Showing posts with label PLKN trainer. Show all posts
Showing posts with label PLKN trainer. Show all posts

Monday, November 29, 2010

Promote: Penulis jemputan untuk blog 1NS PLKN

Monday, November 29, 2010
As salam to all (specially Ex-PLKN),


Aku kopipes (copy and paste) kan ayat2 yang aku dah buat kat sana, sama je kan? Haha.. Sesiapa yang sudi tu, bagitaw k! Aku sangat harapkan sokongan daripada blogger (Ex-PLKN) untuk menjayakan misi ini. Terima kasih.


***********************
Greetings to all..

Sejak blog ini ditubuhkan (sebaik sahaja habis bertemu di KemSis pada 9 Oktober 2010) sambutan terhadap blog ini agak memberangsangkan. Dan, untuk itu, saya selaku admin blog ini mengalu-alukan kehadiran kalian semua di dalam blog ini.






Untuk menjadikan blog ini terus relevan dari masa ke semasa, saya membuka ruangan ini untuk menjemput sesiapa yang ingin menjadi penulis jemputan/tetap di dalam blog ini. Khasnya yang sudah ada blog sendiri yang boleh menulis dalam beberapa buah blog lagi.


sambungan, sila baca di link 1NSPLKN.blogspot

Tuesday, October 12, 2010

When i'm busy with responsibility by shahroll

Tuesday, October 12, 2010
Salam all! =D


**breathing** fuahhh~ =_=.. tired? yeahh really! not because about last Saturday event, so many event clashing in this month!! aiyo~ so pening..ahaha! Ok, what i did last saturday? here we go.~


Semenyih, Kajang 9 Okt 2010: Semalam, kira-kira seramai 200 pelatih telah membanjiri Kem Setia Ikhlas di sini. Bermula pada jam 10 pagi dan berakhir pada 3 petang telah mengimbas kembali kenangan yang telah terpahat di setiap sanubari bekas pelatih-pelatih Program Latihan Khidmat Negara yang di mana pelatih dari siri 1 hingga 7 bertemu di dalam 1 majlis yang dianjurkan buat julung kali diadakan.

Di dalam majlis semalam, telah dilantik beberapa bekas pelatih alumni untuk menjadi AJK sekteriat yang mewakili Kem Setia Ikhlas untuk mencapai misi yang ingin digapai oleh pihak PLKN adalah untuk mengumpulkan bekas pelatih PLKN seramai 30 ribu bertemu dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak. Nama-nama AJK boleh lihat di SINI


Sehubungan dengan itu, satu group telah dibuka di Facebook untuk mempercepatkan informasi ini dan boleh menyertai bekas pelatih di PERHIMPUNAN BEKAS PELATIH PLKN (30 RIBU PESERTA) DI PICC, PUTRAJAYA




Dah alang2 aku tulis kat sana, so aku copy paste lam blog aku kat sini lak, huhu~ malas nak buat write up banyak kali. Dipendek kan cerita, memang agak sibuk melayan blog PLKN dari blog sendiri! huhu~ untuk Negara kan?

Persiapan untuk bertemu dengan Perdana Menteri sedang giat dilakukan oleh AJK Sekteriat yang terpilih. Untuk Kem Setia Ikhlas Semenyih, nie lah hasil yang dapat ditonjolkan bersama ahli yang bermuafakat dan saling bekerjasama.

Bayangkan hanya 2 hari dapat dikumpulkan bekas PLKN ini seramai 272 (setakat ini pada ja, 12.01 AM). Jika tak de kerjasama, susah nak capai angka yang tinggi dalam masa kurang dari 3 hari. Syabas u ol!

Aku sebagai Naib Presiden, bertanggungjawab menggerakkan semua ahli2 bekas PLKN untuk Kem Setia Ikhlas Semenyih (KemSis) dan keseluruhan amnya. Bersama-sama lah kita menjayakan nya! =D