Showing posts with label dunia blogger. Show all posts
Showing posts with label dunia blogger. Show all posts

Saturday, January 29, 2011

Entry yang bercampor-campor, manis ada, masam pon ada! by shahroll

Saturday, January 29, 2011
As salam to all,


Pe kabo hari nie? Hope semuanya sehat2 sentiasa la ye. Aku cam nie je lah. Membulat dan bulat, macam orang sekeliling aku tegur. Tak amek hati pon, ada yang bagi respon best dan ada yang tak. Bese lah, respon manusia, negatif sket tu bese. Ada yang kata aku senang hati, well dalam hati sape taw der.. =D


Now, bila dah nak masuk bulan Februari, kerja2 di pejabat seperti biasa aku uruskan, but jabatan aku planning nak buat kelas lebih dari tahun lepas. Sebab target 12 kelas, but kitorang dah sasar lebih dari sepatutnya. Syabas to my officer dan jugak aku. hohoh~ [click here: Research Support]


Untuk blog education, aku boleh katekan aku dah mencurahkan segala bakti untuk menaikkan blog tersebut untuk mencapai target yang disasarkan. Alhamdullillah, dari tahun 2009 ke 2010, peningkatan tu ada (click HERE) dan untuk tahun nie, usaha berganda aku kne buat untuk memastikan, pengedaran maklumat itu sampai kepada pelanggan (pelajar,staff), insyaallah.


Aku dengan senang hatinya, tumpang iklan blog jabatan aku ke dalam blog personal aku nie. Berkongsi maklumat yang ada. Sebab blog tu baru nak naik, so aku bantu lah dari segi perkongsian "traffik" aku yang tak berapa nak kencang nie ke sana.


Lagi?


Untuk pagi (Jumaat) tadi, belah pagi ada 2 ceramah yang berbeza. 1 tazkirah dan 1 lagi pasal muzium. Kedua-dua event tu aku datang. Tazkirah tadi bertajuk "Budaya Perdana" berkaitan dengan pelaksanaan kerja yang dilakukan oleh setiap orang. Then, untuk tazkirah pulak, satu blog khas telah di UP oleh pengerusi tazkirah iaitu Encik Izwan di link: Tazkirah PTAR dan beliau juga mempunyai blog persendirian, kiranya blogger juga lah.


Apa yang masam nyer Roll?


picture: Google
Bukan masam la guys, now blog aku tak leh di "view" kat tempat kerja aku. Aku baru taw tadi. Aku tanyer technician, dorang dah BLOCK semua blog yang ada dan yang paling syok blog aku di mark as ENTERTAINMENT blog. Gossshhh! sampai cam tu sekali? tak pelah, besok2 aku bawak laptop sendiri and broadband sendiri, so leh la aku VIEW (semata-mata) blog aku puas2.. hooyeahh! (bisikan amarah..)


Dan last sekali, hari nie kelas Matematik siap ada quiz. OH Best! walaupun aku ingat2 lupa matematik moden form 5, aku try refresh balik, tak jauh pon, baru 7 tahun aku tinggalkan sekolah menengah.. hoho~


Ok lah, penat sudah.. see ya esok! As salam...

Wednesday, November 03, 2010

Hello ladies! Can you imagine that your boyfriend have "distended stomach"?? by shahroll

Wednesday, November 03, 2010
Salam all! =D


You still love your boyfriend if him have distended stomach (DS)? LOL~ Ok, pada mereka (kaum lelaki) yang ada masalah perut booncet nie, jangan susah hati, sebab hari nie aku jadi ala-ala instructor, nak bagi petua kasik peruk kempess! (padahal ko pon sama Roll, bonncet!) uhu~


** so ugly aaaa..** photo credits: Google

According Kevin Zahri (KZ), WHY your stomach can be like that because: READ this. Aku quote sikit dari blog KZ, " jika makan berlebihan, badan tiada pilihan melainkan simpan makanan berlebihan itu sebagai lemak…tidak kira makanan berlebihan itu daripada lemak, protein ataupun carbohydrate
tempat simpanan lemak badan terpulang kepada genetics & also jantina. Bagi lelaki biasanya tempat utama adalah perut.. "

SH: Owh! baru lah aku paham kenapa perot aku jadi boncet! **grin**

Dengan kesedaran yang agak tinggi, aku pun mulakan berdiet dengan TAK MAKAN nasi selama seminggu. Percubaan yang dulu aku gagal, sebab aku "lemah" dengan masakan mak aku, ayam masak kicap! But, now aku mula tekad! =D

** Baru cool perot cam nie..**picture credits: Google
heh~ (senyum bangga!)

Matlamat jangka pendek: Nak dapat perot cam kat atas nun... heh~ baru lah sihat! kot la boleh masuk Hero Remaja ke, tak pon masuk Majalah Maskulin ke.. **pangggg** berangan Roll! haihhs~ baru seminggu kot ko diet nie.. =P. then aku belek2 web KZ, tips nak bagi perut lelaki semacho yang mungkin. korang baca kat SINI

**picture credits: Mstar**


BIG Thanks pada KZ yang bagi tips yang super cool! Sebenarnya aku nak search lam Google "Fitness fees at Klang" alih2, keluar lak blog ko bro! huhu~ terbaek dari ladang..

