Sunday, May 03, 2015

Mee Udang: Usop mee udang dari Pulau Sayak by shahroll




As salam, hello readers...

Kali ini aku nak membawa keenakkan Mee Udang dari Pulau Sayak! Mana tu eh? Lokasinya di Kedah dan spesifik tempat adalah di Kuala Muda, Kedah. Aku pergi untuk kali pertama, semasa aku dan team IMD pergi menikmati makan malam sambil di depan kedai ada pantai yang menggamit memori *jika pergi couple la* HEHE!

Usop Mee Udang, Kuala Muda, Kedah

Aku order mee udang untuk harga yang biasa iaitu RM9/pinggan (3 ekor udang: 1 besar, 2 sederhana). Harga disini masih berbaloi untuk dinikmati bersama rakan-rakan dan keluarga. Paling mahal pun mee udang special cuma RM20 sahaja (ada 5 ekor udang besar!)

Di area sini, ada beberapa kedai mee udang yang lain, tetapi kami dibawa ke Usop Mee Udang ni, mungkin famous dan menjadi "port" makan untuk orang luar yang mengunjungi negeri Kedah Daul Aman

Alamat:
K639, Kampung Teluk Bilek, Kota Kuala Muda, Kuala Kedah, 08500

Rating:

Kebersihan: 4/5
Harga: 4/5
Rasa: 5/5
Suasana: 5/5
Layanan: 3.5/5

Kedai ini juga termasuk dalam direktori Openrice dot com: SINI

enjoy!




No comments: