Showing posts with label makan sedap. Show all posts
Showing posts with label makan sedap. Show all posts

Saturday, April 19, 2014

Chicken Chop @ Amansara Islamic Steak House by shahroll

Saturday, April 19, 2014



As salam, hello readers...

Aku sempat merasa makanan di restoren di sekitar rumah aku. Memang dekat sebab Bukit Tinggi tak jauh pun dari kawasan Pandamaran. Berjumpa dengan rakan lama sekolah Teknik/Vokasional Klang dulu. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar atas pertemuan perniagaan sebenarnya.

Dah familiar makan disitu lah kawan aku ajak makan di Amansara Islamic Steak House ni. Not bad, cuma harga little bit high. Time gaji boleh datang sini k?

Chicken Chop @ Amansara Islamic Steak House

Aku try Chicken Chop dia. Yes, tak dinafikan sedap, ayam tak terlalu kering, sayur direbus dengan elok dan kentang goreng tak terlalu keras. Cuma kuah dia sikit sangat. Boleh lebih sikit kot lain kali? Harga? RM23.70 satu set belum campur air Rasberry yang aku minum tu eh...

My friend bukak bisnes Saloon dan terletak di area Shah Alam. Dari cerita dia, memang ok-ok business cuma nak kan something new & boom untuk dari segi promosi. Sebelum tu aku ada tunjuk kan dia tentang tindakan pembetulan dalam pengendalian laman social media

Alhamdulillah, my friend terima apa yang aku beritahu dan come up dengan beberapa solution. Aku bukan hanya sekadar menjadi penasihat marketing bahkan jauh lebih itu.

Pasal tu agak PNC la ye? *Off record*

Ada sambungan pasal post ini. Aku akan pergi ke saloon kawan aku tu untuk melihat apa yang boleh ditambah dan dikurangkan. Kerja-kerja administration perlu diselesaikan dulu baru boleh setelkan benda yang lain.

right, enjoy!


Thursday, September 19, 2013

Kedai makan terbaik Shah Alam: Aida Ikan Bakar by shahroll

Thursday, September 19, 2013



As salam, hello readers...

Masih ingat dengan Aida Ikan Bakar yang aku post dulu? Kali ni aku datang lagi ke sini sebab teringin gila nak makan ikan bakar dengan pencecahnya yang lazat. Walaupun kedai ni nampak tak berapa "cantik" bagi mereka berstatus "high class" tapi makanan yang disediakan AWESOME woo!

Aku ambil ikan keli bakar dengan ikan kembong bakar. Sekali 2 jenis ikan aku bedal. yummehhh~

pasti mariiiii...

Ketika itu, ramainya orang yang ingin menikmati kelazatan ikan bakar ni terlalu sesak. Nasib dapat tempat duduk. Since kedai ni dah popular di kalangan orang yang bekerja pejabat sekitar Shah Alam, sepatutnya tuan kedai kena memikirkan untuk membesarkan lagi keluasan kedai makannya. Ini membolehkan orang ramai makan dengan selesa =)

Berbalik kepada ikan bakar, aku bayar total RM12 sahaja dengan air Teh Ais. Cukup berbaloi jika korang jenis makan banyak. Yang pastinya, ikan bakar disini belum sempat tuang ke dalam talam, cepat-cepat orang berpusu mengambil ikan tersebut.

Memang berbaloi...


Tuesday, January 24, 2012

Big Plate: Kampung Melayu Subang by shahroll

Tuesday, January 24, 2012


As salam, hello readers...


beberapa minggu lepas, aku sempat pergi ke satu restoren yang menawarkan pelbagai makanan Barat bersama dengan teman seperjuangan. Pertama kali aku makan disini dan ramai juga pelanggan yang ada walaupun restoren ini berada di tempat yang "rare".


Aku tak snap harga-harga dalam menu ni, 
nak tahu korang pergi sendiri.. muahahahha~

Rare maksud aku, tempat dia ni bukan lokasi yang strategik pun, deretan belakang-belakang kedai. Aku memula tak expect yang kedai ni jauh ke belakang area Subang Permai. Tahu-tahu, "eh, ada kedai kat sini?" cam tu lah reaksi aku masa aku memula sampai.

add-on: Salad Mayonis (banyak gile!)

Lamb Shrank: RM 23.00 hengget

Hot Lemon T

Aku tunggu makanan hampir 45 minit. Air pun agak lambat di serve. Nasib baik dapat bersabar sebab pelayan tu kata, ada problem kat bahagian membuat air. Ok lah, kau dah minta maaf dan beri penjelasan.

Tapi makanan yang disediakan memang SUPERB! 1st time makan lamb yang lemak+pedas (lada hitam banyak) dan kuah dia yang pekat. Sampaikan brokoli yang buat hiasan tu aku sapu juga makan!

Kentang dia ada kulit. Korang kena buang kulit dia dulu before makan. Jangan jadi macam aku, main makan je (tak perasan ada kulit sebenarnya) dah tinggal 1 potong kentang baru nampak ada kulitnya. Demm!

Kalau korang yang berhajat nak bawak family korang ke sini, boleh tengok alamat kedai kat bawah;

Big Plate  
27 Jalan Alfa F U6/F, Subang Permai, 40150 Shah Alam, Selangor
03-7845 8073 [Google Map]

Rate aku untuk kedai makan nie:-

Cleanliness : 4/5

Ambience : 4/5

Food Quality : 5/5

Service Quality : 3/5

Value For Money : 4/5

Overall : 4/5



Friday, October 07, 2011

Kedai 1 Malaysia: Memang betul-betul 1 Malaysia punya restoren! by shahroll

Friday, October 07, 2011


As salam, hello readers...


Aku mulakan post dengan sepotong hadis untuk renungan bersama; moga bermanfaat untuk kalian...


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Berikanlah upah kepada pengambil upah (orang yang bekerja) sebelum kering peluhnya” (Riwayat Ibn Majah)


Ok, berbalik pada kedai makan yang aku dah cuba tempoh hari, apa yang aku boleh katakan memang MELETOP! Bukan meletup apa, makanan yang dihidangkan sememangnya membangkitkan nafsu untuk makan banyak!


see? larat ko nak habeskan? muahaha...

Kedai 1 Malaysia terletak di tepi jalan susur ke Pelabuhan Klang. Aku tak snap pulak gambar kedai tu. Dah kenyang punya pasal, langsung lupa! Senang cerita, sebelah kanan dia ada kedai mamak Subaidah, dan sebelah kiri dia ada car wash. Kedai ni berdepan pulak dengan station minyak Caltex.

Ada bebola daging.. yummm3!

Kenapa aku cakap kedai ni betul-betul 1 Malaysia? Sebabnya, bukan saja pelanggan dia terdiri daripada Melayu, Cina, India tetapi pekerja dia juga sama! Masa aku nak ambil nasi, makcik tu macam cakap slang Sabah, pastu pulak akak yang ambil order air, macam slang Kelantan.

Nice kan Malaysia? ;)

Lauk yang pelbagai...

Walaupun kedai ni kat tepi jalan, tapi kebersihan tetap terjaga. Don't worry la, bersih punya. Kot korang risau pasal kebersihan tempat makan, tempat makan ni habuk pon takde! Cer try lah.. =D

Licin...keh2, apa tandanya tu? SEDAP!!

Air fav: Teh Ais -..-

Walaupun bertemakan kedai makan 1 Malaysia, owner dia tetap mengekalkan imej islamic yang aku rasa WAJAR peniaga lain khususnya yang beragama islam (bukan untuk Melayu saja) meletakkan tanda seperti ini (bukan hanya dummi je eh?)

^____^

Enjoy! Happy Friday...


Thursday, May 05, 2011

Makan-makan di Sup Ani Utara, seksyen 7 belakang UiTM! by shahroll

Thursday, May 05, 2011


Makan merupakan teras utama dalam aku berblogging. Kalau tak hapdet pasal makan, tak indah aku rasa. Ecceh! ye ye je. Bukan, makan2 nie best nak share sebab kalau tengok balik gambar2 yang dicapture tu balik, terasa daging tu lekat kat celah2 gigi kau tahu? =p


Pernah ke Sup Ani Utara?


Kalau tak pernah meh aku cerita. Kedai nie menyediakan banyak aneka sup. Sup dia pula macam sup daging, sup sayur, sup cendawan, sup pipi, sup lidah, sup keting dan berbagai lagi. 


