Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

Saturday, February 06, 2021

Instagram Ads Marketing tutorial: overview part 1

Saturday, February 06, 2021

 


Menerangkan bagaimana Instagram boleh membantu bisnes anda ke tahap yang seterusnya dalam sosial media dan pengiklanan digital.

Di Malaysia, Instagram merupakan platform yang digemari dan disukai oleh penjual dan pembeli atas talian. Kebanyakkan penjual berusaha mencari kaedah yang terbaik bagi meningkatkan jualan seterusnya mengembangkan perniagaan mereka di dalam platform tersebut.

Semoga dengan video tutorial ini membantu serba sedikit pengetahuan anda semua dalam mengembangkan dan meningkatkan lagi ilmu pemasaran di tahap yang seterusnya.

Dibawakan oleh SH Network Media dan selamat menonton tutorial dari kami.


enjoy!

business request:
shnetworkmedia@gmail.com
WA: +6012 343 7359 (SH Network Media)

Sunday, March 05, 2017

Bagaimana membuat video promo di online? by shahroll

Sunday, March 05, 2017



As salam, hello readers...

Alhamdulillah, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, dapat juga aku update sikit dalam blog shahrulhairy dot com walaupun agak tight jadual yang aku rasa tak cukup untuk luahkan dalam 1 post entry, gituh! hehe

Tapi aku nak juga update sikit tentang keperluan video untuk perniagaan korang atau video online marketing yang mana, korang boleh push di dalam Youtube atau paling kurang pun di Facebook page (upload di page atau personal FB juga boleh!)

Kenapa video?


Sebab, orang suka menonton video dan data internet juga dah semakin murah sejak perang sesama mereka untuk data plan mobile kan. So, penggunaan video semakin meluas dan terutamanya kepada belia muda-mudi memang suka melayan video-video pendek sekarang ni.

Itu salah satu faktor.

Antara faktor lainnya, video ni orang boleh 'catch' cepat apa info yang korang nak sampaikan, betul? Dari korang membaca tulisan aku dalam blog ni, dengan korang menonton video aku di channel Youtube, mana lebih seronok? Mesti video kan? ahaaa gituh!

Gaming dalam sosial media untuk segment video masih hijau di Malaysia. Even bloggers/vloggers Malaysia juga masih tak ramai membuat video untuk kegunaan sendiri hatta untuk job review sekalipun. Kalau ada, hanya seketul dua yang aktif dan bagus.


enjoy!



Sunday, September 06, 2015

(Tutorial) Gabungan editing untuk hasilkan montaj bersama SH iMAGE Production by shahroll

Sunday, September 06, 2015



As salam, hello readers...

Alhamdulillah, terima kasih sudi datang lagi ke blog ini ya? Aku harap korang terus menerus membuka dan membaca artikel-artikel yang aku terbitkan di dalam blog ni. Semoga memberi manfaat (jangan lupa share dalam FB!) hehe...

Ok lah, hari ni aku dalam mood nak beri tutorial. Pasal editing, nak buat montaj. Banyak dah post pasal montaj, korang boleh search kat ruangan kotak carian diatas dengan kata kunci "montaj" atau "sony vegas pro 12"

Aku share gerak kerja aku ya?


1) Kebiasaannya, client akan memberikan RAW data seperti report, poster,powerpoint dan banyak sekali fail berbentuk PDF. Dengan RAW source yang ada, korang kena simplified dalam beberapa kategori iaitu;
-Gambar
-Caption
-RAW video

2) Lepas dah asingkan tu, baru kerja bermula. Pada aku, setelkan dulu part gambar. Sebab apa? sebab gambar ni banyak sekali kena edit dan touch-up

Gambar yang asal tu hanya slide dalam powerpoint je, so tugas korang lah yang menjadikan gambar tu sebagai PNG dalam photoshop.

stage masuk ke dalam Photoshop

3) Prosesnya adalah: Powerpoint (save as PNG) > buka Adobe Photoshop+enhance+Level+Saturation (save as PNG)> Done! 

Simpan dulu dalam folder "gambar" tadi, nanti kita nak guna masa editing montaj.

stage edit dalam Camtasia Studio

4) Proses membuat gambar tadi diteruskan untuk gambar lain juga ya. Sampai keseluruhan gambar tadi dah jadi sekeping gambar PNG. Kenapa aku suruh save sebagai PNG?

