Showing posts with label shahroll photography. Show all posts
Showing posts with label shahroll photography. Show all posts

Friday, August 03, 2012

(commercial photo) Bila gambar kita menjadi "official" photo by shahroll

Friday, August 03, 2012


As salam, hello readers...


Aku tak tahu nak letak tajuk yang sesuai sebenarnya. Ini pun tah kali ke berapa aku backspace tajuk yang diletakkan. Semoga sampai maksud aku tu ya? Kalau tak sampai juga, mohon membaca posting ini sehingga akhir kalam. =D


Beberapa bulan lepas, aku ditugaskan untuk mengambil gambar *ala-ala commercial photos* untuk kegunaan mereka. Mungkin untuk buat banner, poster ataupun flyers paling tidak pun. Tapi hari ini *aku baru perasan dalam blog library tersebut* agak terkejut juga!


Kenapa?


Gambar-gambar yang aku shoot untuk kali ke-2 *setelah kali pertama reject* digunakan sepenuhnya di dalam blog tersebut. Syukurlah. Berbekalkan kamera serta lensa yang bersesuaian, dapatlah membuat penggambaran yang sempurna.


Original photo dari aku;


100% natural action, no pose!

Korang boleh lihat di blog INI dan INI yang menggunakan gambar aku sepenuhnya. Terima kasih kepada admin-admin blog yang ambil dan guna gambar-gambar tersebut =)

Best kan?

Friday, August 26, 2011

[ads] Mana nak cari jurugambar/photographer sekitar Klang/Shah Alam/Kuala Lumpur? by shahroll

Friday, August 26, 2011


As salam and hello readers!


Tak tidur lagi ke? Korang sama dengan aku la sekarang ni, mengantuk tapi tak boleh nak pejam. Datang pula idea nak update berkenaan dengan service jurugambar. Nak aku cite ke? =p


Pertamanya, ini bukan sponsored post ke hape, aku sendiri menyem-ponser post ini (SH iMAGE). Mana yang baru datang ke blog aku ni, boleh berkenalan dengan aku dekat SINI. Sorry, pakai bahase omputeh kat bahagian tu, kot la ade Mat Salleh yang berkenan nak guna service photog aku kan? heh~


Dulunya aku menggunakan blog berdomain shahrulhairy.com ni selaku blog untuk aku letak segala aktiviti photography yang aku lakukan, but now aku dah pecahkan kepada 2 blog. Yang korang tengah baca ni blog personal aku dan yang lagi satu khas untuk para future client nak tengok hasil kerja selain aku letak di dalam SH iMAGE Facebook Pages.


Contoh gambar yang aku ambil....
Lain-lain boleh ke SINI

Kepada pembaca yang sekitar Klang/Shah Alam boleh direct call aku untuk tanya services yang aku tawarkan. SMS pon ok, tapi kalau lambat better telepon je. Number telefon seperti terpapar di dalam photoblog aku.

Untuk orang KL, ikut korang. Nak lepak chill kat KLCC boleh, BB boleh, Pavi pommboley! Aku flexibel dalam nak deal-deal ni. Selain suka berjumpa orang yang tak kita kenal, boleh jadi "kawan" dalam melaksanakan projek yang bakal diberikan =D

Contoh gambar makanan yang aku ambil..
Lain-lain gambar di SINI

Aku bukan terikat kepada shoot wedding saja walaupun itulah core aku, passion aku dalam photography. Tapi, lain-lain job juga aku boleh lakukan dengan kamera 30D Canon serta 3 lens kegemaran aku (50mm+Kit lens+70-300mm). Penggunaan studio lighting juga aku boleh lakukan (solo) dengan menggunakan 2 lampu.

Dulu aku ada studio sendiri di TTDI, U2 Shah Alam...

Dalam majlis perkahwinan, aku bawak juga peralatan lighting kerana nak dapatkan gambar yang menarik pencahayaannya. Kadang, ada rumah yang mana kita tak boleh nak bounce speedlight dan akan menyebabkan gambar menjadi gelap sedikit (kira dah under la tu). Aku bagi contoh gambar yang aku gunakan lampu kiri dan kanan masa majlis kahwin.

Contoh gambar menggunakan 2 light

Perhatikan gambar diatas. Muka pengantin cerah di bahagian depan dan agak kelam di bahagian sebelah muka pengantin. Mengapa jadi cam tu? Aku edit dalam photoshop ke? NO! Sebab aku fill in cahaya lampu di bahagian depan, dan lampu lagi 1 aku bounce ke atas siling rumah, so dapat result begini. Gambar ini hanya minor editing saja aku buat (resize>Action File>text)

Best ke hasil yang kitorang akan dapat dari u?