Dari segi makanan lain, Sup Ani Utara ada menyediakan nasi lemak,nasi ayam dan juga Ayam Penyet. Yang nie aku rasa sesetengah kedai je kot yang ada, sebab dekat Shah Alam ada 3 kedai cawangan Sup Ani Utara, dan ada yang tak ada menu yang aku sebut tadi.


Ko selalu makan sup ape roll?


Tak ada spesifik sup yang selalu aku order. Setiap kali aku berkunjung, macam2 sup aku nak try. Dan yang latest, aku try sup keting. Dalam suasana yang sejuk (time hujan daa..)  memang kena lah!


set nasi:
nasi+belacan merah+telur masin

sup keting

Time dorang serve tu, panas2 lagi. So, apa yang aku praktiskan, layan sup panas dlu, then baru makan nasi dia. Nikmat dia perghhhh... menusuk! Aku makan nasi selalu tak sampai 10 minit, setel. Agak gelojoh? bukan, aku kunyah 44 kali gak, cuma aku punya "speed" agak tinggi. HAHA!

Bahan tambah turbo! (pedas!)

Air limau kasturi tanpa gula
(kasi potong minyak ngan lemak!)

Keriangan makan kat sini bila air peluh korang menitik sikit2. Uhh terbaeeek! masa tu, takde pandang kiri kanan der. Fokus kat pinggan ngan mangkok sup je. Plus, minum air limau suam pulak kan? haiilaa.. makin berasap la kot? Aku prektis kan minum air limau nie pon masa aku keluar makan ngan boss aku.

mende alah nie aku tak lupa nak order.. SEDAP!

Otak-otak nie bukan aku kena order pon. Taw2 dorang letak kat meja. Aku sapu lepas makan nasi. Pelahap sungguh! ahaha~ bukan aku tak bayo.. aku bayo gak pas tu.. eheheh~

Untuk korang yang nak berkunjung ke kedai Sup Ani Utara nie, boleh tengok kat blog depa kat SINI. Boleh tengok kat mana kedai berhampiran korang la ek.

Cleanliness : 4/5

Ambience : 4/5

Food Quality : 4/5

Service Quality : 4/5

Value For Money : 4/5

Overall : 4/5


Chaw!

Monday, September 20, 2010

[food] Lunch at the Noodle Station at Shah Alam by shahroll

Monday, September 20, 2010
Salam all! =D

Aku lunch solo tengahari tadi. Kawan aku kerja malam, so dah makan kat umah. Aku dari aritu dok nak sangat rasa mee kat Noddle Station tu. sedap sangat ke? ehehe.. aku try usha2 gak laman web NS nie, sekali terliur daaa.. tergugat gak lah ke"dietan" aku ni =P

So, tepat jam 1, aku terus ke NS kat seksyen 2, Shah Alam. Dekat je dengan office aku. Kalau korang tak tahu gak mana tempatnya, tengok gambarajah dibawah.. hehe~
** Tempatnya dekat dengan SACC MAll

** Berdepan pulak dengan Quality Hotel

** Noddle Station! =D kedai dia kecik je | Diantara Secret Recipe dan Uncle K

**Lunch time.. memang ramai T__T

**Buku menu yang cool

** Kan aku dah cakap =D Aku try amek set no#5 

** Tak cukup pedas? ade je cili tambahan | Cili jeruk

** Ice Lemon Tea | Terbaik!

** Nie set awal aku dapat | Prawn Tempura & French Fries


** Ada sup sekali | Sedap sup dia | Tak de bau halia.. heheh~

Overall, aku leh bagi 4 bintang dari 5 lah. Kedai bersih, nyaman ada aircond dan yang paling penting, service dia best. Ko duduk dah ada orang amek order. Kan best? dan dorang nyer service hanta makanan pon tak lambat sangat.. average la.. =D

Dari segi harga pulak, korang tak yah risau lah. Tak de mahal sangat. Kira berpatutan jugak la harganya. Bagi aku, benda sedap dan best, kira berbaloi lah dengan duit korang tu...

Ada sesiapa nak belanja aku?? Kalau ada, jangan segan2 tepon aku k! haha~ Salam!