Showing posts with label training. Show all posts
Showing posts with label training. Show all posts

Saturday, June 11, 2016

SH Network Media: social media company expert in Malaysia

Saturday, June 11, 2016



As salam, hello readers...

Alhamdulillah, dah masuk ramadhan ke-6 hari ni kita berpuasa. Syukur! sambil berpuasa, kerja dalam media sosial buat seperti biasa. Alhamdulillah, SH Network Media diberi kepercayaan untuk menguruskan beberapa brand dalam platform social media marketing.

Siapa SH Network Media sebenarnya?

official Instagram SH Network Media

Siapa yang belum tahu tu, meh aku cerita sikit. Pada 2014, aku mengimpikan satu perniagaan berasaskan online. Ya, online semata-mata. Duduk depan PC dan buat kerja. Masa tu, aku masih running business SH iMAGE Production. Disebabkan aku sudah bermula pada 2006 untuk marketing, why not aku expand services aku untuk part marketing juga kan?

Dalam tahun 2015 dah start build up SH Network Media tapi belum register kat SSM. So, pada tarikh 18 Mac 2016 secara rasmi aku register SSM di Shah Alam bagi membolehkan aku berniaga dalam keadaan 'halal'. Tapi sekarang perniagaan online juga WAJIB kena daftar ye sebelum 2017!

Selain itu, aku di SH Network Media juga menawarkan consultation bagi brand-brand baru yang nak masuk mass market untuk platform media sosial. Lagi-lagi untuk peniaga kecil dan sederhana (IKS) sebab bagi aku, kekurangan IKS adalah dalam bentuk pemasaran. 

Official logo SH Network Media

Apa kerja SH Network Media buat?

1) Menawarkan perkhidmatan nasihat/rujukan bagi pemasaran online

2) Membantu membina platform seperti Facebook page, Instagram, Twitter dan Youtube bagi peniaga baru atau yang baru meng-online kan perniagaan

3) Mengenalpasti kaedah-kaedah terbaru (marketing strategy) bagi syarikat yang melantik SH Network Media sebagai syarikat menguruskan akaun media sosial

4) Membuat kerja-kerja "behind the scene" untuk brand anda!

Jelaskan apa yang aku cuba terangkan ni? Kalau tak paham juga, boleh whatsApps dan boleh meet-up dengan team aku untuk mendapatkan penjelasan yang lebih details.


enjoy!



Wednesday, July 29, 2015

Social Media Marketing: Bangunkan kemahiran anda bersama SH Network Media

Wednesday, July 29, 2015



As salam, hello readers...

Seakan menjadi satu trend dimana, setiap perniagaan yang dijalankan di online, mempunyai sekurang-kurangnya 1 pengurus yang menjalankan aktiviti pemasaran (sales manager online) yang menggunakan media sosial. Tak dinafikan, jika anda tercicir melakukan aktiviti online+social media, brand anda juga tidak berapa kelihatan.

Bagaimana SH Network Media boleh membantu?




1) Membangunkan pengurus media sosial
Dengan kepakaran kami yang sedia ada sejak tahun 2007 sehingga sekarang, penceramah utama kami menekankan teknik yang berkesan dalam membangunkan pengurus media sosial supaya cekap, telus dan berdaya saing. Teknik-teknik yang disampaikan secara santai dak tidak terlalu formal penyampaiannya.

Baca disini training yang pernah dianjurkan: Social Media Training & Saya seorang Social Media Manager


2) Silibus tambahan untuk multimedia
Silibus tambahan ini merupakan pakej seperti pembelajaran Adobe Photoshop, Adobe illustration yang perlu dan akan digunakan bagi mereka yang menguruskan media sosial sesebuah syarikat. Ini keperluan tambahan jika berminat untuk belajar sekaligus.

3) Membuat Content Creator
Dengan content creator dan copywriting yang baik dapat meningkatkan prestasi jualan dan kesedaran (awareness) yang berpanjangan di dalam media sosial. Bahagian ini akan diajarkan untuk mereka yang belum mahir membuat content.

Untuk butiran lanjut, boleh ajukan pertanyaan kepada;

email: shahrollphoto@gmail.com 
WhatsApps: 012-3437359 (SH Network Media)





Saturday, June 27, 2015

BPMC Training: Career Mentor and Driving SME-L's Breakthru Strategy

Saturday, June 27, 2015



Pertama kali berjumpa bersama pengasas BPMC training, Encik Othman datang dari jauh, Damansara. Aku menunggu di restoren Nasi Lemak Cinta Sayang di seksyen 13, Shah Alam untuk aku mendengar apa yang mahu disampaikan oleh Encik Othman.

Siapa BPMC Management Consulting?
Encik Othman merupakan pengasas BPMC, business consultant dan juga tenaga pengajar bagi bidang pengurusan (management).  BPMC ini berfokuskan pengajaran dalam program Leadership, Strategy, Factory Management, Business Process, LEAN Transformation, Customer Management, Sales & After Sales Operation dan Entrepreneurship. Beliau telah banyak kali membuat latihan untuk pihak swasta dan juga kakitangan kerajaan.


Encik Othman Hj Ismail
Principal Performance Officer & Trainer Certified HRDF Trainer
Member S.A.E (USA)


Encik Othman juga berpengalaman selama 25 tahun dalam Industry Automotif, Logistic & Retail dan telah bekerja beberapa peringkat di dalam organisasi. Cukup untuk Encik Othman memahami strategi, pengurusan, tektikal dan seumpamanya. Tempat terakhir Encik Othman berkhidmat adalah di salah sebuah syarikat conglomerate di Shah alam sebagai Pengurus kanan or Senior Manager.


