Showing posts with label event uitm 2011. Show all posts
Showing posts with label event uitm 2011. Show all posts

Wednesday, May 11, 2011

Selamat Berkonvo member2 yang berkonvo! by shahroll

Wednesday, May 11, 2011


Morning bloggers!


Sejak beberapa minggu kebelakangan nie, cuaca agak menggila dengan "kepanasan" yang agak tinggi. Sampai aku kena mandi banyak kali! urghhh.. tapi Alhamdulillah, 2-3 hari dah nampak "slow" sikit panasnya, ade hikmah disebalik kejadian, pernah ke difikirkan? i leave it the question to u.. 


Okey, esok bermulanya konvokesyen. Kawan2 aku semua dah ambil jubah, korang dah amek belom? Tak berkonvo pulak nanti kang. Antara kawan aku yang berkonvo untuk kali ke 74 nie adalah... calon-calonya....



Eryy Ezzani a.k.a Big Bro: Beliau ambil Diploma Business. Rakan satu tempat, lain2 department. Department dia best, bahagian membeli buku. Seorang rakan yang cool, relax dan understanding! yeahh!! keep on track bro!


Alyz: Rakan dari zaman tagged lagi. Zaman diploma aku dah datang dia punya konvo, now aku datang lagi sebab di adah habes Degree pulak. Tak sure degree pe dia amek, tapi macam Human Resource gitu la, ye ke Lyz? ahaha~


Aisyah: Ok,kawan nie aku baru kenal. Sebab beberapa minggu sudah dia ada buat SKP kat tempat aku. Nice person, suka buat joke, suka bagi idea, boleh berkomunikasi dengan baik and now dah kerja sebagai Librarian di KFCH. Degree dalam Information Study.


Untuk konvo kali ni, dorang akan merasmikan bangunan baru di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) yang aku pergi masa Amanat VC beberpa bulan lepas. Cool yoooww!


Worait, cukop untuk itu. Aku ucapkan SEKALUNG TAHNIAH diatas kejayaan korang. Kejayaan korang, aku tumpang sekali nak gembira leh? ahahah~ aku punya study belom habis2 lagi, tunggu la ye? LOL~


Chaw!

Friday, April 15, 2011

Gambar kenangan 1956-2006 UiTM sentiasa di Hatiku by shahroll

Friday, April 15, 2011

Salam Jumaat yow!

Gambar2 yang aku amek kat bawah nie, ada di sekitar lorong untuk ke HEP dan juga library di UiTM Shah Alam. Board disebelah kiri dan kanan memenuhi gambar2 lama a.k.a kenangan sepanjang 50 tahun penubuhan UiTM sebagai Universiti yang mengangkat martabat Melayu di dalam bidang pendidikan. Now, sedang giat tentang Destini Anak Bangsa. (clik here)

Ok lah, bukan nak cerita pasal agenda UiTM, apa yang aku nak tekankan kat sini adalah pasal gambar. Bila aku teliti balek gambar2 lama a.k.a kenangan 50 tahun nie, terdetik juga, " oh, kalau la dulu orang tak pikir pasal kamera, sure tak de gamba2 ni".. damn yeah!

Maksud aku, pencipta2 kamera zaman2 dulu lah, kalau dorang tak mencipta kamera, masakan ada semua gambar2 nie kan? Huhu~ dah berbalik pada sejarah penciptaan kamera pulak!

Dan, yang lebih penting, tak kira lah professional or not yang mengambil gambar ketika itu, sebab gambar yang lama, nilai sesuatu gambar itu menjadi ukuran (bagi aku) even gambo tu senget ke, tak kena RO3 nyer lah yada yada yada.. bla bla.. as long "ada gambar" it ok lah to me.. =)

Enjoy!
Dah lama gambar2 nie terpampang, aku je baru nak melihat secara "detail"


What the classic lah? Love this tone! 
(kamera digital jangan harap lah nak dapat tone cam nie Ori from kamera filem)


Nie may be dah pakai Digital kamera, sebab dah masuk era 2000 HAHA!


Aiseh! aku ter spot lah pulak awek Melayu nie. LAWA dowh! Readers aku yang tahu siapa dia neh, leh la roger2 aku.. kot la skang dah jadi Dekan Fakulti ke.. 

Stay tune!


Thursday, March 24, 2011

Minggu yang busy? Boleh tahan la.. by shahroll

Thursday, March 24, 2011
Assalamualaikum wbt dan salam 1 Malaysia,


Hari nie kerja-kerja men"transfer" gambar-gambar yang aku ambil untuk Hari Mesra PTAR 2011. Dan aku wakil untuk booth Jabatan Sokongan Penyelidikan ditugaskan untuk penyebaran maklumat (EndNotes X3) dan mengambil gambar untuk booth JSP sahaja. Bukan keseluruhan event tu aku cover.


Program yang dijalankan berjalan dengan lancar dan Alhamdulillah untuk sambutan di booth JSP amatlah memberangsangkan. Tanpa membuat game yang keterlaluan. Cukup sekadar membaling dart untuk menghiburkan pelanggan/pelajar yang datang bertandang di booth kami. Agak skema pulak ayat aku yeh? haha..


Ok lah, yang best aku dapat jumpa dan shoot Prof. Dato' Dr. Abdullah Mohamad Said, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) yang murah dengan senyuman, cool lah Dato'! =D



picture credit: JSP blog

Aku akan update lagi nanti. Banyak nak up, tapi cukuplah nie dulu. Banyak-banyak nanti berat pulak blog nie, huhu~ stay tunez peeps! As salam..

Wednesday, March 23, 2011

pelakon-pelakon safa dan marwah by shahroll

Wednesday, March 23, 2011
Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera,


Mood semakin baik. Sebab semalam aku ade buang "kahak" dalam blog sebelah. Ala, bese je, dah panas, leh sejuk balik dengan kadar segera! cecece~ cam maggi segera pulak!


Ok, aku kalau ada masa lapang, suka tonton tv lah. Lebih tepat Astro. Dalam Astro tu, ada macaaaammm2 hado, tapi my family dok pi tengok cerita Sinetron, sampai aku sekali terjebak. Naseb2 je pelakon-pelakonnya kiut2. HAHA!


Macam cerita Safa dan Marwa tu, aku suka kot tengok si Safa (Nikita Willy) huhu~ lain2 pelakon cam bese je..





Gambar-gambar credit to: Kapan Lagi dan Google


Pasal Nikita Willy;



Nikita Willy adalah bintang akting muda Indonesia, yang telah membintangi sejumlah iklan, sinetron dan film layar lebar. Nikita mulai dikenal publik saat berperan dalam sinetron ROMAN PICISAN bersama aktor asal Papua, Evan Sanders.


Perempuan kelahiran Jakarta, 29 Juni 1994 ini mulai berkarir sejak usia tujuh tahun lewat sinetron BULAN BINTANG. Disusul kemudian sinetron seperti ROMAN PICISAN, RATU MALU DAN JENDRAL KANCIL, SI CECEP, HABIBI DAN HABIBAH, PACAR PILIHAN, PENGANTIN KECILKU dan sebuah FTV, MAK COMBLANG JATUH CINTA.

more: HERE



See next! Hari ni last day for Hari Mesra Pelanggan di PTAR1, jom ke booth JSP! =D As salam.. 

Tuesday, March 22, 2011

Hari bermesra-mesra dengan pelanggan by shahroll

Tuesday, March 22, 2011
Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera,


Update awal pagi. Aku baru je lepas update blog department, benda yang sama gak, Hari Mesra Pelanggan. Cumanya ayat kat sana lebih formal lah. Kalau lam blog aku nie, hantam je ayatnya. =p


Hari nie memang busy nak siapkan kelengkapan untuk booth kitorang. Almost done, cuma ade sikit2 je lagi nak touch-up. Kali nie tak de istilah "booth TERBAIK", tapi aku memang TAK HARAP pon benda tu, janji aku puas booth aku cantik dan orang ramai berkunjung! =D


PTAR+Mahasiswa.. awesome!

Aku bersama 2 pegawai aku berkerah tenaga siapkan seberapa banyak yang boleh data di letakkan di board panel. Agak teruja, sebab kebanyakkan data adalah untuk kegunaan student yang akan datang nanti. Sebab ape? sebab, semua soalan adalah based dari data yang kitorang tampal tu. Aku dah bagi hint2 nie, pepandai korang la carik.. huhu~


Ok lah.. tunggu update seterusnya.. as salam..

Friday, February 25, 2011

Sambutan Maulidur Rasul peringkat UiTM by shahroll

Friday, February 25, 2011
As salam to all,


Alhamdulillah, hari ini aku berkesempatan pergi ke Masjid UiTM seawal jam 9.15 pagi untuk mendengar ceramah yang pada mulanya aku tak tahu siapakah ahli panel yang akan beri ceramah tentang sambutan Maulidur Rasul kali nie. Aku pergi sorang dari office dan berjumpa dengan rakan2 lain di dalam masjid.


Inilah Masjid di dalam UiTM, dan tempat diadakan ceramah tadi.

Di persekitaran, terdapat banyak sepanduk2 yang aku percaya adalah dari setiap fakulti dan bahagian dalam UiTM yang berarak untuk sambutan Maulidur Rasul. Difahamkan, terdapat 10 kontijen daripada staff (campur fakulti dan bahagian) dan 5 kontijen daripada pelajar. Untuk makluman, penyertaan kali ini agak memberangsangkan dari tahun sebelumnya.


Keadaan di dalam masjid. Masa nie Dato' Naib Canselor ada bersama jemaah yang lain untuk memberikan sepatah 2 kata serta menyampaikan hadiah untuk Tilawah Al-Quran yang telah dimenangi oleh pelajar antarabangsa (lelaki).

Setelah penyampaian itu, Dato' VC mempunyai urusan yang lain, tetapi komitmen Dato' terhadap pembangunan insaniah di UiTM, tak dapat disangkal. Sesibuk mana pun, tetap akan meluangkan masa. Salute sama Dato' VC. Dan, ahli panel untuk memberikan ceramah telah pun kelihatan, memula tengok macam tak kenal, lepas 2-3 kali tengok, Ya Allah! Aku kenal dengan Ustaz Amin nie. He is blogger. YES! ini blog beliau http://www.ustazamin.com

shahroll bersama Ustaz Amin

Kalau tak silap, ustaz Amin banyak keluar di kaca Tv untuk program "Tanyalah Ustaz". Patut pon macam pernah nampak. Plus, aku memang follow blog beliau. Dan, ceramah beliau banyak berkisar tentang perkongsian ilmu. Dan lebih menyeronokkan, ceramah beliau tak boring. Aku ulang, TAK BORING. Sebab slide demi slide akan ada unsur2 multimedia (tayagan video) dan aku masih ingat sampai sekarang, pasal Istanbul, Turki. Tengok video kat bawah nie.

Maaf, rakam pakai Nokia C3

Actually, aku tak pernah tengok filem "FETIH 1453" nie. Aku berborak ngan kawan office aku, Bard, apesal tak de movie yang cam nie ditayang? uhuhu~ not bad what. Cool kot? untuk contoh trailer yang lain boleh click SINI
Selain itu, Ustaz amin juga berkongsi cerita tentang pengalaman beliau di Saint Petersburg, Rusia tentang beliau meng-interview para penyelidik yang menyelidik (pengkaji) tentang Bahasa Melayu. Saksikan video nie;

quote from: Ustaz Amin blog

Tak cukup rasanya masa yang diberikan oleh Ustaz Amin akan pengalamannya semasa beliau di Rusia. Beliau menambah lagi, ".. Kalau ada pelajar PhD melanjutkan pelajaran, pergilah ke Rusia, pergilah kaji tentang Alam Nusantara dan Alam Melayu itu sendiri.." teruja aku mendengarnya, macam esok aku nak ambil PhD, huhu~

Terima kasih juga kepada television Al-Hijrah yang datang buat coverage. Tak sangka pulak mereka datang ke UiTM. Boleh la korang melihat nanti di kaca tv ya! =D see next! As salam..

Thursday, February 24, 2011

Program jualan di Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam by shahroll

Thursday, February 24, 2011











As salam to all,

Tengahari tadi aku sempat jenguk2 ke dalam Dewan Sri Budiman (DSB) untuk melihat peniaga berniaga jualan mereka. Rata-rata banyak yang jual coklat. Yummyy! sedap kot? so, aku try beli coklat plus with Durian kat salah sebuah gerai yang ada.

Ada jual baju, buku dan ada jugak tayangan filem dalam tu (lihat atas). Bagus la ade aktiviti cam nie, dapat mendedahkan perniagaan dari Bumiputera yang ada untuk dikembangkan.

Aritu tak banyak sangat yang jual coklat neh (sila rujuk Coklat Fair)

nak beli lagi la coklat tu.. sedap!!

Minggu ke 09 dalam 2011: Banyak event! by shahroll

Thursday, February 24, 2011
As salam to all,


Pe kaba?hope sehat belaka la ye. 4 hari kau aku tak hapdet blog. Punya la busy kan? (ye la tu!) HAHA! bukan pe, asal aku login blogger nie, sure mata dah stok melekat2 nak tidoq. aduh! Penangan semester ni, hebak! (slang Kelantan puhhliss!)


Kat tempat kerja aku, ade event yang best sedang berlangsung dari 21hb sampai la esok, 25hb, yang mana Amanah Raya Berhad buat promosi la kirenyer. Best juga masa opening hari tu.


photo credit: JSP Blog

Opening, dimulakan dengan bacaan doa oleh Pustakawan PTAR, En. Izwan Salem dan di susuli dengan Pegawai Kanan oleh ARB. Then, Pemangku Ketua Pustakawan, Puan Faridah Talib pula memberikan ucapan sekaligus merasmikan majlis tersebut. Even majlis nie dibuat pada hari Isnin, yang rata2 masih dalam Monday Blues, dengan kebijaksanaan Pegawai dari ARb itu, membuat kami tak lah bosan sangat, sebab tak formal! Cakap santai kata orang... tu yg best..

Dan yang best, ada kuiz yang boleh disertai dan boleh menang RM350 setiap hari! haha.. leh try nie.. mana taw naseb badan betuah ke kan.. see next guys! As salam..

Thursday, February 10, 2011

Amanat Tahun Baru Naib Canselor UiTM 2011 di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC)

Thursday, February 10, 2011
As salam to all,


Tadi aku baru balik dari DATC yang mana, mendengar serta menghayati Amanat Tahun Baru yang disampaikan oleh VC dengan begitu bersemangat dan jelas tentang misi dan visi serta halatuju UiTM selaras dengan perlembangaan negara.



Jika tanya kat aku, pandangan sebagai staff sokongan a.k.a pentadbiran, beberapa elemen atau aspirasi yang baru telah dibuat oleh Dato' VC dalam pentadbiran Dato'.Bertepatan dengan tema Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk tahun ini adalah "Pengajian Tinggi Ke arah Transformasi Negara".

Kenapa Transformasi? dan, apa transformasi itu sendiri? aku ambil petikan dari web JASA berbunyi;

Trans bermaksud melintasi dari satu sisi ke sisi lainnya (across), atau melampaui (beyond), manakala kata form bererti bentuk. Jika istilah transformasi digunakan dalam bentuk kata kerja, maka kita menyebutnya sebagai mentransformasikan yang bermakna mengubah (rupa, bentuk, sifat dan fungsi) dan juga bererti mengalihkan. 
Maka dengan ini pendapat aku, budaya kerja itu sendiri yang kita perlu ubah untuk menyesuaikan dengan keadaan semasa. Mungkin pandangan aku berbeza dengan hadirin yang lain, aku cuba memandang dari sisi yang sama dengan Dato' VC, dan cuba memahaminya.

Nikmati slide yang aku sempat snap pakai Nokia C3:-

Untuk mencapai World Class universiti, UiTM bekerjasama dengan Universiti2 luar dan tersohor.

VCSP: Special project, sound like GREAT! =D

Gagasan 1 Malaysia: Inspirasi dari Dato' Sri Najib Razak.

Penghargaan dari Dato' VC untuk Jabatan Pendaftar dan juga Bendahari

Pendekatan Dato' VC: Menggunakan social networking Facebook untuk berinteraksi secara terus dengan students dan juga staff. LOVE it!

Jabatan aku (PTAR) juga disebut oleh Dato' VC =D

CEGAH PLAGIAT!!! satu isu yang dipandang serius oleh Dato' VC 

Tadi sekalung tahniah diucapkan kepada Jabatan Pendaftar dan juga Jabatan Bendahari kerana menjadi contoh kepada jabatan-jabatan yang lain untuk meningkatkan mutu kerja dan juga kecekapan. Syabas diucapkan!

Selain itu,Dato' juga amat disenangi oleh para pelajar kerana sikapnya yang ramah. Korang boleh tengok dalam Facebook pages Dato' kalau korang nak tengok ataupun mahu mengenali Dato' VC dengan lebih dekat. Aku seronok bila VC cakap "i lOVE my students!" salute sama Dato'. =D because i'm student too.. huhuh..

Full House owhh DATC!

Aku stop kat sini, kang korang bosan pulak aku tulis panjang2. Harap pengunjung blog aku yang staff UiTM, boleh kongsi2kan maklumat/pandangan korang pasal Amanat nie tadi lam komen ya! Amat dialu2kan.. =) as salam..

Thursday, January 20, 2011

Chocolate Fair at UiTM Shah Alam [DSB] by shahroll

Thursday, January 20, 2011
As salam to all,

Thaipusam today. Happy public holiday peeps! Korang suka makan coklat? selain dari jenama coklat yang korang selalu makan, ada pernah try coklat dari buatan Malaysia punya? Kalau tak pernah, meh baca posting aku sampai habis.

Sepanjang minggu lepas, 1 event berlangsung di UiTM. Fakulti mana yang anjurkan aku kurang pasti, mungkin dari Fakulti Business kot? Kalau ada students UiTM baca post nie, leh correct me lah.

Dalam banyak2 yang dijual, aku suka pergi ke booth coklat. Selain dapat test makan coklat free (sikit je..) harga promosi dorang pon not bad! Banyak gak penggemar coklat kat dalam UiTM nie (lagi2 gurls).

Ada 3 company yang buat jualan, but aku amek salah 1 je la eh. Check out my photos below.. =D

Coklat plus Durian

SALE! SALE! SALE! =D

DEZZARIZ SDN. BHD
No.122, Jalan Desaria 9, Taman Desaria
Nilai 5, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
h/p: 016-485 5738

Besar atau kecik semua ada.. 3 pack RM10 hengget je..

Time for eat!! lalalalla~

Selalu orang kata, makan coklat tu menggemukkan. NO LAH! Coklat nie bagus makan owh, sebab pe? baca bawah nie,

Chocolate is made from plants, which means it contains many of the health benefits of dark vegetables. These benefits are from flavonoids, which act as antioxidants. Antioxidants protect the body from aging caused by free radicals, which can cause damage that leads to heart disease. Dark chocolate contains a large number of antioxidants (nearly 8 times the number found in strawberries). Flavonoids also help relax blood pressure through the production of nitric oxide, and balance certain hormones in the body.
source: About.com 

So pas nie tak de lah kata coklat tak bagus ye! (kadar kuantiti yang sederhana) berlebih2 makan, lain pulak jadinya.. huhu~ k, enjoy cuti today.. As salam..