Ini ayat biasa untuk dijadikan asas keyakinan pelanggan terhadap sesuatu perkhidmatan. Bukan calang-calang client nak invest kat satu-satu company yang beri khidmat foto. Beribu-ribu kalau dah 3 event nak cover sekali. Belum caj yang pelbagai lagi.

Bagi aku senang, setelah melihat hasil kerja aku samada dalam Facebook atau photoblog, baru lah aku cerita benda lain. I mean, dari segi harga dan etc. Nak lagi afdal,jumpa dan aku bawak sekali album yang aku dah buat sebagai contoh kepada pelanggan untuk merasai sendiri nikmat custom album yang aku berikan.




contoh custom album 8x12 size

Gambar model (portraiture) korang ambil tak?

Yup! Kegemaran aku juga mengambil gambar potret. Tak kira remaja ke, orang tua ke, orang dewasa ke, kanak-kanak ke, baby ke (cukur jambul selalu aku shoot baby). Satu kepuasan bila aku shoot wajah-wajah manusia yang terakam dalam kamera aku dan aku menjadikan gambar tu satu kenangan yang menggembirakan. Contoh?

Kids portraiture (studio)

Adult Portraiture (Studio)


Teenager (Female) Portraiture (Outdoor)


Teenager (Male) Portraiture (Studio)


Aku rasa cukup lah kot gambar-gambar yang aku letak dalam blog ni. Nanti berat pula nak loading page entry. Apa pun, jika korang rasa nak hired photographer yang dah lebih 4 tahun bermain dengan segala jenis pengalaman shooting gambar (aku la tu) boleh hubungi aku di 012-3437359 atau nak email shahrollphoto@gmail.com

Borang tempahan photography boleh pergi ke link: Borang Tempahan


Enjoy!

Thursday, June 02, 2011

Cukur jambol baby di Shah Alam by shahroll

Thursday, June 02, 2011


Hello peeps!


1st update untuk bulan Jun. Dah masuk setengah tahun. Bulan depan genaplah aku bekerja 5 tahun. So cepat! tak terasa pon aku kerja, tup tup dah masuk tahun ke-5, syukur. Kalau dikira, aku mula bekerja sejak usia 18 tahun, lama jugak lah kiranya aku jadi "pekerja" kira-kira 7 tahun gitu. 1st kerja aku kerja apa? korang boleh selongkar kat posting-posting lepas k?


Cerita asal. Aku di-text (sms) untuk menanyakan tentang gambar. Then, aku balas, shoot for what? Majlis cukur jambul. Fine, even aku tak highlight kan dalam services aku untuk majlis sebegini, sebab my core in Wedding, Convo and Portraiture, tapi untuk event like dinner ke, family day ke, gambar makanan ke (ni aku suka!) aku ON je. Mean, i will take the job. No problem punya.


Dengan itu, aku ambil this job sebab, kebetulan memang aku free masa tu. Nak ikutkan, booking kena 2 minggu awal. But in this case, is ok lah sebab aku free. Dan dekat pulak tu, kat Shah Alam je. Seksyen 20.


Thanks kat Jue yang rekemenkan aku kat hubby dia Wan, yang sama tempat bekerja. Dan, untuk majlis ni bukan dorang punya gambar lah, but untuk Kak Long dorang. After deliver, aku follow up balik dengan Wan, samada puas hati ke tidak (after sale service), jawapan yang diberikan tidak mengecewakan aku mendengarnya. Alhamdulillah.


Untuk paparan besar, lihat di SH iMAGE photoblog

Korang yang berminat nak hire aku sebagai jurugambar rasmi korang, jangan sesegan pulak nak emai pasal harga. Kalau malas bukak email, call terus! Tak pon, miss call, i call back! =D (no talipon ade lam blog sana)

See next post! adios...

Tuesday, May 17, 2011

[Edit pic] Sunset at Sepang Gold Coast by shahroll

Tuesday, May 17, 2011


Pagi Selasa peeps!


Selamat hari Wesak kepada yang menyambutnya. Aku dah stay up dekat depan PC sejak dari jam 11.30 malam sampai la waktu sekarang (waktu: 5.00pagi tepat! GMT+8). Mata so fresh dan banyak kerja-kerja tertangguh aku setelkan.


Paling jelas, aku banyak habiskan waktu untuk edit gamba. Beberapa minggu nie, aku ada banyak ambik gambar, dan edit sekaligus. Bukan semua pon aku edit, just mana yang terbaik dari gambar yang diambil aku edit, tu pon minor edit. No need "hard" editing, sebab aku bukan photographic (photo+graphic).


Sebelum aku load gambar2 event Selangorlicious minggu lepas, aku ada buat editing photo sunset aku kat Sepang Gold Coast. Walaupun aku tak menang masa competition hari tu, aku tetap berpuas hati dengan tempat yang disediakan untuk para bloggers+photobloggers shoot the sunset. tempat dia AWESOME!




Untuk gambar sebelum dan selepas, korang leh pergi ke photoblog aku k. Jika ada request for tutorial, aku cuba untuk buat untuk korang. KHAS untuk peminat SH iMAGE. =D


Selamat bercuti umum yow!

Sunday, April 17, 2011

Bagaimana nak jadi fotografer? by shahroll

Sunday, April 17, 2011


As salam to all,


Kenyang dengan lauk lunch hari nie. Plus, mak aku ada buat spaggeti. Murah rezki kami hari Ahad minggu nie. Then, bermalas-malasan kejap atas katil baca buku then open PC (so bored routine!).


Aku bukak akaun Nuffnang aku. Carik keywords yang aku tak pernah jumpa. Selalu keyword "Dira Abu Zahar" no 1 lam blog aku nie. Thanks lah yang datang, yang sekali sekala datang pon, aku ucap thanks juga, begitu jugak dengan "haterz". Tanpa korang, aku mungkin "SS" dengan apa aku nak tulis lam blog aku neh.


Bagaimana nak jadi fotografer?


Aku sure yang cari keywords nie, orang yang masih baru memegang kamera, tak kiralah kau pakai compact camera ke, prosumer punya camera ke hatta kau baru beli DSLR. Berapa bulan dah ada kamera? itu bukan persoalan utama lah, yang penting cam na ko fully utilize kamera yang kau ada.


Aku cuma bagi tips berdasarkan ape yang aku pernah buat lah, bukan "copy paste" dari sesawang lain. Berikut adalah guideline yang boleh ikut cara aku:-


1) Cari kawan-kawan sealiran (main kamera)


Kawan-kawan sekeliling kau pon penting. Tapi, lebih penting kalau ko leh jumpa kawan2 yang minat dia sama dengan minat photography ko tu. Lets say ko pakai Canon, tak semestinya ko tak leh lepak dengan kawan2 bukan dari Canon, just hang out samada lepak berilmiah ke (aku panggil dulu TT: Teh Tarik) kat mana2 port restoren dalam kawasan korang ataupun luar sikit.


Dengan ramainya kawan2 dari bidang nih, sikit sebanyak dapat mengembangkan ilmu pasal kamera2 nie. Dan, jangan malu bertanya kalau dah melepak tu. Kadang mende nie jadi kat budak2 baru, macam aku lah tu. Disebabkan "momokan" yang mereka itu hebat, super power dan macam2 lagi, menyebabkan "newbie" nie semacam takut pulak nak bertanya. Don't, just ask k?


Cara pertama nie adalah cara yang paling efektif aku rasa, sebab dulu pon aku buat cam nie.


picture: HERE


2) Layan blog, & website berkenaan fotography


Zaman ICT kot, semua kat hujung jari. Nak tak nak je belajar sendiri samada layan Youtube untuk tutorial, download tutorial dalam bentuk PDF ( nie bored dowh, kalau jiwa kental, silakan). Website kat Malaysia nie banyak boleh korang jadikan contoh untuk develop skill fotograpi. Blog aku tak termasuk lah, sebab aku campor2 punya blog. Ikut dan aku je nak tulis ape.


Website luar negara pulak, macam Rebecca Allen, Karen, dan juga J. Jones. (blog dorang banyak kali aku refer) dan korang leh carik lam Google jugak. Bersepah kan? cuma korang leh amik sample gambar dorang tu untuk meningkatkan cara korang amik gambar. Kadang cara yang "sama" dan statik tanpa ada pioneer yang buat "kelainan" untuk sesuatu sudut ataupun cara peng-editan pada gambar, setakat gitu lah tahap fotograpi korang. Penting explore and explore!


3) Rajin keluar shooting and shooting.


TIme dulu-dulu, aku suka shoot apa2 yang boleh. Tak kira subjek apa, janji shoot. Dulu pon, aku pakai kamera kompak. Then, outing ngan group2 DSLR. Cool kan? kawan2 aku dulu semua cool dan thanks pada dorang yang banyak bagi ilmu, dan sampai skang aku masih belajar dengan mereka yang "benar-benar" fotographer. I mean, yang establish lah namanya.


Ada mana2 group photog, grab peluang yang ada. Dari situ praktikal lagi ditekankan, bukan dok hadap PC baca tutorial dah banyak but still lack. apa yg lack? pengalaman. Pengalaman untuk handle kamera dalam situasi "sebenar" tak ada. Dulu wujud term " Tag Along" untuk apa2 majlis tak kisah la majlis ape pon, korang leh mintak pada Official Photographer tu untuk join sekali ngan dorang. Tu pon kalau dorang kasi la. kan?


3 tips nie, korang try dulu. Lagi pon, memang dah tak de tips g pon. uhu~ Apa yang aku tekankan kat sini, apa2 bidang sekalipun kalau setakat melepaskan batuk di tengah tangga, memang susah la nak sukses. Islam dah ajar pasal istiqomah kan? so, keep your spirit untuk belajar nak jadi photographer. Tak popular pon tak pe, janji kepuasan berkarya tu lebih penting lagi, kan?


chaw!



Sunday, March 27, 2011

Bagaimana nak jadi PRO photographer dalam masa 6 bulan saja? by shahroll

Sunday, March 27, 2011
Assalamualaikum wbt dan Salam 1 Malaysia,


Assignment dah lama bukak, pakai powerpoint, sekali cuma siap design background belakang je dari tadi! huhu~ nie lah penangan kalau dok layan #twitter ngan #facebook. Cukup 2 mende nie ko bukak, tergendala semua kerja (ok, tipu je.. siap jugak sikit2).. =p


Kalau aku tanya korang, minat jadi jurugambar? Semua akan kata MINAT!! kan? ha, tapi ape langkah yang harus korang lakukan untuk mencapai status PRO tu? i mean, professional lah ye. Dan, aku ada dapat 1 iklan dalam #facebook pasal kursus yang dianjurkan oleh salah sebuah institusi pengajian untuk korang mendapatkan ilmu2 photography. Siapa tenaga pengajar mereka?


click image for enlarge

Be a certified PRO, in just 6 months!

IIU & Canon bring to you EXECUTIVE CERTIFICATE IN PROFESSIONAL PHOTOGRAPHY & NEW MEDIA. New intake will commence 7 May 2011.

BUT, not sure if this is the right course for you? Then, join us for a 2-day workshop from 2 - 3 Apr 2011, to find out more.

We are proud to bring to you the BEST from photography - DIN ARSHAD, BUSTAMAM MOKHTAR, AZAM NEURMAYA, ESRI SENAWI.

Learn from the PROs

Korang leh tengok website IIUM di SINI

Dan aku pernah ada pengalaman dengan Din Arshad. Aku ada pergi talk yang beliau bagi di Fakulti Seni Lukis di UiTM Shah Alam. Dalam masa 2 jam bagi talk pasal fotograpi tu, aku rasa tak puas. Ada banyak lagi ilmu2 yang perlu aku NAK dari sifuu nih. Peluang untuk korang dah de depan mata, so grab NOW.. 

Good for Newbie/beginner in photography field...

Monday, March 07, 2011

ads: Promotion Card SH iMAGE | Shahroll Photography

Monday, March 07, 2011

Sunday, February 20, 2011

Portraiture photography: Di Taman Tasik Perdana, KL by shahroll

Sunday, February 20, 2011
As salam to all,


Happy Sunday! What your plan today? Aku tak de pergi memana lah sebab dah keluar semalam tengok cerita " No Strings Attached". Merapu betol cerita tu. Apa? nak aku review? ok, boleh lepas aku habeskan post nie dulu aite =D


Sesi kali ni bukan outing, but job berbayar. Yang deal ngan aku untuk sesi bergambar Anum dan Ain. But, dihari kejadian pertambahan "model" (adik Anum). Aku ok je, shoot juga. Dan, aku pelawa kawan2 fotograpi aku iaitu, Mohd Azahari Roslan, Apai Design dan juga Siti Norain.


Masa yang dijanjikan 9 pagi. Dan mula shoot dalam 10.00 pagi (lebih kurang). Sebab tunggu kawan2 lain dan juga Ain. Then mereka mekap2 sikit (by Anum) terus shoot untuk client pertama: Ain


click HERE for big scale

Lepas 10 minit, bertukar pulak untuk client ke dua: Anum. Cuaca kat TTP tak la panas sangat, cuma keadaan mendung, tapi berbahang. Aku yang amek gamba nie pon merasa air peluh menitik2, lagi la model kan? cair mekap! Tapi pastu kitorang pergi tempat yang redup2 sket, Macam gambar Anum kat bawah nie;

click HERE for big scale

Untuk sesi nie, aku cuma pakai 2 tempat je kat dalam TTP tu. Sebab aku ada limit kan masa. [ads] Kalau anda berminat untuk mengambil gambar portrait, sila hubungi saya di email: shahrollphoto(at)gmail.com, harga serendah RM100[ads] Dan untuk gambar last, adik kepada Anum, Sue;

click HERE for big scale

BIG thanks pada kawan2 aku yang hadir bersama aku pada sesi nie. Lain kali ade job, aku panggil korang lagi. Meramaikan jemaah.huhu~ buat kerja sorang2, penat juga kalau tak de kawan2 membantu. Yelah, mana nak pegang speedlite nak buat CLS, pegang reflector, pegang air Revive, aduss.. air pon nak kena pegang **grin**

Ok guys! Selamat berhujung minggu.. see next! As salam...

Sunday, February 13, 2011

Open House CNY: Cool Zone Hair Saloon by shahroll

Sunday, February 13, 2011
As salam to all,


How are you? hope everything ok la eh. Aku baru balik dari Telok Panglima Garang hantar mak aku ke klinik. Ok, Jumaat lepas aku ada pergi ke area Bangi untuk sambutan Chinese New Year di saloon kawan aku, Peggi Chong. Aku gerak dengan Fauzi, President Camp untuk branch Kem Setia Ikhlas.


Flash back sikit. Aku, Peggie and Fauzi satu team dalam PLKN dulu. So no wonder kitorang leh kenal. Ramai lagi kawan plkn, but right now, banyak bawak haluan masing2. Ada yang berjaya, TAHNIAH! tapi ape aku nak tekankan kat sini, program PLKN tu bagi aku memang cukup berkesan, dan hasilnya seperti korang leh lihat sekarang. Thanks to Malaysian Government yang do it PLKN. Kudos!


So, berbalik dengan cerita asal, aku sampai ke sana dalam 8.45 malam. Aku memang tak tahu jalan ke sana, thats why aku ikut Fauzi. Sesampai sana, aku cuba cam landmark yang mana, terletaknya PKNS Bangi dan McD besar depan kedai Salonn nie. Dan, kedai Peggi terletak kat bahagian atas. Bawah ada kedai mamak dan juga 7-Eleven.
Untuk gambar lebih besar: SINI

Gambar kat atas tu aku bersama Peggie dan juga Kent.Thanks to Niena Shah yang jadi second photographer malam tu (adik aku). Gambar nie lepas kitorang buat "yee sang". Untuk gambar2 lain, korang ke photo-blog aku ya.

Terima kasih pada Peggie sebab menjemput saya dan rakan2 PLKN yang lain. Korang yang ade event yang akan datang, jangan lupa roger kawan2 yang lain k! Korang yang duduk kat area Bangi tu, boleh ke Facebook COOL ZONE HAIR SALOON. See next yaww! As salam..

Alamat Cool Zone Hair Saloon:
203A, Jalan 8/1, Seksyen 8
43650, Bandar Baru Bangi

Friday, February 04, 2011

Dari Klang ke Kuala Selangor ke Sekincan! by shahroll

Friday, February 04, 2011
As salam to all,


SELAMAT TAHUN BARU CINA diucapkan khas kepada semua yang menyambutnya dan kepada rakyat Malaysia amnya. Semoga di tahun baru, lebih baik dari tahun sesudahnya ya! Ok, hari ni waktu aku 1 hari di isi dengan perkara yang berkualiti bagi aku dan masa untuk "asah" balik mata yang dah "tumpul" dengan kamera nie (ye ke?)


Aku dari Klang gerak dalam pukul 8 pagi cam tu, sampai ke Kuala Selangor tepat jam 9 pagi di restoren sebelah Tesco. Kedai mamak, pekena 2 keping roti canai bersama teh tarik. Sambil menunggu "makhluk halus" a.k.a Paman Aheri yang rumah nyer tak sampai beberapa kilometer dari kedai tu, aku layan majalah model (sebab aku ingat petang tu ada shoot model) salah informasi di situ.

Nie la restoren nyer

Dah lepas makan bagai, terus gerak naik kereta Paman ke Sekincan. Perancangan awal aku nak shoot sawah kan? Tapi sawah baru je kena tuai, so view pon tak best,sudah nya aku ke Sungai Leman. Aku ingat sana tu Pantai Sekincan, buek malu jo! Walaupun aku orang Kuala Selangor, tak banyak tempat aku explore kat sana. Sekurang-kurangya, aku pergi dah Kampung Kelip-Kelip, tak gitu Paman?? kah kah~ =P

First point: Kampung Nelayan Sekincan

Ok, before aku ke Sungai Leman, aku pergi ke Kampung Nelayan dulu. Kat sini perkampungan nelayannya terdiri daripada nelayan-nelayan cina (tawkey2 nieh!) sebab ada banyak kapal-kapal besar kat sini. Parking kereta 1 tempat then pergi jalan-jalan sekitar kampung nie. Tak jalan habis pon, sebab layan shoot kat bawah kapal! Best owh!

Membaiki kapal yang bocor
photo courtesy: SH iMAGE

Even perkampungan nie kebanyakkan daripadanya bangsa Cina, tapi untuk pekerja dalam kapal itu terdiri daripada orang Indonesia. Salah seorang pekerja kapal nie, Tofiq yang berasal dari Tanjung Balai, Sumatera hampir 3 tahun bekerja disini dan ada tanggungan (Isteri) di Indonesia. Aku tak shoot pulak gambar si Tofiq, kesilapan disitu.

Cerita ini bersambung.. harap maklum.. =)

Tuesday, February 01, 2011

Selamat Hari Wilayah+ Card Promo SH iMAGE by shahroll

Tuesday, February 01, 2011
As salam to all,


Dah masuk bulan Februari. 1 Februari merupakan hari cuti umum untuk Wilayah Persekutuan. Sape yang dok wilayah je cuti, yang dok negeri, kerja macam biasa ok! Jam menunjukkan 2 pagi, aku baru siap kerja-kerja yang menganggu aku walaupun mata dah lebam nak tido.


Kawan-kawan aku ada yang amek cuti raya cina nie. Ada yang tak. Aku agak esok sure sikit je yang datang. Kelas pon tak cuti, still on. Cuti start hari Khamis cam tu. Ok lah, dari tak de cuti langsung.


Tadi aku dah siapkan card promo untuk biz photography aku. Sesapa yang nak quotation tu, leh la email kat aku k. Aku tak appearkan price dalam card, just shout in email or sms atau lagi baek, jumpe terus! haaa, baru dapat harga yang best dari SH iMAGE. =D


click image for enlarge

Ada yang bertanyakan aku, "bro ade amek pre-wedding tak"? jawapan aku, ADA! Korang email bila korang nak buat, masa dan tempat, Insyaallah kalau tak clash jadual dengan event lain. Bagus buat hari Sabtu atau Ahad, sebab masa tu memang aku peruntukkan untuk buat aktiviti photography.

Ok guys, jumpa lagi next post, as salam... 

Sunday, January 02, 2011

Posting pertama di 2011: Shooting with QT Talent and Model by shahroll

Sunday, January 02, 2011
As salam to all,


Sorry! dah 2 hari tak hapdet. HAHA! bajet cam ade yang menunggu. Memang pon kan!? hermm, baru pas edit-edit gambau sikit. Hari ini, di tahun baru 2011, aku bekerja amek gambar seperti biasa. Susah gak kalau tak de assistant nie, sape mau jadi assist aku? Angkat tangan!? =D


Ok, nak di dijadikan cerita, hari nie punya kerja di lokasi SuriaMas Condo milik QT Talent and Model. Aku bukan photographer permanent for this agency, just freelancer. Even freelancer, aku akan pastikan semua kerja berjalan lancar dan take the nice picture (memang la, dah kerja ko amek gambo kot?) HAHA!


Then, start sharp 12 tengahari. Masa nie dah ada talent menunggu untuk di potret kan, but aku masih dalam keadaan set-up light. Yup, aku bawak all my stuff light. Nak tgk? lihat dibawah...


2 light left and right side

Aku tak stick one position kalau main lampu nie. Ikut "dan" aku je. Tengok gambar tu tak "sedap" aku ubah lah. Setting pada lamp pon aku sentiasa ubah. Entah lah, memang tabiat aku kot, suka mengubah. HAHA! Di sebabkan wall and plus good lighting, maka gambar yang dikeluarkan pon sedap ah!

Contohnya:-

Abaikan peluh2 tu, nampak sangat bekerja kuat! HAHA!..

Thanks pada Khazie yang "belanja" aku 1 photo nie. Eh tak! Ada 2 keping lagi. Korang leh tengok lam pages SH iMAGE Facebook k! Untuk gambar yang aku amek untuk talent, kena mintak izin dulu ngan agency. Tak leh main boh je lam belog aku nie. =D

Overall, ramai yang datang tadi. Penat aku cover dari tengahari sampai petang. Thanks pada pihak agency yang bagi kepercayaan kat aku tuk handle this job. Thanks QT Hanie! (boss agency). Ok guys, see ya next! As salam

Thursday, December 23, 2010

NEW: SH iMAGE | Shahroll Photography [Blog Gallery]

Thursday, December 23, 2010
As salam to all,


Malam yang best. Sebab? aku jumpa beberapa orang malam nie yang mana bukan calang-calang orang. Semua power-power. First, aku jumpa dengan Murad Zaidi (www.muradzaidi.com) korang leh lawat web beliau untuk tahu lebih lanjut. Pastu, aku jumpa dengan Bayu masa dance class. Last sekali, jumpa dengan pasangan pengantin yang aku shoot kat nilai. Ramai aku jumpa hari nie.


Ok, semua-semua tu aku cerita posting akan datang, now aku nak emphasize kan pasal laman gallery aku yang baru. Semalam baru siap, dan hari nie aku mula open pada orang ramai untuk melihat gambar-gambar dimana hanya gambar-gambar terpilih saja aku masukkan dalam blog tersebut.


paparan muka blog gallery 

Seperti yang aku cakap tadi, sana hanya "gallery", so hanya gambar-gambar dan sedikit caption. Segala cerita "behind the scene", semua aku cerita kat dalam blog sini. Blog kat sana aku tak letak sebarang iklan. 100% tumpu kepada business photography yang aku jalankan sekarang.

Masih dalam proses penambahbaikan, dan sekiranya komen ada sebarang cadangan/komen/kritikan membina boleh lah salurkan pada ruangan komen disana. Untuk tempahan pulak, boleh dilakukan disini, dan aku akan pindahkan ruangan tempahan photography di blog sana, Insyaallah.

Happy blogging and view my gallery. As salam.. =)

Sunday, December 12, 2010

Hari ini: Dari Klang ke Bandar Baru Nilai by shahroll

Sunday, December 12, 2010
As salam to all readers,


Baru siap transfer gambar2 yang aku snap untuk wedding tadi. OH! hari nie aku bekerja walaupun hari nie adalah hari Keputeraan Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj. DAULAT TUANKU! semoga dirahmati Allah selalu dan keseluruhan rakyat Selangor dan Malaysia.


Ok, balik ke cerita asal, 2 event hari nie aku cover untuk pasangan Gwen & Didi (nama glam!) dimana, akad nikah berlangsung pada jam 9 pagi dan terus bersanding pada jam 1.30 petang.

Menariknya pasangan nie, aku tak pernah jumpa pon Gwen (pengantin perempuan) dalam dunia realiti, baru hari nie baru jumpa. See? alam maya (online) memainkan peranan penting dalam kehidupan, kan?

Sebelum aku ke sana, aku search Bandar Baru Nilai, mana lah masjid Putra Nilai nie? Huhu~ tup tup, masjid yang aku selalu pergi dulu. Hadoii! agak "blur" disitu.

Sesampai aku ke masjid, aku terperasan ada 2 banner pengantin. Tengok, macam pelik je muka pengantin nie (lain sangat) sebab aku walau tak pernah jumpe Gwen in real life, tapi aku taw macam mana rupa paras nya. Rupanya, ada 2 pengantin serentak! Ohoo, cool!

Ok lah, dah lewat. Esok aku kena prepare tuk last shoot untuk belah lelaki pulak. Sama tempat, sama waktu. sebelum tu, #1 teaser photo untuk korang! Awek cun nie... As salam..

** comel kan? banyak aku shoot "model" nie.. hehe**

Monday, December 06, 2010

Weddy Photo: Bila kita bekerja sebagai tukang gambar by shahroll

Monday, December 06, 2010
As salam to all,

**dari posting SINI**

Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T sebab hari nie job aku berjalan dengan lancar. Aku sampai umah pengantin agak awal. Dalam jam 10.30 cam tu. Prepare light kat pelamin, then testing dengan menggunakan khidmat model (pakcik pengantin) tuk aku set lampu. Dalam 6-7 shots, aku dah dapat setting yang aku nak.

Yes. Aku bawak studio lighting kat umah client nie. Setup tak lama, pasang softbox, ada la lam 20 minit. Then, bila dah dapat setting yang aku nak, senang aku nak shot masa berlangsungnya majlis.

Pastu, outdoor di Taman Botani, Klang. Cuaca agak cloudy (nak hujan). Nasib baik lah dah siap shooting baru hujan gerimis. Rezeki dan rahmat untuk pasangan baru kahwin la kiranya nie. =D

Ok lah, aku dah up 1 photo teaser dalam SH iMAGE Facebook Pages. Hope korang suka. As salam..

** in CS2 Photoshop**

Sunday, December 05, 2010

Dimana korang bermula? by shahroll

Sunday, December 05, 2010
As salam to all,


Hello, selamat pagi Ahad! =D ramai yang belom online nie aku rase, yelah cuti2 cam nie kan. Ahad lagi tu. So, memang syok ah bangun lambat. But, aku dari jam 6 dah wake up, then hadap PC.


Transfer semua gambar2 yang aku shoot petang semalam (next post!) untuk majlis berinai untuk couple Erry and Sariah. Hari nie majlis bersanding dan outdoor pulak.


Semalam memang puas hati, sebab shoot pakai 2 light (300 watt each). So, pakai aperture 10-11 gitu. Sharp! tu yang sedap. Balance light, colour so editing just minor saja.


Berbalik pada topik, dimana korang bermula? Hermm, bermula apa nie? Ok, contohnyer lah, aku. Mana aku bermula sebagai freelancer photographer nie. Amek wedding lah, convo lah, shoot awek2 hot lah (model), kat mana aku bermula tu? Ha, cam tu lah lebih kurang outline tajuk pada pagi nie


Setiap yang dilakukan (buat) mesti dengan kecil-kecilan. Tak tahu lah pulak aku korang jenis yang belum2 pape dah buat something yang big, walhal masih baru bermula dan bertatih!


Sebelum aku ada DSLR, aku pakai camera Canon Powershot A550. Lama aku pakai camera tu.Sebab, bagi aku, belajar shoot pakai compact ITS OK lah, tanpa korang pedulikan shuttercount ke hape, but its still have limit.


**sekitar 3 tahun lepas**

Korang akan melepasi "limit" tu bila korang dah dapat catch benda2 basic. I mean, dari segi beberapa faktor dalam basic kamera. Dari situ lah pembelajaran korang bermula.


But now, semua tak macam 3 tahun lepas. Bebudak kecik pon dah pakai DSLR. Cool kan? but ok lah, duit mak abah. Just swap and win (jadah kau roll??). HAHA! sorry melalut lak. Syabas yang dah de, and kalau korang nak belaja ngan aku, tunggu aku buat kelas ok! Tak mahal, RM 50 je..


Ok lah, prepare barang tuk shoot. Sehingga ketemu lagi di ruangan lain. Ewwwaaaahh! HAHA! bajet artis howwwts pulak!


As salam...

Saturday, October 09, 2010

[work] Pictures of BTN at Pasir Salak by shahroll

Saturday, October 09, 2010
Salam all! =)

Aku tak boleh tidur malam nie. Tak tahu kenapa, may be terlalu seronok nak pergi ke Kem Setia Ikhlas, Semenyih kat Kajang esok kot? yup! Aku bekas pelatih PLKN siri 2 di kem sana. Esok (hari nie) akan pergi bersama Fauzi (tumpang kereta beliau) untuk menjimatkan ruang jalanraya dengan berkongsi kereta.. haha!

Posting kali nie aku just update gambar masa BTN (Biro TataNegara) yang dah lama dok dalam HDD aku. So, enjoy the pictures! =)

** Rumah nie lah yang aku menginap sepanjang latihan disini. cool? 
ada dalam 8 orang 1 rumah nie.

**Pemandangan dari luar rumah.. cool? sejuk mata memandang owh!

** lagi...

** port nie best nak mek gambar...

** kursus ada swimming pool owh! haha mana nak dapat bhaii.. 
tapi kitorang tak leh mandi pon..=_=~

** Double framing?? muahahah~ =P

** Mende rare syot! letak depan umah aku cool gak.. hahhah~

** i like it!

** Besar gile parang dia neh!.. wowowow~

** DON'T TOUCH!! haha.. snap boleh kan? 

** Macam2 ado...


** Rumah nie kalau aku dok sewa ok gak eh? cool.. =D

Amacam? best tak? nie special entry aku bagi yang dok selalu usha2 lam blog aku dengan keywords " Pasir salak resort".. nah! aku dah bagi.. hehehe~ ok lah, see later keyh! Salam... =)