Sunday, September 06, 2015

(Tutorial) Gabungan editing untuk hasilkan montaj bersama SH iMAGE Production by shahroll




As salam, hello readers...

Alhamdulillah, terima kasih sudi datang lagi ke blog ini ya? Aku harap korang terus menerus membuka dan membaca artikel-artikel yang aku terbitkan di dalam blog ni. Semoga memberi manfaat (jangan lupa share dalam FB!) hehe...

Ok lah, hari ni aku dalam mood nak beri tutorial. Pasal editing, nak buat montaj. Banyak dah post pasal montaj, korang boleh search kat ruangan kotak carian diatas dengan kata kunci "montaj" atau "sony vegas pro 12"

Aku share gerak kerja aku ya?


1) Kebiasaannya, client akan memberikan RAW data seperti report, poster,powerpoint dan banyak sekali fail berbentuk PDF. Dengan RAW source yang ada, korang kena simplified dalam beberapa kategori iaitu;
-Gambar
-Caption
-RAW video

2) Lepas dah asingkan tu, baru kerja bermula. Pada aku, setelkan dulu part gambar. Sebab apa? sebab gambar ni banyak sekali kena edit dan touch-up

Gambar yang asal tu hanya slide dalam powerpoint je, so tugas korang lah yang menjadikan gambar tu sebagai PNG dalam photoshop.

stage masuk ke dalam Photoshop

3) Prosesnya adalah: Powerpoint (save as PNG) > buka Adobe Photoshop+enhance+Level+Saturation (save as PNG)> Done! 

Simpan dulu dalam folder "gambar" tadi, nanti kita nak guna masa editing montaj.

stage edit dalam Camtasia Studio

4) Proses membuat gambar tadi diteruskan untuk gambar lain juga ya. Sampai keseluruhan gambar tadi dah jadi sekeping gambar PNG. Kenapa aku suruh save sebagai PNG?

Ini kerana, cuba korang tengok gambar kat atas yang ada api tu. Ada tak background warna putih? Takde kan? So, itulah kenapa aku suruh save PNG. Kalau save sebagai JPEG, korang akan dapati warna putih yang background tu akan ada sekali, so tak cantik lah ye.

Aku suka buat dalam Camtasia Studio dulu, then baru ke Sony Vegas PRO 12.

Sony Vegas PRO 12

5) Untuk client yang dah bagi RAW video untuk di edit, aku akan terus edit dalam SVPRO12. Selalunya akan crop size 16:9 widescreen lah ye. Buka di desktop pun cun. upload dalam Youtube pon nampak full je. Then, aku suka guna warna setting macam "film look"

6) Beberapa footage di atas adalah bahan yang diberi oleh client dan bahan yang kita kena cari. Contohnya macam opening counting tu aku ambil template free dari website footage yang beri percuma. Download then guna. Sama juga dengan audio, aku ambil dari free source juga. Lepas tu, combine dalam SVPRO12.

Camtasia Studio 8

7) Bestnya guna CS8 ni sebab, nak buat animation mudah sikit. Tak berat macam SVPRO12. Selalunya untuk scene by scene editing, aku guna CS8 untuk buatkan video WMV dulu, then masukkan dalam SVPRO12. Dari segi transition, CS8 tak best sangat. Itu boleh setel dalam SVPRO12.

Marking part

8) Lepas semua video korang dah edit satu persatu, masa untuk combine kan adalah satu yang kritikal. Nak matchkan beat audio dengan visual yang dipaparkan. Bunyik bass, boom dan dentum-dentum tu, korang kena mark (tanda) untuk memudahkan, bahagian mana yang sesuai untuk dipadankan.

Contohnya, audio sedang "BOOM" dengan kuat korang letak visual yang sedang BOOM juga. Misalnya tadi ada background api kan? so, match kan api tu dengan bunyi BOOM tu. Salah satu contohnya lah ye.

Banyak kan proses dia? Sebab tu aku caj untuk seminit sahaja RM150. Ada yang nego pun, aku beri RM100 untuk seminit. Sebab kalau buat benda ni, memang 100% fokus, dan tak leh nak buat benda yang lain.

Contoh video yang telah dihasilkan;





enjoy!









No comments: