Showing posts with label panel. Show all posts
Showing posts with label panel. Show all posts

Saturday, October 25, 2014

Panel Jemputan Stormreaders: Seminar Media Sosial bersama SH iMAGE by shahroll

Saturday, October 25, 2014



As salam, hello readers...

Menjadi panel jemputan untuk sebuah syarikat terkemuka dalam penjualan barangan muslim tidak aku menduga sama sekali. Terima kasih kepada rakan aku yang sudi hubungi aku di SH iMAGE dan kepada team Stormreaders Damansara Damai (HQ), terima kasih diucapkan diatas kepercayaan dan amanah yang diberikan.

Ok lah, sebelum aku berceloteh aku pamerkan poster dibawah ni;

poster SWAT

Tengok ayat digunakan. "Perkongsian" dari Shahrul Hairy Shaharuddin. Aku lah tu yang berkongsi serba sedikit ilmu pemasaran online bersama rakan-rakan yang hadir. Aku panggil "rakan-rakan" sebab memang dah jadi rakan aku peserta seminar ni, Alhamdulillah.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang memberikan respond yang terbaik sepanjang sesi berlangsung. Ingat tak ramai yang bertanya, rupanya sesi Q & A menjadi satu sesi "coffee talk" macam di kedai mamak, dok bersembang apa yang tak kena, apa yang boleh dibuat dengan itu ini dan sebagainya. Syukur, korang beri perhatian yang maksimum dalam seminar tu *happy*