Showing posts with label malaysia photographer. Show all posts
Showing posts with label malaysia photographer. Show all posts

Tuesday, January 14, 2014

Photographer juga perlu banyakkan study pasal gambar! by shahroll

Tuesday, January 14, 2014



As salam, hello reader...

Hari ini bercuti umum sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW yang disambut setiap tahun di Malaysia. Alhamdulillah, banyak perarakan yang dibuat dari persatuan, kementerian dan lain-lain. Syukur!

Ok, pagi ni cuma tulis topik yang ringan-ringan, malas pulak nak kupas isu "kangkung" yang sedang viral dalam media social.


Kalau dah jadi photographer dan lama, kira dah hebat la amek gambar?

Bagi aku, tak jugak. Photographer atau bukan, ilmu yang ada sentiasa kena tambah dari masa ke semasa. Kalau tidak, kau dalam takuk yang lama dan sama. Orang lain dah buat style lain, kau masih di takuk lama. Sebab itu, banyak sekali seminar, kursus dianjurkan untuk meningkatkan pengetahuan kau dalam dunia foto.

Habis tu, aku tengok ramai je yang ambil gambar tak pergi kursus?

Kaedah pembelajaran ada macam-macam. Ada yang pergi kursus, ada yang pergi outing dengan kawan-kawan, ada yang duduk lepak rumah kawan berjam-jam untuk ceduk ilmu FREE, ada jugak minta nasihat dari pakar secara FREE jugak. Ikutlah mana kau selesa kan? bagi aku semua cara tak salah. Yang salah bila pergi kursus tak bayar yuran.

Belajar dalam Facebook dan blog tak boleh ke? Jimat sikit!

Siapa kata tak boleh? Boleh saja. Cuma kadang-kadang korang ni MALAS nak membaca sangat, betul tak? Kalau korang rajin takpe lah jugak. Kadang Baru beli kamera baru, manual kamera pun korang tak baca. Habis, cam na nak khatam ilmu yang berbillion dalam Internet ni? Sebab tu aku syorkan, pergi kursus crash course untuk jump-start! Kalau nak jimat, belajar sendiri.

Lepak dalam library satu hari boleh jugak kot eh?

Bergantung pada korang lah. Kalau ada masa yang banyak, selak buku-buku FREE yang ada dalam library tu. Bukan takat baca je, sambil tu pegang kamera kau sekali. Agak-agak dapat ilmu sikit, terus cuba..cuba dan cuba! Jangan dok peram sangat kamera tu, kang berkepam!

Last word dari Abang SH?

Belajar lah sampai ke liang lahad!


Sunday, April 17, 2011

Bagaimana nak jadi fotografer? by shahroll

Sunday, April 17, 2011


As salam to all,


Kenyang dengan lauk lunch hari nie. Plus, mak aku ada buat spaggeti. Murah rezki kami hari Ahad minggu nie. Then, bermalas-malasan kejap atas katil baca buku then open PC (so bored routine!).


Aku bukak akaun Nuffnang aku. Carik keywords yang aku tak pernah jumpa. Selalu keyword "Dira Abu Zahar" no 1 lam blog aku nie. Thanks lah yang datang, yang sekali sekala datang pon, aku ucap thanks juga, begitu jugak dengan "haterz". Tanpa korang, aku mungkin "SS" dengan apa aku nak tulis lam blog aku neh.


Bagaimana nak jadi fotografer?


Aku sure yang cari keywords nie, orang yang masih baru memegang kamera, tak kiralah kau pakai compact camera ke, prosumer punya camera ke hatta kau baru beli DSLR. Berapa bulan dah ada kamera? itu bukan persoalan utama lah, yang penting cam na ko fully utilize kamera yang kau ada.


Aku cuma bagi tips berdasarkan ape yang aku pernah buat lah, bukan "copy paste" dari sesawang lain. Berikut adalah guideline yang boleh ikut cara aku:-


1) Cari kawan-kawan sealiran (main kamera)


Kawan-kawan sekeliling kau pon penting. Tapi, lebih penting kalau ko leh jumpa kawan2 yang minat dia sama dengan minat photography ko tu. Lets say ko pakai Canon, tak semestinya ko tak leh lepak dengan kawan2 bukan dari Canon, just hang out samada lepak berilmiah ke (aku panggil dulu TT: Teh Tarik) kat mana2 port restoren dalam kawasan korang ataupun luar sikit.


Dengan ramainya kawan2 dari bidang nih, sikit sebanyak dapat mengembangkan ilmu pasal kamera2 nie. Dan, jangan malu bertanya kalau dah melepak tu. Kadang mende nie jadi kat budak2 baru, macam aku lah tu. Disebabkan "momokan" yang mereka itu hebat, super power dan macam2 lagi, menyebabkan "newbie" nie semacam takut pulak nak bertanya. Don't, just ask k?


Cara pertama nie adalah cara yang paling efektif aku rasa, sebab dulu pon aku buat cam nie.


picture: HERE


2) Layan blog, & website berkenaan fotography


Zaman ICT kot, semua kat hujung jari. Nak tak nak je belajar sendiri samada layan Youtube untuk tutorial, download tutorial dalam bentuk PDF ( nie bored dowh, kalau jiwa kental, silakan). Website kat Malaysia nie banyak boleh korang jadikan contoh untuk develop skill fotograpi. Blog aku tak termasuk lah, sebab aku campor2 punya blog. Ikut dan aku je nak tulis ape.


Website luar negara pulak, macam Rebecca Allen, Karen, dan juga J. Jones. (blog dorang banyak kali aku refer) dan korang leh carik lam Google jugak. Bersepah kan? cuma korang leh amik sample gambar dorang tu untuk meningkatkan cara korang amik gambar. Kadang cara yang "sama" dan statik tanpa ada pioneer yang buat "kelainan" untuk sesuatu sudut ataupun cara peng-editan pada gambar, setakat gitu lah tahap fotograpi korang. Penting explore and explore!


3) Rajin keluar shooting and shooting.


TIme dulu-dulu, aku suka shoot apa2 yang boleh. Tak kira subjek apa, janji shoot. Dulu pon, aku pakai kamera kompak. Then, outing ngan group2 DSLR. Cool kan? kawan2 aku dulu semua cool dan thanks pada dorang yang banyak bagi ilmu, dan sampai skang aku masih belajar dengan mereka yang "benar-benar" fotographer. I mean, yang establish lah namanya.


Ada mana2 group photog, grab peluang yang ada. Dari situ praktikal lagi ditekankan, bukan dok hadap PC baca tutorial dah banyak but still lack. apa yg lack? pengalaman. Pengalaman untuk handle kamera dalam situasi "sebenar" tak ada. Dulu wujud term " Tag Along" untuk apa2 majlis tak kisah la majlis ape pon, korang leh mintak pada Official Photographer tu untuk join sekali ngan dorang. Tu pon kalau dorang kasi la. kan?


3 tips nie, korang try dulu. Lagi pon, memang dah tak de tips g pon. uhu~ Apa yang aku tekankan kat sini, apa2 bidang sekalipun kalau setakat melepaskan batuk di tengah tangga, memang susah la nak sukses. Islam dah ajar pasal istiqomah kan? so, keep your spirit untuk belajar nak jadi photographer. Tak popular pon tak pe, janji kepuasan berkarya tu lebih penting lagi, kan?


chaw!