doang sebab area sawah kan.. huuuu~ so cool!.. time nie around 4 pm dan sangat2 hottzz kau.. 

LOVE MALAYSIA!! am proud to be Malaysian people. No matter what, i will stand with u MALAYSIA!!Right now, banyak sangat "musuh-musuh" negara yang harus kita lawan secara diplomatik,fantastik but not BOMBASTIK ok.. dont loike that... =_=~ 1MALAYSIA!!

Dan, semasa nak balik ke Klang, aku singgah PARAM jap (Pasar Ramadhan lah..). Betul2 depan kedai SAKAN. Kalau korang dari Tanjong Karang, kedai SAKAN nie lah tempat yang best kalau nak beli belah. Sebab barang2 dia murah dan berkualiti. tak caya? =D

PARAM!! sesak kau... masa memula aku shoot tak sesak pulak.. hehehe~ jalan sedikit semmmpitt lah!
Kedai nie lah yang aku cakap tu. Mak dengan adik aku suka beli belah kat sini. Aku? kadang beli gak kat sini, ikut pada keperluan lah =D pengguna berhemah may be... huhuhuaha

Around 9.30pm dah sampai umah.. kalau bawak laju kereta boleh awal lagi sampai, but sepertimana pesanan yang mak aku selalu pesan.. " Buat apa nak laju2.. nak balik umah je kot.." hehhe~ thanx mom!! =D

Happy Merdeka Day guys! Salam...