Wednesday, January 22, 2014

Himpunan makanan seimbang gaya shahroll? let's eat clean! by shahroll




As salam, hello readers...

Mungkin pembaca semua tak tahu sekarang aku dalam proses "perubahan" untuk menjadi hidup lebih berkualiti. Amboihh~ lebih berkualiti tu, cam bagus je bunyinya? HAHA! Tak de apa sangat, cuma aku secara "tiba-tiba" ter-inspirasi untuk kurangkan berat badan TANPA perlu untuk ambil apa-apa makanan tambahan. Lebih kurang macam eksperimen la jugak ni...

Apa yang aku buat selama seminggu?

Bermula dari 12 Rabiulawal 1435 (selasaHari Keputeraan Nabi Muhammad) aku macam dapat "semangat" baru untuk ubah gaya pemakanan, gaya hidup dan gaya kehenseman (hensem??) dari detik itu, aku mulakan dengan membuat senaman di trek jogging dan gym (target: 1 week) dan target itu tercapai bila melangkah ke hari Isnin lepas. Now masuk ke 2 week dah pun!

Makanan macam mana aku makan?

Makanan orang Barat kata "Eat Clean", terms ni pun aku dapat dari Instagram. Sebab aku selalu post gambar makanan dalam IG aku supaya senang aku keep track apa yang aku makan sepanjang tempoh aku membuat perubahan tersebut. Hasilnya agak bagus, sebab pembuangan air besar dan kecil lebih 2 kali sehari.

My foods...


makan malam: Ikan Selar steamed bersama sayuran dan 
sekeping roti Whole grain. Minum air suam

Serapan pagi: 4 keping Whole grain ber-inti salad dan sos tomato. 
Minum susu HL (disarankan)

makan tengahari: Sayuran campur direbus bersama ikan kembung 2 ekor dan perahan jus lemon. Sedap dan mengenyangkan!. Minum air mineral



makan malam: Salad, kentang lecek (buat sendiri), daging panggang dan sekeping roti whole grain. Minum air lemon suam

makan malam: Sekeping roti whole grain, tomato mentah dengan tempeh panggang (salut kicap). Minum kopi panas

makan malam: Roti bulat dan Keledek rebus. Minum kopi panas

Inilah antara makanan yang aku sempat snap dan share pada korang semua. Aku bukan pakar nutrisi, tapi aku banyak rujuk dalam blog kevinzahri untuk mengenalpasti keseimbangan makanan. Yang aku paham, diet ni bukan tak makan langsung, makan tu makan macam biasa tapi KURANGKAN pengambilan. Kalau dulu makan sepinggan penuh, mungkin boleh kurangkan sikit-sikit sampai korang boleh makan nasi hanya suku senduk!

Lagi satu, makan kena 5-6 kali sehari seab makan dengan kerap lebih baik kalau dibandingkan makan 2-3 kali tapi pengambilannya berlebihan. Rujuk blog Kevin la eh?

enjoy!


No comments: