As salam, hello readers...
Dalam menjalankan aktiviti senaman untuk kesihatan badan, jangan lupa tentang makanan yang korang ambil. Sia-sia je korang senam bagai nak rak, tapi makan tak kawal. 30% dari senaman yang korang buat dan 70% dari segi pemakanan yang korang ambil sehari-hari.
Antara contoh yang korang boleh "tiru" dari cara aku makan;
Chicken breast+Vegetables+Egg
sumber: Instagram shahrollphoto
Yee Mee+Chicken breast+Kailan
sumber: Instagram shahrollphoto
Mashed potatoes+Chicken breast+vegetables
Apa persamaan menu makanan diatas? YES! aku makan dada ayam sebagai sumber protein. Sayur-sayur tu ikut selera korang, nak celur saja atau full boiled pun boleh.
Nasi tak makan ke? so far, aku makan jugak tapi sikit je. Banyakkan sayur+ikan+dada ayam. Jauhkan benda-benda yang bergoreng dengan minyak berlebihan, pedas dan bergaram+gula lebih. Banyak pantang-larang? HAHA! No pain, no macho la!
Lagi menu makanan yang aku telah sediakan: Himpunan Makanan Fitness
Satu lagi, amalkan minum Infused Water untuk clean your stomach!
Lemon+mint
sumber: Instagram shahrollphoto
Seminggu korang amalkan minum air macam ni, ia akan membantu proses pemulihan dalaman terutama usus korang yang dah "berkeladak" dengan sisa-sisa makanan yang tertinggal. Pembuangan air besar korang pada awalnya agak tak teratur, macam aku dulu sebab dia nak adjust balik kotoran tu.
Lepas tu korang rasa perut lebih ringan, angin pun berkurangan (kalau letak halia lebih bagus!) try lah!
enjoy!
2 comments:
huish sedaspnya le menu2 yg dikongsikan kat sini..kalau my hubby tgk mesti berselera dia request ni
Noriza:
Hehe, terima kasih. Boleh la cuba hidangkan kat your hubby =)
mesti dia suka..
Post a Comment