Saturday, June 11, 2016

SH Network Media: social media company expert in Malaysia




As salam, hello readers...

Alhamdulillah, dah masuk ramadhan ke-6 hari ni kita berpuasa. Syukur! sambil berpuasa, kerja dalam media sosial buat seperti biasa. Alhamdulillah, SH Network Media diberi kepercayaan untuk menguruskan beberapa brand dalam platform social media marketing.

Siapa SH Network Media sebenarnya?

official Instagram SH Network Media

Siapa yang belum tahu tu, meh aku cerita sikit. Pada 2014, aku mengimpikan satu perniagaan berasaskan online. Ya, online semata-mata. Duduk depan PC dan buat kerja. Masa tu, aku masih running business SH iMAGE Production. Disebabkan aku sudah bermula pada 2006 untuk marketing, why not aku expand services aku untuk part marketing juga kan?

Dalam tahun 2015 dah start build up SH Network Media tapi belum register kat SSM. So, pada tarikh 18 Mac 2016 secara rasmi aku register SSM di Shah Alam bagi membolehkan aku berniaga dalam keadaan 'halal'. Tapi sekarang perniagaan online juga WAJIB kena daftar ye sebelum 2017!

Selain itu, aku di SH Network Media juga menawarkan consultation bagi brand-brand baru yang nak masuk mass market untuk platform media sosial. Lagi-lagi untuk peniaga kecil dan sederhana (IKS) sebab bagi aku, kekurangan IKS adalah dalam bentuk pemasaran. 

Official logo SH Network Media

Apa kerja SH Network Media buat?

1) Menawarkan perkhidmatan nasihat/rujukan bagi pemasaran online

2) Membantu membina platform seperti Facebook page, Instagram, Twitter dan Youtube bagi peniaga baru atau yang baru meng-online kan perniagaan

3) Mengenalpasti kaedah-kaedah terbaru (marketing strategy) bagi syarikat yang melantik SH Network Media sebagai syarikat menguruskan akaun media sosial

4) Membuat kerja-kerja "behind the scene" untuk brand anda!

Jelaskan apa yang aku cuba terangkan ni? Kalau tak paham juga, boleh whatsApps dan boleh meet-up dengan team aku untuk mendapatkan penjelasan yang lebih details.


enjoy!



No comments: