Friday, December 12, 2014

Koleksi menu Yee Mee untuk program kurus badan! by shahroll




As salam, hello readers...

Sepanjang aku berdiet, aku tetap makan macam biasa. Nasi aku makan gak tapi dalam kuantiti yang sedikit. Biasa 3 senduk, korang boleh kurangkan jadi 2 senduk (untuk permulaan). Then, aku suka makan yee mee dengan pelbagai masakan yang aku try-error sebenarnya. Main hentam gak sebenarnya, HAHA!!
Yee Mee daging campur ayam
Secara basic nya, yee mee tu aku rebus je pun. Lepas tu aku masukkan daging masak kicap dengan ayam gaul kicap. Sayur tu pulak aku celur je. Setel!

Yee Mee rebus berkuah
Jenis ni pulak, aku sediakan kuah macam korang nak buat char kuey tiaw punya kuah. Then masukkan yee mee. Nak letak pedas boleh, nak letak ayam lebih pun boleh! Ikut selera dan tekak masing-masing

Yee Mee Hailam
Aku tak pakai minyak masak ni. Aku guna planta. Rasa dia lemak-lemak sikit, lepastu campurkan sikit halia. Kira kasi lawan sikit la dengan rasa kicap tu. Nak best, letak baby kailan dengan 2 ekor udang. Lazzzottt!!

Sedap dan ringkas menu kali ni k? hope korang leh try!

enjoy!



No comments: