Showing posts with label perdana menteri. Show all posts
Showing posts with label perdana menteri. Show all posts

Thursday, March 22, 2012

Nak minum petang bersama PM Najib? jadi follower ke 500 ribu di Twitter @NajibRazak by shahroll

Thursday, March 22, 2012


As salam, hello readers...


Pengamal medium sosial media berpeluang untuk berjumpa dan minum petang bersama PM Najib dalam satu tarikh yang akan diberitahu nanti. Dulu PM ada juga buat minum petang bersama 550 rakan online (lihat SINI) malangnya, aku tak berkesempatan nak turut serta.


#GGMU forever kauuuu.. sama ngan aku lah.. HAHA!!

Kalau korang pengikut akaun Twitter PM yang ke 500 ribu, korang dapatlah bertemu dengan PM. Dan bila korang yang LIKE fanpages Facebbok PM yang ke 1 juta, korang juga akan dapat jumpa chill and minum-minum dengan PM.

"Selepas saya membuat tweet malam tadi, saya telah berfikir seketika. Dan ini adalah cadangan saya: Saya ingin bertemu dengan pengikut Twitter saya yang ke 500,000 dan pengikut Facebook saya yang ke satu juta," katanya dalam entri terbaru di blog www.1Malaysia.com, semalam." - PM Najib

Seronok jugak nak jumpa PM ni, kan?

enjoy!

Wednesday, March 21, 2012

Perdana Menteri bersama Mahasiswa?? JOM KE DEWAN AGONG TUANKU CANSELOR DI UITM SHAH ALAM!

Wednesday, March 21, 2012


SEKARANG sedang berlangsung Majlis Pelancaran Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) dan Amanat YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak Bersama Warga Kampus di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam, Selangor.

Ayoh para mahasiswa dan warga kampus yang berkelapangan untuk kita turun sekarang ke DATC UiTM Shah Alam menambahkan kemeriahan majlis yang memang cukup meriah pada waktu ini.

Tunjukkan sokongan padu mahasiswa dan warga kampus kepada YAB Perdana Menteri dan bersama-samalah kita menerima amanat khas daripada pemimpin no.1 di Malaysia malam ini.

enjoy!

Tuesday, June 21, 2011

An Evening with the Prime Minister Organized by Young Corporate Malaysians (YCM)

Tuesday, June 21, 2011


As salam and Hello readers!


Sesiapa kat sini nak bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia? Jika korang ada niat nak berjumpa bersama PM Malaysia, boleh lah mengikuti program Sepetang Bersama Perdana Menteri anjuran Young Corporate Malaysians (YCM). Details ada kat bawah ni;



The Prime Minister will be speaking and answering questions on the New Economic Model and the Economic Transformation Programme exclusively for our YCM members this coming Monday 27th June, 8.30pm at the Intercontinental Hotel Kuala Lumpur (formerly known as Hotel Nikko) [quote: HERE

Anda boleh mendaftarkan diri di borang online yang telah disediakan, sila klik di SINI

Untuk sebarang pertanyaan, korang leh tanya di twitter YCM di http://www.twitter.com/YCMS

Friday, May 07, 2010

PM pon berblog! by shahroll

Friday, May 07, 2010
Salam all!

Aku baru habis baca paper online, dan hari nie aku ubah sket bahan bacaan aku dari Kosmo! ke Berita Harian online. Dan dalam menu Nasional, berita mengenai PM kita iaitu Datuk Seri Najib yang senang meninjau keadaan rakyat sekaligus menyelesaikan permasalahan yang dialami oleh rakyat melalui blog,Facebook dan Twitter beliau.

Nah! korang lihat sendiri PM kita sendiri menggunakan New Media Order (NMO) yang dulunya tidak di aplikasi. Ya, aku taw yang Tun Mahathir juga mempunyai blog nya sendiri iaitu Che Det. 


** Our Prime Minister...

Sejak DSN naik sebagai PM, aku byk tgk perubahan demi perubahan yang dilakukan untuk rakyat. Dengan kempen 1 Malaysia nya, even ada sesetengah pihak cuba untuk mempertikaikan kempen itu, tetapi itu satu titik tolak perubahan yang harus dipandang positif oleh semua pihak kan? Bukanlah semua yang dilakukan mempunyai agenda politik sahaja?

Aku bercakap sebagai rakyat biasa... aku bukan parti itu dan ini.. so im neutral about this.Tetapi aku suka baca blog2 politik gak.. haaaaa sebagai rakyat kita mempunyai banyak pilihan maklumat yang perlu untuk percambahan minda! perghhh.. macam YB daaa aku cakap.. huhuh~

Kalau korang nak tgk blog PM kita klik kat SINI
**sumber bacaan: BH

Saturday, December 12, 2009

Blogger- Kod etika?? by shahroll

Saturday, December 12, 2009
Salam to all readers...

Celik bangun pagi, belum sempat sarapan,minum teh tawar, roti bakar & etc, SH tak sabar pulak rasanya nak UP pasal " Kod Etika bagi Penulis Blog" ... hah?? peke bende nyer tuh? hee~Ok, semalam SH lawat laman web Perdana Menteri kita dan di dalam blog beliau menyatakan kod nie la... so antara isi kandungan nyer adalah..


Penulis blog hendaklah:

• Jujur dan adil dalam mendapatkan, melaporkan dan menginterpretasikan maklumat

• Jangan sekali-sekali menciplak

• Mengenalpasti dan membuat pautan pada sumber apabila sesuai dan boleh dilaksanakan

• Jangan sekali-kali menyiarkan maklumat yang diketahui tidak tepat – dan jika menyiarkan maklumat yang boleh dipersoalkan, pastikan dijelaskan akan keraguan tentang maklumat tersebut

• Bezakan antara sokongan, komentar dan maklumat berdasarkan fakta

• Mengakui akan kesilapan dan membetulkannya dengan segera

• Perlihatkan cita rasa yang baik. Elakkan daripada memenuhi kehendak rasa ingin tahu yang mengerikan atau sensasi

• Jelaskan setiap misi blog dan alu-alukan dialog dengan khalayak ramai tentang kandungan dan cara pengendaliannya oleh penulis blog

• Mendedahkan pertentangan kepentingan, penggabungan, aktiviti dan agenda peribadi

• Mematuhi standard yang tinggi yang sama seperti mana yang mereka harapkan daripada pihak lain

1) Yeahhh!! PM kita sentiasa prihatin dalam isu perkembangan yang dijana melalui laman sesawang atau pon yg popular nyer sekarang ni blog lah.. So, nak tak nak Perdana Mentari (PM) kita pon mengambil inisiatif membina laman web/blog beliau sendiri untuk mendekatkan diri dengan komuniti blogger.


2) Laman web beliau http://www.1malaysia.com.my juga SH merasakan satu medium yang baik untuk kita ( para blogger) meluahkan atau menyuarakan pendapat di dalam alam maya sekaligus dapat diambil perhatian oleh PM kita pandangan/kritikan/bantahan secara terus!


3) Dengan adanya etika ini, SH juga merasakan tanggungjawab sosial oleh para blogger juga akan semakin baik. Dengan wujudnya blog2 yang memusnahkan nilai2 murni dan keharmonian dalam negara kita, patut lah kita hapuskan sama sekali. Nie pandangan peribadi SH je lah.. :)


4) Setiap perkara yang dibangkitkan di dalam blog anda, seharusnya memiliki fakta yang betul lagi tepat. Penting kerana ianya dapat mempengaruhi khalayak ramai dengan membaca blog anda, jika maklumat itu salah, maka akan ada bahaya yang menanti.


5) " Penulisan itu lebih tajam dari pedang"


wassalam...