Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Friday, June 07, 2019

satayVIP nak buka outlet pertama? by shahroll

Friday, June 07, 2019



As salam, hello readers...

Alhamdulillah, dah masuk syawal ke-3 hari ni dan aku masih ada lagi di Antara Gapi dan InsyaAllah akan berangkat pulang ke Shah Alam lewat petang sikit. Dan untuk petang ni, aku nak share tentang idea pembukaan kiosk SATAY VIP dengan pembaca blog semua.

Macam yang korang tahu, bisnes satay memang satu bisnes yang senang masuk dalam pasaran Malaysia. Tak kurang juga yang banyak "kalah" dalam game bisnes satay kan?


Perancangan bisnes satay VIP untuk kiosk satay (doakan ye!)

Selama setahun dari satay VIP tidak ada apa-apa, maksudnya dari KOSONG sehingga sudah ada customer dan pelanggan, satay VIP menyediakan perkhidmatan membekalkan satay mentah kepada peniaga satay Business To Business (B2B) dan juga Business To Customer (B2C) terus.

Tapi fokus setahun lepas memang kita berikan tumpuan penuh kepada pembekalan satay mentah untuk peniaga satay sekitar Lembah Klang.


satay mentah satay VIP (satay daging)

Dan bila nak masuk ke tahun ke-2, aku rasakan perlu satu usaha yang lain untuk melonjakkan nama dan jenama satay VIP ke peringkat seterusnya iaitu dengan menjual satay ini kepada pelanggan secara terus. Dan, aku juga ada beberapa idea untuk mempelbagaikan makanan klasik Malaysia ini sebagai "satay fusion" supaya mereka yang datang dapat merasai satay yang berlainan sedikit dari yang biasa.

Apakah itu? HAHA! aku boleh bagi hint la eh, nanti ada pula tiru idea aku ni. satay yang ada unsur negara tertentu, then satay yang ala-ala mat salleh dan satay klasik seperti korang nampak sekarang ni la. So ada 3 jenis menu utama dalam kepala aku sekarang ni.

Tapi aku kena buat validasi dulu terhadap menu-menu satay tu dulu sebelum aku terus buat untuk mass market. Kalau tak buat, rugi je kalau tak dapat sambutan, kan?


satay sedap dan berjus!

Berbalik pada perancangan membuka kiosk tu, aku masih membuat kira-kira dan lokasi yang sesuai. Aku dah berjumpa dengan otai-otai satay yang mengatakan 85% kejayaan bisnes satay ni adalah disebabkan lokasi yang ramai orang. Lain-lain faktor adalah kecil berbanding dengan lokasi.

Selain tu, aku juga study dengan melihat pesaing-pesaing di dalam online. Disebabkan aku nak tackle online market, aku kena pastikan pesaing aku mesti dibawah par yang aku telah tetapkan. Tapi Alhamdulillah, setahun berlalu memang banyak leads dalam online aku dapat terutama dari blog dan juga Instagram satay VIP.

setakat tu dulu aku update. Ada masa aku update bila dah bebetul nak membeli peralatan macam stall, panggang satay etc tu ye.


salam syawal!


Saturday, June 03, 2017

Seafood lambak atas meja pengganti nama yang lain? by shahroll

Saturday, June 03, 2017



As salam, hello readers...

Selamat berpuasa untuk hari ke-8! Alhamdulillah, dah lebih seminggu kita berpuasa dan masuk minggu ke-2 pula ye. Bagaimana setakat ni? Harapnya masih bertahan! haha. Ok, nothing to story panjang-panjang sebenarnya, cuma aku tertarik satu banner di Emporium Makan Klang, ada banner macam kat bawah ni: Seafood Lambak Atas Meja


kreatif eh?

Ini disebabkan isu penggunaan jenama Shell Out yang telah dipatenkan, makanya paten tersebut tidak boleh lagi la digunakan secara meluas oleh peniaga-peniaga yang lain. Dengan itu, lahirlah nama-nama yang lain jugak.

Nice lah!



Thursday, July 09, 2015

Bubur Lambuk: Mana datang bubur ni? by shahroll

Thursday, July 09, 2015



As salam, hello readers...

Setiap kali bulan puasa, bubur lambuk mesti menjadi buruan bagi mereka yang beragama Islam untuk berbuka puasa. Mana yang tahu tempat bubur lambuk yang best? Tentu saja sebut Masjid Jamek Kg. Baru. Tapi aku pelik, mana asal usul bubur lambuk ni eh?

Bubur lambuk ni sama dengan bubur asyura tu ke? Wallahualam, aku tak dapat jawab sebab dalam Internet tiada data dan artikel berkenaan. Yang ada ornag shoot gambar bubur lambuk dekat masjid yang pemes dengan juadah bubur lambuk.



Apa yang pasti, ditempat kerja samada swasta ataupun kerajaan, pastinya bergotong-royong membuat bubur lambuk sebagai buah tangan untuk berbuka kepada staff di organisasi mereka bekerja. Walaupun bubur lambuk sinonim dengan bulan puasa, namun ada yang dah dijual sebagai makanan harian.

Nak resepi?

Bahan-bahan
Dua cawan beras dibersihkan
300-500 gram daging dipotong dadu
4 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar merah*
1 genggam udang kering*
1 kiub pati lembu
1 sup bunjut
Rempah ratus : Bunga lawang,kulit kayu manis, lada hitam
1 sudu halba
2 helai daun pandan
1/2 cawan santan
air secukupnya

Cara-cara
1. Bahan bertanda * ditumbuk halus atau dikisar terlebih dahulu
2. Panaskan minyak, masukkan bahan * yang telah ditumbuk halus dan juga rempah ratus. Goreng hingga layu.
3. Masukkan daging dan goreng seketika, kemudian masukkan air.
4. Masukkan beras yang dibasuh, tambahkan sup bunjut ,kiub pati lembu, daun pandan dan halba. Biarkan sehingga beras menjadi bubur. Tambah air jika perlu.
5. Masukkan air jika perlu, dan tambahkan santan. Gaul dan biarkan seketika sehingga mendidih.
7. Sebelum dimakan, tambangkan bawang goreng dan juga daun sup mengikut citarasa anda.


selamat berbuka!




Thursday, February 19, 2015

(FOOD) Nasi Lemak Pak Musa, Banting yang awesome? by shahroll

Thursday, February 19, 2015



As salam, hello readers...

Ahad lepas aku berkesempatan pergi ke Banting bersama abah aku untuk membeli bekalan kerepek disana. Aku bukan nak beli kerepek pisang, cuma memenuhi permintaan rakan baru aku iaitu Tuan Zack yang sedang mencari kerepek Maruku, Rempeyek dan Bawang. Kami di LCCT tak buat kerepek lain, makanya ke Banting la kita....

Sebelum pergi ke tempat yang dituju, bersarapan dulu di salah sebuah kedai Nasi Lemak yang dikatakan popular sekitar Banting.

Kedai yang berhadapan dengan parit besar, tidak sama sekali mengundang bau yang tidak enak semasa menjamah makanan. BEST!

Apa nama kedai tu?

Warisan Pak Musa
Nasi Lemak Sotong


Nasi Lemak Pak Musa, kerap kali nama itu terpacul jika anda ke Banting dan mendapat rekemen yang tinggi dari peng-review makanan. Maka dengan itu, aku pun nak le try. Betul ke sedap nyer tu?

Sebenarnya kedai yang ada disini banyak. Pak Musa punya kedai penuh dengan pelanggan. Kalau duduk di tempat kedai lain, makanya tak dapat nak makan nasi lemak Pak Musa la. Makan kedai lain punya nasi lemak, tetap nasi lemak sotong

Secara keseluruhannya, nasi lemak Pak Musa bagi aku sama saja dengan tempat lain, cuma dia present sotong tu kat pinggan kecil yang lain. Tak campur dengan pinggan nasi lemak. Nasinya tak terlalu lembik dan agak bertabur (abah aku suka!) dan sambalnya yang ummmphh!! Itu yang lazat kalau jual nasi lemak, sambal kena power!

enjoy!

p/s: sorry tiada gambar nasi lemak, sebab dah habis makan baru teringat nak snap! gosshhh...


Thursday, February 06, 2014

Penang menjadi pusat tumpuan dunia tentang makanan? by shahroll

Thursday, February 06, 2014




As salam, hello readers...

Tahniah aku ucapkan kepada Pulau Pinang yang telah menjadi "landmark" kepada pelancong luar negara sebagai pusat makanan tumpuan dunia. Aku akui, pelbagai makanan disana adalah kebanyakkannya street food dan mempunyai kepelbagaian dari segi hidangan, rasa dan persembahan.

Dan aku sendiri pernah jejakkan kaki ke Pulau Pinang melihat makanan yang ada. Tidak lupa juga jeruk sebagai buah tangan yang paling laris dijual.

Antara makanan yang mempopularkan Penang adalah (setakat yang aku tahu);
#1- Char Kue Tiaw


#2- Rojak Mamak (Pasembor)

gambar ehsan: miszirni blog

#3- Asam Laksa Penang

gambar ehsan: 119cafe blog

#4- Ali Nasi Lemak

gambar ehsan: Best Penang Food blog

Inilah antara empat makanan atau menu yang popular di Pulau Pinang. Lain-lain menu korang boleh google sendiri atau lihat pada pautan link-link blog yang aku sediakan di setiap gambar.

Aku lihat promosi pelancongan ke Pulau Pinang selalu ada di kaca TV. No wonder kerajaan negeri di sana boleh mengaut keuntungan dengan menawarkan pakej-pakej pelancongan yang tertera pada iklan mereka. Tak habis disitu, tarikan utama pelancong dari luar negara juga gemar makan makanan Malaysia yang bermacam-macam jenis.

Tempat korang, makanan apa yang best?