Antara peserta BPMC Training

Kepakaran BPMC adalah untuk membantu syarikat atau organisasi membangunkan strategi yang berkesan, keputusan perniagaan dan bertindak balas dengan cepat persekitaran pasaran yang berubah-ubah. Selain itu, BPMC juga menekankan aspek pembangunan organisasi yang cemerlang.


Antara core module yang terdapat dalam BPMC Training adalah;
1) Practical Approach in Achieving Strategic Operational Excellent
2) Implementing Just In Time for Corporate Survival (all Industry)
3) Implementing TQC & QA
4) Implementing Lean Manufacturing & Supply Chain
5) High Performance Organization (for sustainable profit)

Module boleh dilihat di pautan berikut:

1) JUST IN TIME
2) OPERATIONAL EXCELLENT
3) TQC

Dengan memiliki kepakaran dalam bidang tersebut, BPMC akan mengadakan training pada bulan OGOS 2015 dan hanya 20 peserta sahaja yang boleh berdaftar dengan BPMC. Update kedua akan menyusul untuk keterangan lebih lanjut berkenaan dengan training tersebut.



UPDATE: 02/07/2015

TRAINING CALENDAR (sila rujuk)

muat turun BPMC flyers

Bagi anda yang berminat untuk menyertai kursus pengurusan oleh BPMC Training pada bulan OGOS 2015, butiran adalah seperti berikut;


TARIKH: 8 & 9 OGOS / 15 & 16 OGOS 2015  
MASA: 8.30 PAGI HINGGA 5.00 PETANG 
TEMPAT: PKNS Biz Point, seksyen 7, Shah Alam (belakang Wisma Jakel)

Butiran anda untuk menyertai kursus ini, seperti berikut;

1) NAMA PENUH
2) ALAMAT SYARIKAT
3) NOMBOR TELEFON
4) EMAIL
5) BUKTI BAYARAN 

Bayaran: RM530/seorang (akaun Maybank- 562272301551)

boleh di email pada bpmc.500@gmail.com (En.Othman Ismail) atau SAH kan kehadiran anda kepada Cik Syuhada ditalian: 011-31442865




Monday, January 02, 2012

Persediaan untuk 2012 : Gerak Kerja sehingga April 2012 by shahroll

Monday, January 02, 2012

As salam, hello readers...


Macam-macam yang berlaku dalam 5 hari blog ini tak berhapdet. Hati memang nak selalu bukak dan hapdet, cuma masa kadang-kadang mengekang aku untuk berbuat demikian. Ini pun nasib-nasib ada sikit mood. huhu.


Actually post ini patut dikeluarkan pada malam akhir tahun 2011, tapi tak dan nak publish. So, aku continue malam ni (pagi Isnin).


Dalam 5 hari aku tak hapdet blog sini, aku sebenarnya sibuk update blog training aku. Kalau korang ingat lagi pada post INI, aku ada nyatakan kat situ aku tengah develop blog khas yang hanya menempatkan training berkenaan dunia foto dan juga Social Media.


Keterangan pasal 2 kursus ni aku dah buat write up kat sana. Boleh lah baca. Lebih molek lagi, boleh share kat blog korang =)


Lebih kurang sebulan lebih develop blog training tu. Nak ikutkan tak lama pun nak buat blog baru. 5 minit siap. Cuma aku nak dapatkan template blog yang terbaik tu yang agak makan masa. Sebelum tu dah banyak aku guna template lain. Semua tak best sampailah aku jumpa template yang aku guna sekarang ni.


friendly user interface. Direct information.


Ada beberapa rakan dalam alam maya aku minta pendapat tentang layout blog,content blog, arrangement dan sebagainya. Ternyata, respond yang positif diterima. Tak kurang juga yang advise ada yang kurang part itu dan ini. Thank you guys! sangat menghargai pandangan dan cadangan dari kalian.


Sudah ada yang bertanya, bila kursus-kursus yang ditawarkan ni akan dimulakan?- Terus terang aku katakan, seawal-awal adalah dalam bulan Februari. Masih ada perbincangan untuk kertas kerja diperingkat pelaksanaan.


Seperkara lagi, aku mengalu-alukan sesiapa yang mempunyai modul pembelajaran dan boleh menjadi speaker ceramah untuk penganjuran kursus/seminar, boleh hubungi aku untuk kita bekerjasama dalam bidang baru aku ceburi ni.


enjoy! as salam...

Saturday, November 05, 2011

Pembukaan blog baru untuk sesi latihan by shahroll

Saturday, November 05, 2011


As salam, hello fellas!


Sepatutnya update entry ni tak lama ambil masa. Dalam 20 minit dah siap. Tapi, yelah aku ada sikit "kekurangan" bila nak update blog, buat 2-3 kerja yang lain (dalam PC gak). Macam buat slideshow,print-screen, cam tu lah.


Mungkin dah tabiat. Ke buang tebiat? =p


Ape cer sebenarnya? Cam ni, pagi ni (start dari jam 10.00 pagi sampai 1.00ptg) aku ada develop ruangan blog baru untuk aku tempatkan kelas-leas, training, workshop aku ke sana.


Buat masa ni, URL blog tu aku simpan dulu, cukuplah aku bagi tengok print screen kat bawah ni ye. Sebab baru siap rangka dan adjust sikit-sikit HTML code tuk blog tu.


[ads: Jika anda mahukan "banner design" boleh menempah di SINI]


interface blog untuk kelas yang aku buat...teheheee~

2 jam aku carik template yang fresh, cool, elegant dan simple. Yang hat simple tu yang susah nak carik tu. Then aku ubah-ubah sikit ikut selera tekak aku. Dari background dia kaler hijau muda, aku tukar hitam. Hijau sakit mata!

Nantikan kemunculannya k?

Enjoy!