Thursday, February 19, 2015

(FOOD) Nasi Lemak Pak Musa, Banting yang awesome? by shahroll




As salam, hello readers...

Ahad lepas aku berkesempatan pergi ke Banting bersama abah aku untuk membeli bekalan kerepek disana. Aku bukan nak beli kerepek pisang, cuma memenuhi permintaan rakan baru aku iaitu Tuan Zack yang sedang mencari kerepek Maruku, Rempeyek dan Bawang. Kami di LCCT tak buat kerepek lain, makanya ke Banting la kita....

Sebelum pergi ke tempat yang dituju, bersarapan dulu di salah sebuah kedai Nasi Lemak yang dikatakan popular sekitar Banting.

Kedai yang berhadapan dengan parit besar, tidak sama sekali mengundang bau yang tidak enak semasa menjamah makanan. BEST!

Apa nama kedai tu?

Warisan Pak Musa
Nasi Lemak Sotong


Nasi Lemak Pak Musa, kerap kali nama itu terpacul jika anda ke Banting dan mendapat rekemen yang tinggi dari peng-review makanan. Maka dengan itu, aku pun nak le try. Betul ke sedap nyer tu?

Sebenarnya kedai yang ada disini banyak. Pak Musa punya kedai penuh dengan pelanggan. Kalau duduk di tempat kedai lain, makanya tak dapat nak makan nasi lemak Pak Musa la. Makan kedai lain punya nasi lemak, tetap nasi lemak sotong

Secara keseluruhannya, nasi lemak Pak Musa bagi aku sama saja dengan tempat lain, cuma dia present sotong tu kat pinggan kecil yang lain. Tak campur dengan pinggan nasi lemak. Nasinya tak terlalu lembik dan agak bertabur (abah aku suka!) dan sambalnya yang ummmphh!! Itu yang lazat kalau jual nasi lemak, sambal kena power!

enjoy!

p/s: sorry tiada gambar nasi lemak, sebab dah habis makan baru teringat nak snap! gosshhh...


No comments: