Showing posts with label 1malaysia. Show all posts
Showing posts with label 1malaysia. Show all posts

Saturday, October 08, 2011

Bajet 2012 oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak by shahroll

Saturday, October 08, 2011


As salam, hello readers...


Agak lewat aku update pasal bajet 2012 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib lewat petang tadi. Apakah bajet yang telah dibentangkan oleh PM kita? (hanya sebahagian yang aku ambil) untuk tampalan di post ini.



1) Kakitangan krjn akan dpt tambahan bonus setengah bulan gaji & bayaran bantuan RM500 kpd pesara krjn. #Bajet2012

2) Book voucher worth RM200 will be given to Malaysian students in all private and public institutions of higher learning. #Budget 2012

3) Pelepasan cukai sedia ada ke atas caruman Skim Persaraan Swasta diperkenalkan untuk menjamin kesejahteraan pesara. #Bajet2012

4) Buat pertama kalinya, Krjn akan mansuhkan yuran pendidikan rendah & menengah di semua sekolah2 krjn. #Bajet2012

5) RM15juta akan diperuntukkan utk bina gelanggang futsal agar matlamat “Satu Gelanggang Satu Mukim” dpt dicapai. #Bajet 2012

6) TERAJU akan meyelaras dan memacu transformasi serta kukuhkan penyertaan Bumiputra dlm perniagaan. #Bajet2012

7) SARA 1Malaysia will benefit 100,000 households with income below RM3,000 per month. #Budget2012

8) Hospital akan dinaiktaraf & dibina, krjn juga akan tambahbaik 81 klinik kesihatan luar Bandar & buka 50 klinik 1Msia. #Bajet2012

9) Perkhidmatan kesihatan akan diperuntukkan RM15 bln utk perbelanjaan mengurus dan RM1.8bln utk pembangunan. #Bajet2012

10) Krjn akan wujudkan Tabung Khas Perumahan Nelayan RM300juta utk bina & baik pulih rumah. #Bajet 2012

11) RM63 juta untuk memulihkan 1,270 rumah terbengkalai. RM40 juta utk baik pulih dan menyelenggara rumah kos rendah awam dan swasta. #Bajet2012

12) Program Rumah Mesra Rakyat (SPNB) akan diteruskan. SPNB diminta membina 10 ribu unit Rumah Mesra Rakyat pada tahun 2012. #Bajet 2012

13) Dalam skim baru menikut time-based, guru akan dapat gred 44 pd tahun ke-8 & gred 48 pd tahun ke-16.#Bajet2012

14) Bagi Skim Rumah Pertamaku, had maksimum harga rumah akan dinaikkan kpd RM400,000 drpd RM220,000. #Bajet2012

15) Dasar Agro Makanan Negara 2011-2020 akan dilaksana & RM1.1bln akan diperuntukkan utk pembangunan sector pertanian. #Bajet2012

16) Segala subsidi, insentif & bantuan berjumlah RM33.2bln akan diteruskan dalam semangat “Rakyat Didahulukan”. #Bajet2012

17) Krjn akan tawar bantuan yuran pengajian kpd penjawat awam, termasuk 5,000 peluang ijazah sarjana & 500 kedoktoran falsafah. #Bajet2012

18) Mulai 2012, kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred. #Bajet2012

source:@PMOMalaysia via twitter

Untuk membaca pembentangan PENUH oleh DSN, korang boleh baca kat SINI. Apa reaksi korang pasal bajet yang telah dibentangkan? ada komen?


Sunday, July 17, 2011

MASIF 2011: Photography Competition by shahroll

Sunday, July 17, 2011
As salam and hello readers!


Another competition. i love competition lagi-lagi photography. Walaupun banyak kali masuk comp, but tak pernah nak menang lagi. Belum ada rezki kot? But i wanna share dengan korang pasal MASIF punya event. check it out!



