Showing posts with label astro. Show all posts
Showing posts with label astro. Show all posts

Saturday, April 23, 2011

Astro: [video] Maharaja Lawak minggu ke-4 by shahroll

Saturday, April 23, 2011


Wazapp guys!


Minggu nie menampakkan hasil usaha yang berlipat kali ganda dari semua kumpulan dan peserta solo. Nothing much aku boleh ulas pasal persembahan solo, more fokus untuk group sebab lebih best! Sorry to say, yang solo semacam "tak boleh blah" (kecuali Nabil) dengan persembahan "tawar" minggu ni.


Koleksi terbaek dalam simpanan aku saja aku muatkan dalam nie, so yang takde lam ni, paham2 je lah... chaw! (susunan video adalah ranking dari no #1 hingga last)


Group JAMBU


Nabil


Group SEPAH

Group JOZAN

Wednesday, January 19, 2011

Who is Anis Nabilah? Please ANSWER me! by shahroll

Wednesday, January 19, 2011
As salam to all,


Lately, mood blogging dah semacam lari kepada side masakan pulak. Bak kata **phreak-ID**, dah ala-ala blogger Mat Gebu katanya. Wah! Jangan begitu, aku tak de niat nak jadi chef nie. Cuma aku suka masak (yang simple2 je) cam Nasik Goreng ke, Mee Goreng ke, now nak belaja nak masak yang berat-berat sket =D


Ok, who Anis Nabilah? Lawyer kot? tak pun, perisik? NO LAH! She is talented CHEF yang baru naik (dah top rasanya) dalam bidang masakan. Kalau korang jenis layan channel AFC (Asia Food Channel) kat Astro, sure korang taw.


Chef Anis Nabilah
picture credit: Google

Lawa kan? Aku dah kata, mata aku belum rosak lagi (hopefully NOT!). Dah la lawa, pandai pulak masak, memang calon pilihan korang kan? Tapi, korang tak leh amek AN, sebab aku dah cop! (pulakk..!) HAHa, gurau2 je..*wink*

Bukan senang nak masuk kat channel AFC nie
picture credit: placesandfoods

Aku quote resepi dari Tumblr Anis Nabilah yang aku nak try la pas nie, cam sedap je! =D *sluurrpppss**

BREAD PUDDING PISANG BERSAMA SOS VANILA

Bahan-Bahan:

> Puding Roti
1 buku besar roti putih
5 biji telur
800ml susu segar
½ cawan gula kastor
3 sudu besar tepung custard
100gm mentega
7 biji pisang rastali / emas (dipotong nipis)
4 sudu besar mentega kacang
250gm coklat masakan (dicairkan)


> Sos Vanila
1 liter susu segar
5 sudu besar tepung custard
1 biji kuning telur
½ cawan gula kastor
1 sudu kecil esen vanila

Cara Penyediaan:

Panaskan ketuhar pada suhu 170c. 
Sapukan sedikit mentega pada loyang. Sapukan mentega dan mentega kacang pada kedua-dua belah roti dan potongkan 4.

Dalam mangkuk yang berlainan pukulkan telur, gula kastor, susu segar dan tepung custard sehingga sebati

Susunkan roti yang telah dipotong kedalam loyang, selepas susun lapisan pertama susunkan pisang diatas roti dan tuangkan sedikit coklat keatasnya. 

Tuangkan pula sedikit bancuhan telur tadi, dan lakukan langkah sama pada lapisan kedua dan seterusnyadan akhiri dengan lapisan roti bersama coklat dan bancuhan telur tadi.

Masukkan kedalam ketuhar dan bakar selama 45 minit
Sediakan sos vanila sambil menunggu pudding siap dimasak

Pukulkan semua bahan-bahan sehingga sebati.
Masukkan kedalam periuk dan masak menggunakan api yang perlahan.

Kacaukan sos sehingga pekat dan mendidih
Padamkan api dan biarkan sejuk sebelum dihidangkan bersama pudding roti. 

************

Adakah aku baru join race makan-makan, aku dah tersampok nak jadi food blogger? Arghhhh!! kena belajar ngan KY speaks aaa pas nie! can ar KY xiansheng?? =D 

see ya next!

Monday, January 17, 2011

La Ikro Ha Fiddin: Telemovie karya MARIANA HASHIM yang mantap! by shahroll

Monday, January 17, 2011
As salam to all,


Aku baru habis tengok satu telemovie di Astro Prima. Sebelum aku ulas cerita nie, suka aku nak ingatkan, aku bukan seorang blogger yang sesenang nak bagi review "percuma" kalau cerita tu tak menepati ataupun tak sampai pada penonton. Disebabkan cerita tadi best plus ramai yang respon, so aku pun suka jugak lah nak kasik review. Dulu aku pernah review cerita Maisarah di channel yang sama.


Ok, cerita LIHF berkisarkan cerita pertembungan 2 bangsa dan agama. Aku quote sinopsisnya dari http://stories.rohaizamahmod.com yang berbunyi,


Cerita ini mengisahkan tentang  Nurlia, lakonan Sharifah Amani yang sentiasa mengalami masalah dalam hidup dia tapi tetap berpegang teguh dengan ajaran Islam. Zach X Factor pula membawa watak Dr Edward yang kematian bakal isteri di hari perkahwinan. Susan Lankaster pula sebagai biarawati manakala Fauzi Nawawi pula membawa watak seorang yang menggunakan nama agama untuk kepentingan peribadi.


Kemudian, Dr Edward dan Nurlia ni ditakdirkan berjumpa, berkawan, dan mempunyai perasaan antara satu sama lain. Disebabkan berpegang teguh pada agama, Nurlia tidak menerima cinta Edward sehinggalah Edward memutuskan untuk membunuh diri.


Susan with Amani

Zack with Amani
**picture take from Rohaiza Mahmod blog**

Apa makna La Ikro Ha Fiddin nie eh? Ok, tajuk cerita nie diambil dari Kitab Suci  Al-Quran dalam Surah Al-Baqarah ayat 256 iaitu,

 “La ikro ha fiddin…” “Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam)”; dan sambungan ayat tersebut “sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barang siapa yang ingkar kepada Thaghut (perkara yang melampaui batas) dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(quote from RohaizaMahmod blog)


Diharap,kat Malaysia nie, banyakkan cerita yang bercorakkan unsur keagamaan, perpaduan,hormat-menghormati sesama insan dan juga percintaan. Aku boleh kasi 4 star untuk cerita LIHF nie. Feel dia sampai kat aku, dan aku pasti sampai jugak dalam hati korang kan? kalau tak sampai tu, mungkin hati dah keras kot? opzz! sorry, melawak je k! Ok lah, see next! As salam.. =)

Friday, July 16, 2010

Imam Muda: Pendekatan baru Islam dalam dunia moden by shahroll

Friday, July 16, 2010
Salam all! =D


Baru dapat update something. Today work kinda busy at office. Tak sempat nak update apa-apa. Membaca newspaper tadi di ruang tamu dan terpampang pasal Imam Muda. Sebenarnya aku dah beberapa kali melihat siri Imam Muda nie dan aku rasa menarik juga.




** Peserta-peserta Imam Muda

Apa kata Astro tentang program ini?

Idea program Imam Muda ini tercetus apabila melihat anak muda zaman ini mempunyai potensi untuk memikul tanggungjawab bukan saja sebagai seorang imam yang serba boleh tetapi juga pemimpin yang berwibawa, maka, Astro Oasis mengambil inisiatif mewujudkan program kerohanian Imam Muda dengan mendapat kerjasama daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Program ini memberi landasan untuk memartabatkan status imam dan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai tanggungjawab sebenar seorang imam. 

Calon-calon Imam Muda ini akan menjalani jadual ketat, peraturan agama, tugas rutin dan pemahaman khusus mengenai tugas-tugas seorang Imam, pemimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat. Kesemua individu ini bakal diuji setiap minggu dengan latihan praktikal dan bertulis berdasarkan tajuk-tajuk agama serta kemasyarakatan dan kepimpinan. Mereka yang menunjukkan prestasi yang paling bawah akan disingkirkan. 

Meskipun hampir kesemua mereka berpotensi menjadi seorang Imam Muda, hanya seorang yang bakal dinobatkan sebagai juara Imam Muda. Ikuti program kerohanian terbaru, Imam Muda hanya di Astro Oasis, saluran 106, Inspirasi Sanubari. 


Belum melihat program realiti ini? tontoni di Astro Oasis di saluran 106. Dan seperkara lagi, ianya akan berakhir tidak lama lagi =D. Jangan tunggu sehingga musim ke-2 pula... salam! =)

Thursday, January 14, 2010

FULL coverage: Astro B.yond Bloggers Night @ Modesto`s by shahroll

Thursday, January 14, 2010




Salam to all readers,





Apa yang lebih menyeronokkan jika dibandingkan hanya berblogging di depan PC tanpa bertemu dan menjalinkan jaringan sosial di luar talian??hah! terjekut ke SH cakap cam nie.. hahaha.. OK, actually SH baru balik dari Majlis Nuffnang iaitu Astro B.yond Bloggers Night yang bertempat di restoren Modesto`s, Desa Sri Hartamas, Damansara. SH pergi bersama Jiji...














This Jiji... hahaha! 





SH datang agak lewat, kesesakan lalu lintas yang melampau. Dalam hati nak je batalkan pergi ke sana, tapi nekad gak nak pergi, because this my 1st time invitation by Nuffnang to me! Really appreciate this event, thanx Nuffnang! So, dengan menyusup perlahan2, sampai gak la SH ke tempat yang dinyatakan.















Sesampai ke restoren tu, lihat parking kereta.. fuhhh~ semangat! Agak la sesak gak..naseb baek de joki yang macho member perkhidmatan parking kat belah belakang. Nway, it`s not free… haha caj RM 10 jek!

Masuk2 terus ke kaunter Modestos tu untuk membuat registration.





“ Excuse me sir, what your email”


“what??pardon please…”


“ email.. what your email?”


“ ohh.. initial from S..Shahroll”


“Ok, that it, just sign this sir”


















Haha, agak jadi “pekak” sekejap disitu sebab dalam tu dah meriah kan.. tapi ok lah, baru2 gak mulanya tu ( suresh said , baru mula event..) ok la tu.. hehe.. nice to meet you Suresh! Jalan2 sekitar club tu amik2 gambar keadaan sekeliling,berjumpa pula dengan blogger Eriqazz. Borak2 dengan beliau yang sungguh sempoi dan sporting,maka kami berdua pon melayan makanan yang ada di dalam tu. Sedap ooo makanan yang ade.. heheh rosak diet SH mlm nie..















 **sila abaikan mata sepet SH tu ye... nak jadi ala2 Hanis Zalikha kunun~ hahaha~







Selepas itu, berjumpa pula dengan Beautiful Nara yang tebaboww popular ooo~ SH ingatkan BN nie dak pompuan,rupanya lelaki… nice to meet you bro! Then, the famous 1 blogger @ Top Blogger in Nuffnang is RedMummy (RM) yang ramah melayan blogger baru cam SH nie.. tapi sekejap je coz RM ade kije.. seem like bz je,so beralih tempat pulak ke tempat lain…..







With Beautiful Nara







With RedMummy





Then, berjumpa dengan Baizura Razali ( my Fan in Facebook), Foxy Farah dan juga Zaraa..  nice to meet u all guys! So friendly lah.. heheh.. Hajat dihati nak bergambor dengan founder Nuffnang, tapi kelibat nyer tah kemana daaa.. tak pe, hari sabtu nie leh repeat!..









With Baizura & Farah






With Zaraa



Next, I saw Jojo tgh ditemuramah oleh pihak Astro. Tataw la dorang ngah cakap pasal pe coz SH dok perati dari jauh jaa.. Ada sikit la ala2 muka Fauziah Gaos si Jojo nie… huhu.. ke mata SH yang rabun kot.. almaklum speck mata bawak tapi tak guna.. tak selesa! :P











Ok, habis pasal mencari blogger2 yang feymes dan mahsyurr,now focus pada aktiviti yang telah dijalankan malam tadi. Untuk memenangi tv LCD 32 inci dan set New Astro B.yond tu bukan lah mudah, ade kije sikit la nak menang itu hadiah meh! So, aktiviti nie berkaitan dengan mencari info/bahan berkenaan dengan Astro itu sendiri.. yelah dah Astro selaku sponsor besar kan malam tu.. hehehe..










**searching information.. wooooh~




Pemilihan Cuma siapa nak datang ke hadapan dan Cuma 100 peserta saja.. haaaa mudah kan! Tapi SH masa tu ngah menikmati makanan kan, so malas la nak layan.. hahaha! Gile keji perangai.. biler dah setel2 semua, dorang g hanta untuk judgement dan result is… Blogger bernama Eric yang memenangi hadiah TV LCD 32 inci itu bersama-sama dengan New Astro B.yond, remote control and Smart Card plus with New Astro B.yond Dish and HDMI cable. Menang mende nie korang tak payah bayar sesen pon untuk tahun pertama.. heh!~ gile best… :P







** bukan gambar pemenang.. ini blogger yang ditemuramah... :)







**sekadar hiasan.. hahahah~ SH ska lilin nie disusun gitu.. :P





Astro B.yond.. hope i get the best posting.. hopefully! heh~







Sebelum pulang sempat berposing sesama blogger... :)






Dan juga bersama orang-orang kuat Nuffnang!!.. see you again!! :)










Thanks you so much Nuffnang!! Happy come to your Event.. to all nangers, keep in touch k.. :)










...............................................................................................................






Lampiran section:









Letter from Astro about this Event...










Astro broshure