Showing posts with label trainer. Show all posts
Showing posts with label trainer. Show all posts

Sunday, December 14, 2014

Social Media Manager: Berceramah untuk usahawan online Malaysia, satu cabaran! by shahroll

Sunday, December 14, 2014



As salam, hello readers...

Minggu lepas aku dan adik bongsu aku pergi ke Perpustakaan Tun Raja Uda (nama dulu) atau nama komersialnya PPAS di seksyen 13, Shah Alam. Ini antara port lepak kegemaran aku sebab boleh buat kerja untuk 2-3 jam pertama (untuk fokus) dan selebihnya aku suka menikmati lanskap yang ada di PPAS ni.

Aku pergi hari Sabtu. Seingat aku, hari Sabtu tak ramai orang. Tapi aku silap, ramai yang membawa anak-anak pergi ke library Selangor ni untuk menghabiskan cuti hujung minggu bersama keluarga, lebih-lebih lagi jika anak mereka itu "ulat buku". Parking penuh sampaikan aku park di tepi jalan berhadapan dengan library.


my laptop & notes

Aku ke sana bukan untuk suka-suka saja. Ada kerja yang perlu aku laksanakan. Selalunya aku buat kerja-kerja kemaskini slideshow presentation aku dalam bilik je, cumanya masa tu aku teringin nak buat kat open fresh air sikit. Tu yang pergi ke PPAS. Walaupun PPAS menyediakan tempat yang best untuk buat kerja, tapi satu je kekurangan. Plug untuk sambungkan letrik ke laptop sangatlah sedikit.

Makanya, aku perlu pergi ke level 2 untuk mencari plug yang masih kosong, orang belum pakai. Dan, untuk 1 plug bayarannya adalah RM1 sahaja. Murah dan sangat "rakyat" punya rate!

Alhamdulillah, lepas dapat tempat, langsung saja buka laptop dan fokus membaca 3 e-books berkaitan dengan pemasaran online a.k.a social media marketing untuk dimuatkan dalam slide.

Aku membuat kerja part-time sebagai penceramah bebas. Yes, bebas untuk bertukar-tukar ilmu dengan usahawan online yang lain samada di jemput ataupun atas permintaan orang perseorangan (private coaching)

Terdapat banyak cabang ilmu yang boleh aku kongsikan bersama-sama peserta dalam kelas yang dianjurkan. Samada usahawan online lama atau baru, aku alu-alukan kehadiran korang. Ada masa ilmu korang lebih lagi dari apa yang aku tahu, makanya tak salah kita bertukar pendapat dan idea. Itu lebih baik kan?

Dalam segmen berceramah ataupun kelas, pasti ada yang tidak puas hati dengan apa yang aku buat. Ada yang berpendapat hanya "cakap kosong" tanpa bukti yang kukuh apa yang aku sampaikan berkesan atau tidak, apa result yang paling pantas untuk sales, apa yang perlu ada dalam tulisan marketing dan lain-lain lagi

Aku cuma nak tegaskan kat sini, kalau korang datang ke kelas aku hanya SEMATA-MATA nak sales korang MELONJAK dari 0% ke 200%, JANGAN datang atau booking kelas yang aku buat. Aku memberikan ilmu dan pandangan bukan terus dapat apa yang korang impikan

Ianya memerlukan kesabaran dan kerajinan seseorang peniaga/usahawan online itu. Ada orang tanam mangga, esok boleh petik dan jual? Tak kan? Ada orang yang letak iklan dalam talibesen dapat sales jutaan ringgit? tak juga kan?
So?

Maaflah aku agak terkesan dengan "cakap-cakap" belakang yang boleh je aku smash dalam Facebook, tapi dalam blog pon lebih baik. Boleh satu dunia baca apa masalah kalau masuk dalam line industri "penceramah" so called ni kan?

Akhir kata, teruskan berjuang... hingga akhir...

enjoy!



Wednesday, October 01, 2014

Bagaimana nak mengukur Kcal, Fat & Heart rate? by shahroll

Wednesday, October 01, 2014



As salam, hello readers...

Sejak aku dah mula balik ke gym UiTM, banyak kenalan sudah aku kenal dengan trainer-trainer kat sini. Kebanyakkannya pelajar-pelajar UiTM itu sendiri dari fakulti Sains Sukan. 

Dalam banyak-banyak tu, aku sempat berkenalan dengan Wani. Budaknya peramah dan bagus sebab tak lokek ilmu pasal fitness. Moga Allah murahkan rezeki dia dengan ilmu yang disampaikan, aminn!

Minggu lepas aku ada ternampak iklan pasal jam tangan kat kaunter. Kebetulan wani yang jaga masa tu. Aku tanya lah, jam ni jam biasa ke? Rupanya bukan. Jam yang boleh detect heart rate korang bila korang tengah buat senaman di gym. Specially masa korang tengah senam kat treadmill atau cycling.

Jam yang ditunjukkan dalam WhatsApps

Harga jam ni RM120 dapat nego RM115 lah. Dapat jam ni dengan alat heart rate tu. Benda tu korang kena letak kat degupan jantung, nanti jam akan detect berapa rate degupan jantung korang. Best kan?

aku dah beli!!

Heart rate aku masa aku test alat ni, seperti dalam gambar diatas. Saja test kot la jam ni tak berfungsi pulak. Setelah aku rasa puas hati dengan seller jam ni, sebab aku banyak bertanya pasal jam ni, baru lah aku balik ke rumah. Malas pulak nak belek manual tuk aku baca. Lagi senang dengar penerangan dari yang pakar. HEHE!

Jumaat ni aku akan ke gym lagi tuk full test alat ni. Anything aku akan update k??

enjoy!


Tuesday, November 02, 2010

Motivated words by AP. Dr. Amran Awang and whom he? by shahroll

Tuesday, November 02, 2010
Salam all! =D


Bila ada orang puji kita, korang rasa seronok tak? Of course la kan. But bagi aku, bila Prof. Amran Awang meng-recommendations kan aku di profile LinkedIn, aku cukup-cukup berbesar hati bahkan aku menjadikan bait-bait kata Prof. sebagai azimat untuk aku terus berjuang untuk berjaya. Terima kasih Prof! =)


**click for enlarge**

Secara jujur, aku hanya kenal Prof. di dalam alam maya saja. Kebetulan masa tu, aku baru saja joint LinkedIn. Ada juga Prof. ajak berdiskusi bersama-sama dengan usahawan+kawan-kawan Prof, but aku semacam segan kerana level aku belum sampai ke tahap yang sepatutnya aku layak berada di dalam diskusi tersebut. Maaf Prof, if you read this, is not i'm arrogant to not joint the discussion, but I bit shy.

** My profile on LinkedIn**

My review: LinkedIn nie berbeza dengan laman social yang aku pernah joint. Web nie memang seriously untuk golongan Professional bertemu, berbincang dan mengenali rakan-rakan dari bidang yang lain atau sama bidang. Contoh terdekat seperti aku lah. Aku boleh bertemu seperti photographer idola aku macam Joe McNally, seorang photographer yang tersohor dan aku follow perkembangan beliau di blognya. cool kan?

Tapi bila untuk bab perniagaan, aku suka refer pada Prof. Amran. Bukan aku pergi tanya how nak berniaga, but ada satu laman page nie, Prof dah banyak menulis tentang keusahawanan dan business.

check it out this link: http://www.docstoc.com/profile/amaw09

Dengan link tu jugak, aku banyak membaca tulisan Prof. Amran. Terima kasih pada Prof yang sudi berkongsi ilmu. Diharapkan Prof. yang lain akan mengikuti jejak langkah Prof. Amran Awang.


Footnote:
 Lecturer, Trainer, Researcher and Consultant.
Area of Expertise: Entrepreneurship Development, Strategic Entrepreneurship, Corporate Management, Small Business Management.