Competition ada 3 kategori. Ada kategori Terbuka,Pelajar dan Bukan Warganegara Malaysia. Korang boleh tengok kat SINI untuk syarat-syarat.
Macam biasa, aku tengok pada tema dorang nak. Tak kena dengan tema, tak menang la pulak kan?

Temanya pasal 1 MALAYSIA. Pandai-pandai korang lah nak buat macam mana nak terjemahkan tema tu ke dalam seni photography korang. Aku pon ngah dok fikir, gambar apa aku nak "buat" nak masuk comp ni.


enjoy!

Tuesday, March 08, 2011

Buku: Susur Galur Bahasa Melayu edisi ke-2 by shahroll

Tuesday, March 08, 2011
As salam to all,


Lately, aku kurang fokus untuk membaca buku atau nota-nota untuk pembelajaran. Mood merewang. Tak tahu kenapa. Penat? Lebih kurang lah. Tapi aku ada satu bahan bacaan (sekali imbas selak) buku terbitan dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).


gambar: DBP

Buku yang ditulis oleh Asmah Haji Omar nie bagus untuk dibuat koleksi dirumah. Sambil duduk2 petang tu, boleh la layan buku nie. Menerangkan asal-usul Bahasa Melayu. Bukan tu je, korang akan belajar dalam buku nie pasal dialec2 yang ada.

Sedikit quote;

Buku Susur Galur Bahasa Melayu ini menggunakan pendekatan diakronik, yakni yang mengaitkan bukti-bukti semasa dengan yang terdahulu dari segi perkembangan bahasa Melayu. Bukti-bukti berkenaan khusus merupakan bunyi-bunyi yang ada dalam berbagai-bagai dialek Melayu.
(more: DAWAMA)

Aku nak sambung kerja. Kalau korang nak pinjam buku nie, boleh lah carik kat perpustakaan yang berdekatan dengan anda k? Tak pon, nak beli boleh pergi di laman web SINI

See ya! As salam...

Thursday, February 24, 2011

Program jualan di Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam by shahroll

Thursday, February 24, 2011











As salam to all,

Tengahari tadi aku sempat jenguk2 ke dalam Dewan Sri Budiman (DSB) untuk melihat peniaga berniaga jualan mereka. Rata-rata banyak yang jual coklat. Yummyy! sedap kot? so, aku try beli coklat plus with Durian kat salah sebuah gerai yang ada.

Ada jual baju, buku dan ada jugak tayangan filem dalam tu (lihat atas). Bagus la ade aktiviti cam nie, dapat mendedahkan perniagaan dari Bumiputera yang ada untuk dikembangkan.

Aritu tak banyak sangat yang jual coklat neh (sila rujuk Coklat Fair)

nak beli lagi la coklat tu.. sedap!!

Sunday, February 13, 2011

Open House CNY: Cool Zone Hair Saloon by shahroll

Sunday, February 13, 2011
As salam to all,


How are you? hope everything ok la eh. Aku baru balik dari Telok Panglima Garang hantar mak aku ke klinik. Ok, Jumaat lepas aku ada pergi ke area Bangi untuk sambutan Chinese New Year di saloon kawan aku, Peggi Chong. Aku gerak dengan Fauzi, President Camp untuk branch Kem Setia Ikhlas.


Flash back sikit. Aku, Peggie and Fauzi satu team dalam PLKN dulu. So no wonder kitorang leh kenal. Ramai lagi kawan plkn, but right now, banyak bawak haluan masing2. Ada yang berjaya, TAHNIAH! tapi ape aku nak tekankan kat sini, program PLKN tu bagi aku memang cukup berkesan, dan hasilnya seperti korang leh lihat sekarang. Thanks to Malaysian Government yang do it PLKN. Kudos!


So, berbalik dengan cerita asal, aku sampai ke sana dalam 8.45 malam. Aku memang tak tahu jalan ke sana, thats why aku ikut Fauzi. Sesampai sana, aku cuba cam landmark yang mana, terletaknya PKNS Bangi dan McD besar depan kedai Salonn nie. Dan, kedai Peggi terletak kat bahagian atas. Bawah ada kedai mamak dan juga 7-Eleven.
Untuk gambar lebih besar: SINI

Gambar kat atas tu aku bersama Peggie dan juga Kent.Thanks to Niena Shah yang jadi second photographer malam tu (adik aku). Gambar nie lepas kitorang buat "yee sang". Untuk gambar2 lain, korang ke photo-blog aku ya.

Terima kasih pada Peggie sebab menjemput saya dan rakan2 PLKN yang lain. Korang yang ade event yang akan datang, jangan lupa roger kawan2 yang lain k! Korang yang duduk kat area Bangi tu, boleh ke Facebook COOL ZONE HAIR SALOON. See next yaww! As salam..

Alamat Cool Zone Hair Saloon:
203A, Jalan 8/1, Seksyen 8
43650, Bandar Baru Bangi

Tuesday, September 21, 2010

[moment] PLKN mood today! by shahroll

Tuesday, September 21, 2010

** My best team at PLKN | try find out where SH? hehehe~



Saturday, September 18, 2010

[Cool] Over 20 language, but we still understanding each other! by shahroll

Saturday, September 18, 2010
Salam all! =D

How raya today? Aku rasa dah ramai kot yang buat open house sana sini. Bagus lah kan, dapat mengeratkan silaturrahim sesama saudara islam amnya dan sesama rakyat Malaysia khasnya.Hari nie pon aku ade jemputan ke open house member SMT Klang di Bandar Baru Kundang, Rawang. Nantilah aku cerita detail dalam posting lain eh? =D

Aku tertarik dengan iklan nie dalam Youtube. Simple but nice!


** 1 Malaysia right? =D
i am proud to be Malaysian! vOv

Salam! 

Thursday, August 12, 2010

Blog Orang Jawa : Javanese Community by shahroll

Thursday, August 12, 2010
Salam all! =D


Posting nie bukan untuk rasis ye kawan-kawan, dan bukan untuk menentang konsep 1Malaysia yang dibawak oleh Perdana Menteri kita Datok Seri Najib, TIDAK! tidak sama sekali. Blog Javanese Community (JC) yang aku buat ini tidak lain dan tidak bukan hanya ingin menempatkan, orang-orang Jawa di Malaysia ini di dalam 1Blog yang boleh dan biasa bertutur di dalam Bahasa Jawa.


Jika mengikut aliran darah belah ayah, aku boleh dicop sebagai "derhaka" sebab ayah berdarah Banjar, mak aku Jawa. Aku lebih ke arah "Ke-Jawa-an" dan banyak dalam kehidupan aku seharian influence dengan budaya dan adat Jawa.


** Interface dalam Blog JCM

Tadi aku ada sebut "yang boleh dan biasa bertutur di dalam Bahasa Jawa" kan? Jangan risau, TIDAK semua posting TOTALLY in Bahasa Jawa. Bahasa Melayu juga digunakan untuk berinteraksi sesama bloggers yang lain. Cuma ingin ditegaskan disini, blog ini bukan untuk rasis!

Mungkin,satu hari nanti blog JCM boleh dijadikan sumber rujukan untuk para saintis atau pengkaji bahasa untuk mendapatkan maklumat lanjut. Tidaklah sehebat Wikipedia mahupun sumber ilmu yang lain, tapi tidak salah untuk kita mencuba? =)

Sesiapa yang berminat untuk menjadi admin untuk blog JCM nie, korang leh email kat shahrollphoto[at]gmail.com untuk aku inviate korang sebagai penulis tetap kat sana. Setakat nie ada 4 penulis bebas kat sana yang salah seorangnya adalah penulis yang hebat dan berbakat besar dalam penulisan (Maz).

Apa pandangan anda? salam =)

Thursday, May 20, 2010

Wake me up, when september end...

Thursday, May 20, 2010
Salam all..


Mungkin aku orang yang terlewat lagi lambat dalam pengulasan nie, but apa pon nie bukan belog politik ye.. sekadar mengucapkan tahniah kepada yang berjaya menakluki kerusi di Parlimen di Sibu, Sarawak. Adat bertanding ada pemenang dan ada pengalah!.


Dalam banyak2 belog politik yang aku baca, semestinya aku rujuk House PK dan juga The Unspinner.Mungkin nie lah yang harus diterima, bukan setakat dalam politik, bahkan kita harus analisa dari semua segi. Dulu aku belajar sejarah, sesuatu tamadun/bangsa itu merangkumi 3 aspek iaitu Politik, Ekonomi dan Sosial.


So, try kita membuat unjuran kembali dengan PES itu...


Politik-?
Ekonomi-?
Sosial-?


Baiklah, sekarang sama2 kita membaca ulasan yang direncanakan oleh Dr. Jeniri Amir


=) renung2kan... 

Saturday, December 12, 2009

Blogger- Kod etika?? by shahroll

Saturday, December 12, 2009
Salam to all readers...

Celik bangun pagi, belum sempat sarapan,minum teh tawar, roti bakar & etc, SH tak sabar pulak rasanya nak UP pasal " Kod Etika bagi Penulis Blog" ... hah?? peke bende nyer tuh? hee~Ok, semalam SH lawat laman web Perdana Menteri kita dan di dalam blog beliau menyatakan kod nie la... so antara isi kandungan nyer adalah..


Penulis blog hendaklah:

• Jujur dan adil dalam mendapatkan, melaporkan dan menginterpretasikan maklumat

• Jangan sekali-sekali menciplak

• Mengenalpasti dan membuat pautan pada sumber apabila sesuai dan boleh dilaksanakan

• Jangan sekali-kali menyiarkan maklumat yang diketahui tidak tepat – dan jika menyiarkan maklumat yang boleh dipersoalkan, pastikan dijelaskan akan keraguan tentang maklumat tersebut

• Bezakan antara sokongan, komentar dan maklumat berdasarkan fakta

• Mengakui akan kesilapan dan membetulkannya dengan segera

• Perlihatkan cita rasa yang baik. Elakkan daripada memenuhi kehendak rasa ingin tahu yang mengerikan atau sensasi

• Jelaskan setiap misi blog dan alu-alukan dialog dengan khalayak ramai tentang kandungan dan cara pengendaliannya oleh penulis blog

• Mendedahkan pertentangan kepentingan, penggabungan, aktiviti dan agenda peribadi

• Mematuhi standard yang tinggi yang sama seperti mana yang mereka harapkan daripada pihak lain

1) Yeahhh!! PM kita sentiasa prihatin dalam isu perkembangan yang dijana melalui laman sesawang atau pon yg popular nyer sekarang ni blog lah.. So, nak tak nak Perdana Mentari (PM) kita pon mengambil inisiatif membina laman web/blog beliau sendiri untuk mendekatkan diri dengan komuniti blogger.


2) Laman web beliau http://www.1malaysia.com.my juga SH merasakan satu medium yang baik untuk kita ( para blogger) meluahkan atau menyuarakan pendapat di dalam alam maya sekaligus dapat diambil perhatian oleh PM kita pandangan/kritikan/bantahan secara terus!


3) Dengan adanya etika ini, SH juga merasakan tanggungjawab sosial oleh para blogger juga akan semakin baik. Dengan wujudnya blog2 yang memusnahkan nilai2 murni dan keharmonian dalam negara kita, patut lah kita hapuskan sama sekali. Nie pandangan peribadi SH je lah.. :)


4) Setiap perkara yang dibangkitkan di dalam blog anda, seharusnya memiliki fakta yang betul lagi tepat. Penting kerana ianya dapat mempengaruhi khalayak ramai dengan membaca blog anda, jika maklumat itu salah, maka akan ada bahaya yang menanti.


5) " Penulisan itu lebih tajam dari pedang"


wassalam...