As salam and hello readers,
Macam korang tahu, tahun ni 31 Ogos jatuh pada Hari Raya ke-2. Aku tak jangka sambutannya meriah seperti tahun-tahun sebelumnya. Mungkin sebab bertindih dengan perayaan. Mana yang "tak beraya" sangat, boleh layan ke Dataran Merdeka (may be) bagi melihat sambutan merdeka.
Tapi ada yang mengatakan sambutan kemerdekaan ditunda ke tarikh 16 September sempena Hari Malaysia. Bagus jugak lah kalau mereka berfikiran begitu. Baru seronok nak sambut merdeka. (ref:HERE)
Aku ada baca di Sinar Harian, kempen mengibarkan Jalur Gemilang (bendera Malaysia) tidak mendapat sambutan dari rakyat. Mengapa lah? Aku sendiri pun tak letak bendera. Tak patriotik betul!
Aku letak shield ni boleh? Patriotik gak!
RUKUN NEGARA MALAYSIA
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
(source: Wiki)
Saja letak RNM atas ni. MAnalah tahu korang lupa kan? Ecceh! bajet so patriotik betol la ko neh shahroll! Apa pun, Selamat Menyambut Kemerdekaan Malaysia yang tak lama lagi dah dengan temanya:
“1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”

1 comment:
Nana:
Selamat juga kepada Nana! =) raya mana tahun nie?
Post a Comment