Showing posts with label SSM. Show all posts
Showing posts with label SSM. Show all posts

Saturday, March 19, 2016

SH Network Media sudah berdaftar dengan SSM, anda bila lagi? by shahroll

Saturday, March 19, 2016



As salam, hello readers...

Alhamdulillah, dapat lagi bertemu dengan korang dalam ruangan blog shahrulhairydotcom. Cepat betul masa berlalu dah masuk bulan Mac dan nak hujung bulan dah pun! Allahuakbar, pantas betul.

Aku pun dah lama tak update blog sebab banyak permintaan untuk membuat website dan juga kerja-kerja sampingan lain. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun pinggang aku pun dah senggal-senggal buat kerja yang diamanahkan. HEHE!!

[6 Facts That You Need To Know About Zebra’s New TC70 Handheld Computer- barcodewire]

Dan, yang paling penting sekali aku nak bagitahu semua orang pasal SH NETWORK MEDIA dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) okeh!!


Official cert from SSM yesterday

Maka dengan ini, SAH lah nama company aku ni untuk digunakan dalam sebarang urusan perniagaan yang aku jalankan. Jenis perniagaan yang aku letak dalam ni adalah;

1) Memberikan latihan dan khidmat nasihat atas dan luar talian (online dan offline)
2) Khidmat nasihat dalam pemasaran online
3) Memberikan khidmat foto/video dan multimedia
4) Menjual produk kecantikan dan kesihatan serta barangan keperluan harian


Happy weekend gaisss!!

enjoy!



Sunday, April 01, 2012

(Kakitangan Kerajaan) Kaedah penggiraan pemindahan gaji bil.1/2012 by shahroll

Sunday, April 01, 2012


As salam, hello readers...


Sejak PM Najib umumkan Sistem Saraan Malaysia (SSM) diteruskan dan membatalkan SBPA, maka berlakunya gaji yang tertangguh (back-dated salary). Ramai yang tidak tahu kaedah yang betul untuk mengira (Gred 1 hingga 54 adalah 13%)


Gambar hiasan- Google

Maka dengan itu, jika anda salah seorang kakitangan kerajaan yang 1.4 juta, boleh melihat gaji baru kalian di laman web JPA di:-




Selamat menggira gaji baru masing-masing. Boleh membuat anda tersenyum? 


enjoy!

Thursday, March 08, 2012

KEPUTUSAN SBPA: Sistem Saraan Malaysia (SSM) diteruskan! by shahroll

Thursday, March 08, 2012


As salam, hello readers...


Aku baru saja balik dari PICC mendengar taklimat yang disampaikan oleh PM Najib berkenaan dengan Sistem SBPA yang diperkenalkan sikit masa lalu.


Keputusan yang diambil oleh PM adalah: SBPA BATAL!


Dan pada masa yang sama, Sistem Saraan Malaysia (SSM) diteruskan dan akan ditambahbaik dari masa ke semasa dengan tertubuhnya satu pasukan khas yang memantau kadar gred dan kenaikkan gaji.


Disertakan juga tentang peratusan kenaikan gaji seperti berikut:-


Gred 1- 54 adalah 13%
Gred Jusa adalah 9%
KSN adalah 7%


untuk tahunan, gred 1-54 berkadar minimum RM80 hingga RM320. Untuk COLA pula, pertambahan sebanyak RM50 untuk luar bandar.




Sekian, laporan ringkas dari shahrulhairy.com dari Putrajaya.

Saturday, July 16, 2011

Bagaimana mahu menamatkan sijil perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Saturday, July 16, 2011


As salam and hello readers,


Aku nak kongsi maklumat dengan korang tentang, macam mana kita nak tamatkan sijil perniagaan kita dari SSM jika perniagaan yang kita jalankan itu tidak mencapai tahap keuntungan yang memuaskan dan ingin menamatkan perniagaan tersebut.


Setiap sijil perniagaan adalah untuk satu-satu jenis perniagaan atau beberapa yang lain. Contoh, aku buat sijil perniagaan untuk perkhidmatan. Dalam perkhidmatan tu pulak, macam-macam aku letak seperti perkhidmatan fotografi,sewaan studio,perkhidmatan membuat website. Korang kena perincikan apa jenis perniagaan yang korang jalankan. Tapi, jika mahu menamatkan perniagaan tu bagaimana?


Langkah yang perlu diambil:


1) Pergi ke SSM yang terdekat ngan korang. Kalau aku, aku pergi ke Plaza Alam Sentral je, dekat. Ambil borang di kaunter (ada orang jaga neh) cakap kat dia nak borang penamatan perniagaan. Siap isi borang, baru dapat nombor giliran.


2) Setelah nombor korang dipanggil, bagi borang yang diisi tadi dan akan dikenakan bayaran RM10 sahaja untuk penamatan. Cuma, suka aku nak ingatkan korang, pengalaman aku buat penamatan ni setelah sijil aku dah habis tempoh penggunaan sijil itu. Kalau sijil tu masih valid, tu kena tanya orang kat kaunter lah.


3) Di kaunter pertama sekejap je urusan, tapi untuk dapatkan salinan surat yang mengatakan sijil itu telah ditamatkan agak ambil masa. Dalam 30 minit di kaunter berlainan ye. Kalau dah dapat surat tu, kiranya dah setel la.


Benda ni senang je sebenarnya, tapi remeh. Siapa suka buat kerja remeh kan? tapi itulah, aku sedang merangka perusahaan yang lain, selain yang aku usahakan sekarang. Apa ya?