Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts

Sunday, October 11, 2015

Ada apa dengan Wedding Gift?

Sunday, October 11, 2015



Hadiah Perkahwinan


Pernah tak korang terfikir, apa aku nak bagi pada kawan-kawan aku masa majlis perkahwinan nanti? Pernah? sebelum majlis, ada banyak idea-idea nak bagi kacang dalam botol lah, coklat dalam bekas love lah tapi bila masa dah sampai, semua berkecamuk!

Ini disebabkan kita sibuk dengan persiapan yang lain. Kita lupa yang hadiah perkahwinan atau wedding gift ini juga bermakna pada tetamu yang datang meraikan hari besar kita tak kira kawan-kawan, sanak-saudara dan lain-lain jemputan yang kita jemput.

Wedding Gift

Tak kira perkahwinan bangsa apa, wedding gift ni memang dah jadi "common sense" untuk kita beri pada tetamu kita. Aku kira-kira, bajet untuk memberikan hadiah kecil-kecilan ini bergantung kepada size jemputan yang diberikan dan spesifik tetamu yang datang.

Your Wedding Treats adalah sebuah website shopping online yang korang boleh try tengok untuk membuat persiapan majlis perkahwinan nanti. Ada banyak items yang menarik dan cantik sesuai dijadikan hadiah.

paparan muka Your Wedding Treats website

Jika korang mempunyai idea-idea yang lain untuk di realisasikan semasa majlis perkahwinan, boleh berurusan dengan Your Wedding Treats berbincang apa keperluan yang korang mahukan untuk wedding gift korang. Mereka sedia membantu bagi merealisasikan hasrat dan impian yang diidamkan!

Facebook page: Your Wedding Treats


enjoy!






Wednesday, June 04, 2014

Majlis Perkahwinan Cik Epal & Amir @ Shah Alam by shahroll

Wednesday, June 04, 2014



As salam, hello readers...

Ahad lepas aku sempat menghadirkan diri ke majlis perkahwinan Cik Epal dan pasangannya, Amir di salah sebuah dewan yang cukup cantik dan boleh dikatakan sempurna dari pemilihan warna dan dekorasi dalaman.

Dalam kad jemputan, majlis resepsi bermula pada jam 2 petang. Aku sampai mereka dah duduk bersanding di pelamin yang cukup indah.


photo by: Cik Epal

Dalam majlis ni juga, selain dari rakan-rakan UIA, warga blogger turut memeriahkan majlis. Kenapa meriah? Ok jom tengok gambar ni...

Gojes? TERBAIK LAH!

Terima kasih pada Cik Epal yang sudi jemput aku bersama pasangan dalam sama-sama mengimarahkan majlis berkenaan. Semoga perkahwinan ini mendapat berkah dan jodoh berpanjangan sehingga ke akhir hayat, InsyaAllah =)

Cik Epal + Amir


Gambar dari smartphone aku pulak...

Nice decor

sempat "peace" lagi...

Ally Iskandar+Farah Lee



enjoy!


Monday, December 13, 2010

Nilai 3 : Apa yang bernilai untuk anda disana? by shahroll

Monday, December 13, 2010
As salam to all readers,


Hari nie enjoy gile buat kerja. Walaupun seharian shooting gambar, but couple yang aku shoot sporting habes. Cool jek. Wa like both you lah! hoho.. Lepas habis majlis dalam lebih kurang jam 5 petang, aku angkat kaki ke Nilai 3 pulak. Apa yang best sangat kat sana? Jom terjah! =P


Petang tadi, kira first time gak la aku pergi sana. Dulu setakat dengar-dengar orang bercerita pasal Nilai 3. Hebat giler "hearsay" yang aku dengar. So, dah alang-alang ade job kat sana, layankan aje..


Macam mana nak gi ke sana? HAHA! senang jek. Malaysia kan banyak signboard dow. Tak yah sesusah nak Google Map/ Garmin bagai. Cukup jadi pemandu yang mempunyai mata yang tajam. huhu~ Layan gambar k? korang suka kan.. =D


Dari tol Nilai korang amik ke kiri, terus saja akan nampak signboard..

Beberapa minit pas tu, korang akan masuk ke pintu gerbang nie.. 
[sampai dah!!]

Kat sini, macam-macam ada (tak la macam2 sangat) tapi kalau pasangan yang nak kawin tu, boleh layan shopping kat sini. Banyak pilihan, barang pon cool dan best..

Salah satu barang yang aku shoot tadi. Buat anggaran dari sekarang k! HAHA..

Nice! nie kalau mak aku nampak, sure nak beli nie, huhu.. tapi aku sendiri tengok pon best, nak letak kat umah, baru naik seri rumah kan? (o_V)

Nie nak buat door gift cantek gak. Murah?

Lagi gambar bunga. Arggghhh.. harga leh tahan gak.. tapi dah cantik, angkut je..tak gitu cik temah? LOL~

Last-last, apa aku beli? Petai, limau kecik dengan longan (mata kucing). Huhu, cuci mata jek datang sini, OH! sempat beli kain tuk mak aku gak, nice ah.. 
seb baek dia suka, hoho..

Seronok cuci mata kat sini, leh bawak family lak pas ni.. HAHA! kompom 1 hari tak cukup berjalan, huhu~ see next post! As salam...

Sunday, December 12, 2010

Hari ini: Dari Klang ke Bandar Baru Nilai by shahroll

Sunday, December 12, 2010
As salam to all readers,


Baru siap transfer gambar2 yang aku snap untuk wedding tadi. OH! hari nie aku bekerja walaupun hari nie adalah hari Keputeraan Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj. DAULAT TUANKU! semoga dirahmati Allah selalu dan keseluruhan rakyat Selangor dan Malaysia.


Ok, balik ke cerita asal, 2 event hari nie aku cover untuk pasangan Gwen & Didi (nama glam!) dimana, akad nikah berlangsung pada jam 9 pagi dan terus bersanding pada jam 1.30 petang.

Menariknya pasangan nie, aku tak pernah jumpa pon Gwen (pengantin perempuan) dalam dunia realiti, baru hari nie baru jumpa. See? alam maya (online) memainkan peranan penting dalam kehidupan, kan?

Sebelum aku ke sana, aku search Bandar Baru Nilai, mana lah masjid Putra Nilai nie? Huhu~ tup tup, masjid yang aku selalu pergi dulu. Hadoii! agak "blur" disitu.

Sesampai aku ke masjid, aku terperasan ada 2 banner pengantin. Tengok, macam pelik je muka pengantin nie (lain sangat) sebab aku walau tak pernah jumpe Gwen in real life, tapi aku taw macam mana rupa paras nya. Rupanya, ada 2 pengantin serentak! Ohoo, cool!

Ok lah, dah lewat. Esok aku kena prepare tuk last shoot untuk belah lelaki pulak. Sama tempat, sama waktu. sebelum tu, #1 teaser photo untuk korang! Awek cun nie... As salam..

** comel kan? banyak aku shoot "model" nie.. hehe**

Saturday, October 02, 2010

[shared] change your tone+ sharper image by shahroll

Saturday, October 02, 2010
Salam all =)

Baru sempat nak mengadap blog. Dari tadi melayan batuk-batuk tak sudah menyebabkan kepala aku naik pening. Entah virus mana melanda aku, tetibe dapat batuk-batuk. Dah telan ubat batuk chap laut Africa lam peti sejuk. Alhamdulillah, reda sikit.. =D

Ok, posting nie bukan aku nak tunjuk macam tutorial tu, just nak shared ngan korang tone yang selalu aku guna untuk post-processing. Mostly, untuk gambar-gambar wedding, aku try banyak tone, then now aku dah stand with one tone only.

Tengok pada gambar dibawah: Credit to MatJep for Official Photographer. Client, Munie & friends.( example photo)

** After post-processing

Aku tunjukkan yang dah siap aku edit. Aku tak pernah memakai banyak "layer" untuk menghasilkan editing yang mudah. Cukup dengan 5-6 layer sudah memadai. Aku juga suka menggunakan "Action file" untuk menyenangkan aku membuat kerja-kerja editing.

Kalau editing dibuat untuk sekeping dua, memang korang leh cakap tak payah guna action file, but kalau dah banyak nak diedit, so how? Action file terdiri daripada meng-resize gambar, buat frame,buat gambar berkeping-keping dan banyak lagi.

aku diantara orang yang suka mengumpul action file untuk TONE colour. Setelah lama juga aku mencari tone yang sesuai, so ini lah yang terhasil. Bukan hanya dengan action file tone saja aku guna, kadang terpaksa mengikut keadaan gambar yang diedit. Bukan semua boleh dipakai menggunakan action.

Masih lagi menggunakan basic editing dengan menaikkan Level, main dengan curve, then colour balance lah selalu orang editing guna kalau nak main colour.Untuk menghangatkan gambar nie lagi, korang boleh masukkan elemen-elemen seperti noise,high-pass dan pelbagai filter yang boleh korang guna. Try and error lah.. =D

**Before post-processing
Enjoy everybody! salam.. 

Friday, May 21, 2010

WEDDING Sharizan+Siti by shahroll

Friday, May 21, 2010

Majlis Menyambut Menantu
Kuala Langat, Batu 8
11-04-2010


Aku ingat lagi masa aku ambil gambar nie.Time tengahari memang panas. Sepanas pasangan yang baru berkahwin nie lah.. huhuh. Thank you to Sharizan+Siti yang hired aku jadi Official Photographer korang aite. Majlis nie disambut meriah oleh sanak saudara dan juga rakan yang hadir.

Semoga perkahwinan korang berkekalan sampai ke akhir hayat ( sampai ke anak cucu tak leh pakai daa.. =P).. Nanti dah de baby calling2 k.. leh wat photoshot baby&family lak.. =)..

you all? haa.. enjoy the pictures... salam..









Sunday, June 21, 2009

BerKENDURI di umah PaK JamiL by shahroll

Sunday, June 21, 2009
salam to all...

arini aktiviti aku tertumpu di selatan tanah air.. errk.. senang cite aku balik kampung daaa..huhu.. g umak pokcik aku belah mak aku adik pada nenek aku punyer anak die kawin ( paham tak.??) datang sebagai sedara and just makan2 lah ( bukan job yee kawan2..) :P
walaupun belah lelaki nyer side, terasa kemeriahan macam kat belah pompuan.. almaklum, anak bongsu kawin nie, pas nie tak de lah mak ayah die buat kenduri lagi.. bak kate orang jawa.. " this is last".. wakakka..

Meh aku de tangkap gambo sket tuk korang menatap eh!! p sorry ah, aku x bawak kamera just pkai Sony Ericsson W901i je... jom2...

** semestinye lah gamba aku dulu!! hahahahah... :P


**Datang2,salam2 sket then trus g jamah mknn yg ade... T_T jemput ya..


**Kereyyyta penganin yg de teeyyDBey.. so sweet.. :)


** NIe lew pengantin nyer.. aku kenal pengantin laki je sebab die sedare aku.. haha.. tahniah la Pijul!! (-_-")



cuaca panas terik gilew td.. so aku tak tahan cabot trus g umah sedare aku kat area sawah sempadan.. amik angin sane lak.. so tu je la tuk arinie.. hehe thanx to read ya.. salam.. :)


Regard
Shahrul Hairy Shaharuddin
Shahroll PhotoGraphy Founder ( SA 0105226-X)
http://akudankamu.fotopages.com
shahrollphoto@gmail.com
YM:shahroll_ery@yahoo.com.my
012-3437359

Friday, June 12, 2009

Teaser for ikin+Man by shahroll

Friday, June 12, 2009
IMG_3381


That photo for ikin+Man... just a teaser, wait for the FULL story OK!! stayy tuness.. :)
wassalam....



p/s: still in mood scared after watching " Drag Me To Hell" aaaaaaiiieyyy... :P


Regard
Shahrul Hairy Shaharuddin
Shahroll PhotoGraphy Founder ( SA 0105226-X)
http://akudankamu.fotopages.com
shahrollphoto@gmail.com
YM:shahroll_ery@yahoo.com.my
012-3437359