As salam and hello readers!
Teruja saya menyiapkan sampai ke titisan terakhir entry My Selangor Story 2011. Untuk pengetahuan anda diluar sana, saya pernah menghantar entry pada tahun 2010 (SINI). Namun, untuk tahun ini saya TAK AKAN mungkin lepaskan peluang untuk menyertai My Selangor Story yang mana saya rasa lebih menyeronokkan!
SELANGOR HAS MORE!!
Mana tak seronoknya, kali ini dihimpunkan bloggers dari bukan sahaja dari Malaysia, bahkan dari Singapura, Thailand dan juga Indonesia. (ref:HERE). So, apa bestnya Selangor di sini?
Well, Selangor banyak tempat yang menarik yang boleh anda kunjungi. Saya sendiri tak pernah habis jalan-jalan ke seluruh Selangor (Oh! sangat busy bekerja!) Tetapi beberapa posting tentang Selangor anda boleh membacanya di SINI (label untuk Selangor)
Jika ditanya mengapa saya layak untuk menyertai pertandingan MSS2011, cukup mudah. Saya blogger personal yang aktif! Setiap hari ada saja idea/entry yang mana nak tidur pun boleh update blog sekejap bila idea tiba-tiba datang (ini serius)
Selain itu, berkebolehan saya meng-Update blog dalam keadaan yang menekan (stress!). Tidak percaya? Anda boleh lihat masa saya dan rakan-rakan lain menyertai event Maxis Nom Nom!
Akhir sekali, saya mempunyai blog khas untuk Selangor (Daerah Klang) yang mana apa yang berlaku sekitar Klang saya akan update di blog sana. Selain itu, blog itu juga saya gunakan untuk update persekitaran rumah saya yang berada di Klang. Link http://klangselangor.blogspot.com/
Sebagai penutup, saya buat video KHAS untuk kalian, enjoy! =D