Ok lah, aku harap korang doakan kejayaan aku k! haha.. salam..

Thursday, October 28, 2010

Ada apa dengan Ambank Inspector ATM part #1 by shahroll

Thursday, October 28, 2010
Salam all! =D

Sedikit "teaser" gambar dimana saya dan beberapa staff dari Ambank yang begitu "sporting" ketika gambar ini dirakam di University Taylor's. Terima kasih pada photographer yang ambil gambar nie (student Taylor's).

** Shahrul (baju putih) dengan staff Ambank Group**

Sebelum saya memberikan "cerita" penuh pasal event Ambank Inspector ATM, jom layan video ads yang dibawa oleh Youtube! yeahhh...


** Nantikan laporan penuh pada Mid-Night entry**

by:

Friday, August 27, 2010

Around my birthday and break-fasting at Pulau Indah by shahroll

Friday, August 27, 2010
Salam all! =D

Selamat hari Jumaat. Hari nie cuti Nuzul Quran kan, so rakyat negeri Selangor bercuti lah. Bagi rakyat (negeri) lain, tak tahulah korang cuti ke tidak, yang pasti Kuala Lumpur tak cuti yee.. hahaha! Jangan marah aku wahai penduduk KL sekalian, aku suka lepak KL lagi-lagi area Raja Chulan.. hohoho~

Date 22/08/2010, mak aku ajak berbuka di rumah saudara aku kat Pulau Indah. Adik mak yang bongsu nie, Yati nama dia. Pandai memasak dan juga menjahit, sama macam mak aku gak. Cuma nya masakan mak aku lagi best lah.. hahah =D
Kebetulan, lepas makan-makan dah kenyang gile macam ular sawa baham kambing sekor, ada 3 kek dipersembahkan diatas meja.3 KEK korang taw tak..tapi bukan kek yang 15 kilo tu ( erkk~) kecik je lam 1 kilo tu kot..

Rupanya, ada 3 orang yang sedang menyambut harijadi (aku la tu), then pakcik aku (akan datang) dan anak dia si Nurul ( dah lepas..) di raikan di majlis serba ringkas, alaa buat makan-makan gitu jerk.. bukan party besday ke pe.. =D

Yang sponsor kek nie adik aku no.2, Elly. Dia nie tokan kek. Bukan tokey, kerja kat kedai kek. So sesapa nak kek, leh g kat kedai kek dia kat Pandamaran Jaya. Penat type dah, layan je gambar dan maaf! aku pakai henpon Sony Ericcson W901i je nie.. layann..


Abaikan muka aku yang main bulat dan tembam tu =_=~. Makin sehat, alhamdulillah, tapi tak moh gemuk sangat, nanti dapat penyakit pulak! =D. Kek tu aku cuit sikit je, almaklum lah baru lepas buka kot? 

Tup..tupp dah 23 aku ye.. Alhamdulillah.. syukur pada-Mu ya Allah.. Kau ampuni lah dosa2 kami, kedua ibubapa kami, keturunan kami, guru2 kami, dosa2 orang yang masih hidup atau tiada.. aminn.. =) ( korang bace, korang aminn sendiri k!)

Aite, nak bersiap ke masjid. Solat Jumaat, jangan lupa.. =D salam!

Thursday, July 08, 2010

Mereka bermula dari ZERO sekarang sudah HERO beb! Jom tengok siapakah blogger HEBAT di Malaysia!!

Thursday, July 08, 2010
Salam all! =)

Mata masih dalam keadaan "rabak" sebab world cup semalam. Dan result nyer korang leh lihat di posting bawah nie. huhu~ VIVA SPAIN! **wink**.. Ok, pagi2 yang sejuk suam2 nie aku nak list down kan senarai2 blogger2 yang HEBAT! ape yang hebat sangat sampai aku kena list kan?? haaaa.. korang kena ler menerjah belog2 yang aku sediakan nieh... 

Actually this from site Nuffnang untuk featured blogger itu.. heheh, dan pengamatan aku bukan calang2 dorang nieh.. selain tak yah boh gambar yang "sgt" byk untuk menarik minat korang membaca, gaya penulisan dorang memang best! tak caye aa?? layan..~



Untuk 2007, aku tak berapa familiar dengan nama2 seperti Muzaffar Mustapa, Kenny Sia Shaolin Tiger, but sekarang ternyata dorang memang fofulerss di Malaysia. Bukan setakat dalam dunia blogging jerk.. =O





Tahun 2008 pulak, time nie aku mula berjinak dengan dunia blogging nih! Masa tu tak se se-hardcore mcm sekarang (factor $$$ may b) hahah~ dalam banyak2 list untuk 2008 nie, aku kenal sangat dengan nama Haniz Zalikha nie ( cehh~ mcm aku je la sorang kenal.. =P ) Ok guys! untuk 2009 & 2010, korang leh layan kat SINI
salam!