Ini kerana, cuba korang tengok gambar kat atas yang ada api tu. Ada tak background warna putih? Takde kan? So, itulah kenapa aku suruh save PNG. Kalau save sebagai JPEG, korang akan dapati warna putih yang background tu akan ada sekali, so tak cantik lah ye.

Aku suka buat dalam Camtasia Studio dulu, then baru ke Sony Vegas PRO 12.

Sony Vegas PRO 12

5) Untuk client yang dah bagi RAW video untuk di edit, aku akan terus edit dalam SVPRO12. Selalunya akan crop size 16:9 widescreen lah ye. Buka di desktop pun cun. upload dalam Youtube pon nampak full je. Then, aku suka guna warna setting macam "film look"

6) Beberapa footage di atas adalah bahan yang diberi oleh client dan bahan yang kita kena cari. Contohnya macam opening counting tu aku ambil template free dari website footage yang beri percuma. Download then guna. Sama juga dengan audio, aku ambil dari free source juga. Lepas tu, combine dalam SVPRO12.

Camtasia Studio 8

7) Bestnya guna CS8 ni sebab, nak buat animation mudah sikit. Tak berat macam SVPRO12. Selalunya untuk scene by scene editing, aku guna CS8 untuk buatkan video WMV dulu, then masukkan dalam SVPRO12. Dari segi transition, CS8 tak best sangat. Itu boleh setel dalam SVPRO12.

Marking part

8) Lepas semua video korang dah edit satu persatu, masa untuk combine kan adalah satu yang kritikal. Nak matchkan beat audio dengan visual yang dipaparkan. Bunyik bass, boom dan dentum-dentum tu, korang kena mark (tanda) untuk memudahkan, bahagian mana yang sesuai untuk dipadankan.

Contohnya, audio sedang "BOOM" dengan kuat korang letak visual yang sedang BOOM juga. Misalnya tadi ada background api kan? so, match kan api tu dengan bunyi BOOM tu. Salah satu contohnya lah ye.

Banyak kan proses dia? Sebab tu aku caj untuk seminit sahaja RM150. Ada yang nego pun, aku beri RM100 untuk seminit. Sebab kalau buat benda ni, memang 100% fokus, dan tak leh nak buat benda yang lain.

Contoh video yang telah dihasilkan;





enjoy!









Wednesday, April 15, 2015

4 perkara asas yang perlu anda tahu dalam Social Media Marketing by shahroll

Wednesday, April 15, 2015



As salam, hello readers...

Tak lama dulu, aku bukanlah seorang yang boleh di kategori kan sebagai pengguna tegar Internet. Aku mula menjadi heavy users sekitar tahun 2009 dan sampai sekarang. Keperluan internet aku berubah dari hanya membuka yahoo dan email serta Myspace, kepada platform yang lebih memakan data seperti Youtube, Vimeo, Instagram dan lain-lain


gambarajah induk

Now, aku mula "menjual" kepakaran aku dengan membuat personal coaching. Dulu aku buat table talk, mean face-2-face la kan, now aku inovasikan dengan approach di dalam online saja. Lebih mudah, kalau client jauh pun, still masih boleh mendapatkan "touch" ajaib aku tu. *ajaib kau!*

Apa 4 perkara asas tu?

1) Mesti ada PASSION! Benda ni susah aku nak cakap, kalau orang tu minat gila dengan satu benda, mati hidup balik pun dia carik mende tu. Haaa, cam tu lah dengan passion ni. Kalau korang suka gila dalam media sosial, go on! Berguru dengan guru yang betul tuk guide korang

2) Idea gila-gila atau out-of-the-box. Kadang-kadang kita rasa kita punya idea cukup power dah, boleh buat dah tu, tapi kita lupa nak buat research, jahanam! Korang patut sedar, berapa banyak longgokan idea yang baik tu, bukan digunakan untuk sekarang. So, beware!

3) Tahu coding HTML. Ini basic. Kalau tak tahu langsung, better korang rujuk website W3 school eh? situ banyak info leh grab! Percuma saja

4) Rajin. Orang malas tak boleh nak berjaya. Cuba bayangkan, orang malas nak makan, berak, kencing semua. Tahu hanya makan dan tengok tv. Agak-agak, kat mana eh level hidup dia? lembu pun tak camtu kan? fikirkan

hope korang enjoy! jangan lupa share eh?

enjoy!



Sunday, March 16, 2014

Sony Vegas PRO 10 tutorial: Langkah menghasilkan video/montaj mengikut tertib by shahroll

Sunday, March 16, 2014



As salam, hello readers...

Selamat pagi Ahad semua! Alhamdulillah, kita semua di izinkan oleh-Nya untuk hidup serta boleh membaca blog yang aku hasilkan pagi ni. Lama dah rasanya tak buat tutorial pasal Sony Vegas 10, kalau ada pun mesti korang dah baca kan? Ok, hari ni just simple je tutorial.

Bagi yang kat luar sana, yang tercari-cari blog pasal tutorial Sony Vegas ni, boleh share dalam wall Facebook, Twitter, Instagram etc ok? Biar ramai orang tahu, macam mana nak edit video dengan mudah.

Ok, kita mulakan;


step #1- Susun footage dalam file

Kerja menyusun ni, kadang-kadang melemahkan kepala bagi sesetengah orang. Betul tak? nak kemas bilik pun susah, lagi susun file dalam PC? HAHA! Aku joke. Biar rumit pada awal proses, jangan rumit ditengah-tengah proses itu bahaya. Boleh tercabut kepala lutut kalau cam tu. Slow-slow susun untuk scene-scene tertentu. Memudahkan kerja sebenarnya.

step #2- Pilih Intro yang bersesuaian dengan projek yang dihasilkan

Aku ada buat post entry pasal pemilihan background musik untuk montaj. Untuk projek mini drama atau drama pendek juga memerlukan korang untuk membuat introduction (opening) dengan betul. Bukan setakat betul saja, tetapi kena dengan konsep.

a) Seperti projek aku baru-baru ni, buat drama mini Mandarin. Footage yang aku ambil dari Google tu, sebenarnya mahu menunjukkan "Kecinaan" drama ini dengan simbolik "bunga api" dengan background sound "kesesakkan lalu lintas"

b) Pemilihan typography juga memainkan peranan juga. Kalau main hentam, tak cantik lah projek korang. Banyakkan refer indie-indie video dalam Youtube. Cara dorang edit video pun nice, lebih dari Hollywood style.

c) Pastikan korang pakai "track" dengan betul. Kadang-kadang kalau korang edit, biarkan video diatas dan audio dibawah. Track diatas untuk tambah 'Text media" macam tittle, dialog etc

d) Gunakan "Grid" guideline seperti aku guna diatas. Untuk keselamatan korang juga sebab dia membantu korang untuk edit video dalam keadaan terkawal. Bermaksud, video-video yang di edit dalam zone selamat untuk ditonton di dalam player nanti. Paham?

e) Untuk kelihatan video itu sedikit memanjang, gunakan scale 16:9 wide-screen dalam editing.

step #3- Render projek anda dengan format yang bersesuaian

Setelah siap edit-copy-paste-cut semua, maka proses terakhir adalah membuat rendering untuk video/projek yang korang hasilkan. Diingatkan, PC yang lembap (macam PC aku) adalah sangat kritikal dalam segi kos masa. Kalau ada duit lebih, beli PC yang laju sikit ye? Macam PC aku, lebih kurang 25 minit baru siap render.

Sebab apa slow? Yelah, nak render video dan audio kan. Kalau setakat edit gambar, PC aku gagah lagi. HEHE!

Ok lah, serba sedikit ilmu editing yang aku kasi pagi ni. Semoga bermanfaat!


[iklan]




Saturday, June 29, 2013

Tutor: Shoot produk dengan mudah? by shahroll

Saturday, June 29, 2013



As salam, hello readers...

Perkembangan perniagaan online sekarang semakin meriah. Ada jual makanan, pakaian, aksesori dan macam-macam lagi. Tidak ketinggalan juga minyak wangi. Aku melihat jualan minyak wangi di online sungguh rancak. Selain memudahkan pelanggan untuk membeli perfume yang digemari, blog-blog jualan minyak wangi terutamanya pandai menarik perhatian pelanggan dengan gambar-gambar yang cantik.

Benar. Dengan gambar yang cantik dan tampak professional, meningkatkan imej dan perniagaan korang. Seriusli, aku juga sebagai pembeli, mahukan kekemasan dan gambar yang elok untuk tatapan pelanggan.

Aku ada buat shoot untuk produk minyak wangi. Perfume oil. Tapi bukan berbayar lah, saja jadikan perfume oil ni "model" aku. HEHE!

imej original dari kamera

Actually, DSLR aku dah lama sangat peram dalam beg. Jadi, hari ni aku "hidup"kan balik fungsi kamera tu. Model lama je, Canon 30D. Bersama-sama dengan lens 50mm (the best lens) dan tiada lampu studio mini. Aku pakai lampu yang ada di atas dinding bilik saja.

Setting kamera, and shoot! beberapa keping... hasilnya selepas di-edit di dalam Adobe Photoshop CS3,

final output

Dengan setup yang very very simple dan minimal, final output tidak mengecewakan. Kemahiran editing tahap pertengahan diperlukan untuk tugasan seperti ini. Kos? jauh lebih murah dengan shoot dalam real studio.


enjoy!

Friday, April 20, 2012

[Tutorial] Pewarnaan kartun dalam Photoshop CS2! by shahroll

Friday, April 20, 2012

As salam, hello readers...

Malam semalam aku ada meluangkan masa kira-kira dalam 20 minit mencari mood editing dalam photoshop. Dah jadi macam kebiasaan pula bila aku nak mulakan edit-edit gambar kahwin, buat 1 editing untuk memanaskan jari-jemari aku ni.

so, aku buat coloring kartun.

Aku tak pandai melukis kartun. Tapi aku suka mengaler (coloring). Kartun comel-comel diambil dari Facebook pages "Lukisan Dakwah Islam (LDI)"

Sikit tutorial pasal step aku buat coloring. 100% dalam Photoshop CS2 dan menggunakan mouse untuk keseluruhan kerja-kerja editing.

step #1
a) Lukisan original di download dan buka dalam PS. File yang dibuka adalah dalam format JPEG. Korang tengok betul-betul lukisan diatas, agak sedikit "kotor" dengan bintik-bintik, so korang bersihkan dulu background nya.

b) Gunakan Eraser pada menu tools untuk membuang kekotoran tadi. Tulisan yang ada tu, korang padam sekali. Hati-hati semasa pemadaman dilakukan supaya lukisan tadi masih kekal dalam keadaan yang baik.

step #2
c) Close up kan image untuk go deep (detail) pada lukisan. Masa ni aku nak padam bintik-bintik yang ada pada lukisan yang mana, ada sikit-sikit habuk melekat pada lukisan asal. Contoh, dalam tudung kartun ni ada 3 bintik tu kan, so aku kasi padam.

d) Proses mewarna dimulai.

step #3
e) Ini proses paling memerlukan kesabaran maksimum. sebab, korang kena buat selection by part menggunakan selection tools pada menu. Senang cerita, korang kena pilih bahagian muka dulu tuk masukkan warna skintone (yang atas tu belum blending), then warnakan baju,tudung dan objek yang di pegang.

f) Tools yang aku gunakan di atas- Color Balance (Ctrl+B) *for Windows* kat sini korang boleh adjust kaler ikut sedap mata korang memandang.

g) Semua kena buat part by part. Selepas siap semuanya, pewarnaan korang still nampak "keras". Bermaksud, korang kena soft kan warna dengan Ctrl+M & Ctrl+L. Kasi up sikit, kalau dah ok, baru pakai Action File.

step #4
h) Untuk final stage, hasil seperti diatas. Sebelum dah sesudah pewarnaan dijalankan. Untuk lebih best, background putih tu korang tukar dengan background yang lebih dramatik. Aku memilih untuk letak latar belakang "Ray Of Light" *sila cari di Google dengan kata kunci ini*

Final outcome
i) Last kopek, letak lah apa-apa ayat yang bersesuaian dengan watak kartun tu. Disebabkan niat asal editor untuk berdakwah, maka letak keratan ayat dari Surah An-Nur dalam kitab suci Al-Quran.

Selamat mencuba! enjoy.. =)

As salam...

Saturday, September 03, 2011

Bagaimana nak buat cover page magazine dalam Photoshop? by shahroll

Saturday, September 03, 2011


As salam and hello readers!


Semalam (dalam jam 3 pagi) aku terpikir, bagaimana lah rupanya kalau suatu hari nanti ada pihak majalah yang sudi nak terbitkan majalah yang berunsurkan bloggers tempatan, kan? 


Yelah, bola sepak ada kelompok dia sendiri, peminat kereta ada majalah dia sendiri, tapi bloggers takda majalah (kalau ada pun cuma segmen di majalah REMAJA) yang bebetul pasal bloggers je. Dari situ idea "merepek" aku datang secara tiba-tiba.


