As salam, hello readers...
Tajuk macam aku jual ubat kurus kan? seriusli, aku tak de idea nak letak tajuk yang lagi sedap dari ni. HAHA! kalau ada idea lain, nanti lah aku tukar eh? Tapi hajat aku bukan nak jual barang ke apa, sekadar nak kongsi bagaimana aku mula membuat "penghijrahan" dalam menghasilkan berat badan yang boleh dikatakan "nak kurus" itu
Aku mempunyai berat yang agak berlebihan. Hampir dekat 100 kilogram jugaklah, itu pun last year punya timbangan. Then, aku mula nak mengorak langkah untuk menjadi kualiti hidup sihat dan kuat, aku ambil tindakan drastik. Drastik la sebab aku tak pernah-pernah nak buat semua ni sepanjang aku hidup!
Gambar SELEPAS (baju merah) dan SEBELUM (baju biru)
Gambar diatas adalah manusia yang sama cuma baju je berbeza. Dan, gambar ini juga menjadi kayu pengukur untuk aku terus dan terus membuat latihan senaman cardio dan bina badan (sikit-sikit la..) tapi aku lebihkan pada pembakaran lemak (cardio) di perut dan lengan. Memang situ lemak paling degil sekali korang nak hapuskan!
Sepanjang seminggu tu jugak, korang kena "pantang" dengan makanan. Bukan TAK MAKAN eh, cuma kawal dan jaga. Aku boleh bagi contoh rutin makanan aku disini: Fitness Food SH
Cara aku senang. Makan itu pada masa dan kerap. Jangan lupa juga, air mineral sehari cuba minum dalam 4-5 liter sehari. Aku just cakap CUBA, bukan WAJIB. Kalau tak boleh sampai, ikut mana korang larat sebab bila minum air banyak, pembakaran lemak senang berlaku.
enjoy!
No comments:
Post a Comment