Showing posts with label anis nabilah. Show all posts
Showing posts with label anis nabilah. Show all posts

Monday, April 02, 2012

Mana program masakan terbaik? di AFC ada semuanya! by shahroll

Monday, April 02, 2012


As salam, hello readers...


Bila aku pegang remote control Astro, saluran pilihan aku adalah Asian Food Channel (AFC). Banyak rancangan yang menarik aku suka dalam AFC tu macam Make Over Restaurant, The Opener, River Cottage, Black Chef, Icip-Icip dan lain-lain lagi.


Dulu aku pernah posting pasal Anis Nabilah, chef untuk program Icip-Icip (hot hits!) but now aku nak promote kat korang semua pasal resepi-resepi yang terrrrlalu banyak yang boleh korang cuba dalam laman web AFC: Recipes


Pautan yang memudahkan korang untuk mencari resipi yang terkini dan ter-feymes lah. Walaupun aku jarang ada masa nak masak, sekali-sekala tengok menu yang lazat-lazat memang buat aku nak ke dapur je!


Contoh: Marinated Lamb (yummy!)


Chef fav dalam AFC tetap Anis. Cuma aku tak sempat nak pergi show dia kalau ada buat program masak-masak. Later eh Anis? =D


credit: HERE
enjoy!

Saturday, April 16, 2011

Astro Prima: [video] Maharaja Lawak minggu ke-3 by shahroll

Saturday, April 16, 2011


WhatzUp!


Tadi aku berkesempatan nak layan Maharaja Lawak (ML) untuk minggu ke 3. Aku tengok pada part Nabil, Sepah, Jambu dan juga Jozan. Nabil not bad, aku leh layan lawak dia dan best jugak dia minggu nie. Jambu pulak, macam masuk tak masuk je lawak dia but still enjoy. Sepah minggu nie cool! Aku tak dapat bayangkan si Shuib jadi "perempuan", sure bini kau ketawa kaw2 dowh! =p


Dan last not least, Jozan. Dua orang nie gile dowh! superb gile.. hahah~ sebab idea dorang memang best! but.. but... video nyer tak de pon lagi!! alahai.. lambat la pulak si tukang upload neh! huhhu~ pape pon, korang layan dulu video yang ada kat bawah neh... zasssss!~


Group Sepah


Group Jambu


Nabil


UPDATE!!! JOZAN Group!!




Peserta Maharaja Lawak

Wednesday, January 19, 2011

Who is Anis Nabilah? Please ANSWER me! by shahroll

Wednesday, January 19, 2011
As salam to all,


Lately, mood blogging dah semacam lari kepada side masakan pulak. Bak kata **phreak-ID**, dah ala-ala blogger Mat Gebu katanya. Wah! Jangan begitu, aku tak de niat nak jadi chef nie. Cuma aku suka masak (yang simple2 je) cam Nasik Goreng ke, Mee Goreng ke, now nak belaja nak masak yang berat-berat sket =D


Ok, who Anis Nabilah? Lawyer kot? tak pun, perisik? NO LAH! She is talented CHEF yang baru naik (dah top rasanya) dalam bidang masakan. Kalau korang jenis layan channel AFC (Asia Food Channel) kat Astro, sure korang taw.


Chef Anis Nabilah
picture credit: Google

Lawa kan? Aku dah kata, mata aku belum rosak lagi (hopefully NOT!). Dah la lawa, pandai pulak masak, memang calon pilihan korang kan? Tapi, korang tak leh amek AN, sebab aku dah cop! (pulakk..!) HAHa, gurau2 je..*wink*

Bukan senang nak masuk kat channel AFC nie
picture credit: placesandfoods

Aku quote resepi dari Tumblr Anis Nabilah yang aku nak try la pas nie, cam sedap je! =D *sluurrpppss**

BREAD PUDDING PISANG BERSAMA SOS VANILA

Bahan-Bahan:

> Puding Roti
1 buku besar roti putih
5 biji telur
800ml susu segar
½ cawan gula kastor
3 sudu besar tepung custard
100gm mentega
7 biji pisang rastali / emas (dipotong nipis)
4 sudu besar mentega kacang
250gm coklat masakan (dicairkan)


> Sos Vanila
1 liter susu segar
5 sudu besar tepung custard
1 biji kuning telur
½ cawan gula kastor
1 sudu kecil esen vanila

Cara Penyediaan:

Panaskan ketuhar pada suhu 170c. 
Sapukan sedikit mentega pada loyang. Sapukan mentega dan mentega kacang pada kedua-dua belah roti dan potongkan 4.

Dalam mangkuk yang berlainan pukulkan telur, gula kastor, susu segar dan tepung custard sehingga sebati

Susunkan roti yang telah dipotong kedalam loyang, selepas susun lapisan pertama susunkan pisang diatas roti dan tuangkan sedikit coklat keatasnya. 

Tuangkan pula sedikit bancuhan telur tadi, dan lakukan langkah sama pada lapisan kedua dan seterusnyadan akhiri dengan lapisan roti bersama coklat dan bancuhan telur tadi.

Masukkan kedalam ketuhar dan bakar selama 45 minit
Sediakan sos vanila sambil menunggu pudding siap dimasak

Pukulkan semua bahan-bahan sehingga sebati.
Masukkan kedalam periuk dan masak menggunakan api yang perlahan.

Kacaukan sos sehingga pekat dan mendidih
Padamkan api dan biarkan sejuk sebelum dihidangkan bersama pudding roti. 

************

Adakah aku baru join race makan-makan, aku dah tersampok nak jadi food blogger? Arghhhh!! kena belajar ngan KY speaks aaa pas nie! can ar KY xiansheng?? =D 

see ya next!