Bukan idea apa, just buat cover page. Bagi yang baru bermain dengan photoshop, ruangan ini untuk anda! ye, ANDA! Aku pakai Photoshop CS2, may be kalau korang bukak dalam CS5, aku tak tahu la boleh ke tidak.


Jom bermula (stage #1)




No #1:
Adalah "main font" untuk buat cover satu-satu majalah. Maksudnya, tulisan UTAMA dalam majalah yang korang nak buat. Details untuk main font ini;
[Font: Ethnocentric (Regular) size 211px (sharp)]


No #2:
Untuk sub-heading font, korang boleh guna [Font: Century Gothic (Regular) size 72 (sharp)] biasanya yang aku lihat dalam kebanyakkan majalah, tulisan jenis ni banyak digunakan selain Impact dan juga Arial (betul kan saya jika salah)


No #3:
Bar code tu tipu je. Aku ambil dalam Google. So, kalau korang nak buat manual untuk buat bar code, boleh cari tutorial yang lain ye? =D


No #4:
Tulisan sub-font paling kecik untuk letak harga (macam kat atas tu). Details, [Font: Century Gothic (Regular) size 30 (sharp)]


No #5:
Color korang boleh ubah yang lain. Ini sekadar contoh (i love Green!) Dan background yang hitam tu boleh ditambah dengan gambar lain juga.


No #6:
Ini panel layer. Untuk peringkat pertama, layer cuma ada 10 sahaja. Setelah siap template ini, so boleh simpan dulu as PSD untuk kegunaan masa lain.


(stage #2)



Untuk peringkat ini, boleh korang meng-eksperesikan seni kreatif korang sendiri. Nak letak idola korang ke, ayat kontroversi ke, terpulang! janji tak kena saman dengan orang sudah. Still memakai file PSD yang tadi (kat atas tu), sekarang cuba masukkan beberapa elemen seperti:

1) Penggunaan font yang berbeza (Century Gothic dengan size berlainan)
2) Gambar background (macam asap tu) ambil dari Google.
3) Shape /bentuk berwarna (orange) dengan Opacity yang berbeza-beza.

No #1:
Yang ini setting font dia [Font: Century Gothic (bold) size 62 (strong)] Korang boleh gak pakai around 63,64 or 65.

No #2:
Kotak oren yang aku cakap tadi (ref. no 3 kat atas)

No #3:
Gambar suka hati korang nak letak gambar apa. Aku bagi contoh Red Mummy lah, sebab semua orang kenal dengan Kak Red.


No #4:
Yang ini setting font dia [Font: Century Gothic (regular) size 59 (sharp)


No #5:
Panel layer sudah bertambah. Mungkin kepala korang jadi pening sikit. Jangan panic! cuma ada 30 layer sahaja. Berlatih menggunakan layer banyak dalam Photoshop, memudahkan korang untuk masa depan.


Contoh BLOGGERS MAGAZINE untuk Vol #1 keluaran KarangKraf! (ok, tipu!)



Monday, April 26, 2010

#5 Tutor "Metering System" in camera by shahroll

Monday, April 26, 2010
Salam to all! :D


I did not update for a while about the camera system. This time I will give some information about the importance of metering systems in your camera ( canon, nikon or else..)..Ok lets start!




1) Center Weighted System
- Has its light sensitive cell located in the back of the pentaprism, providing the center of the frame with the greatest sensivity to light. This sensivity decreases toward the bottom and top of the frame.




2) Overall System
- The cells read the entire frame as it is reflected from the shutter curtain or the film. It tends to provide a bias of sensivity toward the center of the frame.




3) Averaging System
- Has two cells in the pentraprism that read different parts of the frame. Their readings are averaged together with a bias toward the center of the picture area.




4) Spot System
- Measures light from a small zone in the center of frame. It requires care and skill to make use of the spot. Its must be pointed at crucial areas of detail in the picture to obtain proper result. Averaging is often employed when working with a spot meter.




5) Matrix Metering
- Most modern cameras have computer-assisted matrix meering. With this feature,the meter is programmed to recognize common lighting situations and adjust the exposure accordingly. Typically the camera`s meter divides the scene into a series of weighted sectors and compares the scene being metered with the light patterns from numerous photographs in its memory.