Showing posts with label marketing. Show all posts
Showing posts with label marketing. Show all posts

Friday, November 27, 2015

Strategi pemasaran: grafik marketing? by shahroll

Friday, November 27, 2015



As salam, hello readers...

Aku nak mulakan macam mana, untuk explain benda ni pun aku tak tahu macam mana. Cuma boleh la kot aku bagi sedikit pandangan dan kongsi cara pemasaran yang baru bagi aku dan juga mereka yang belum tahu. Yang dah expert, aku mohon boleh beri pandangan dalam komen eh?

Ramai sekarang yang mahukan produk atau perkhidmatan mereka dikenali dan diingati oleh pembeli baru atau yang lama. Dan dalam pemasaran, terbahagi kepada 2 bahagian, hard-selling dan juga soft-selling.

Aku petik soft-selling dulu. Soft-selling ni boleh dikatakan tidak terlalu menekan terhadap produk atau perkhidmatan semata-mata. Dia lebih kepada "nilai" dalam produk. Contoh: informasi berguna yang dikongsi di laman sosial. Walaupun bukan informasi terhadap produk, tapi ianya berguna kepada orang lain, tahap SHARE dan LIKE itu bertambah.

Aku berikan contoh aku dibawah untuk business kerepek Laila Crispy;


grafik marketing

Grafik diatas aku hasilkan, menyentuh kepada aspek rumahtangga+realiti hidup sekarang. Dia lebih dekat dengan situasi semasa, lagi tinggi untuk mencapai organic reach. Setakat ini, reach yang dicapai untuk grafik ini adalah sebanyak 1,247 reach bersamaan dengan RM10 untuk Facebook Ads jika korang membeli FBAds.

Maka, kalau korang sebagai business owner, boleh praktiskan cara ini, samada korang buat sendiri copywriting atau just cedok mana-mana ayat yang korang fikir rasa best dan membuat orang lain nak share grafik marketing korang. Jangan kedekut untuk backlink kan mana sumber yang korang ambil tu =)

enjoy!





Sunday, June 14, 2015

Instagram berwajah baru! by shahroll

Sunday, June 14, 2015



paparan web terbaru dari Instagram

Melihat kepada kepesatan media sosial saban hari, tentunya ada perubahan-perubahan yang dilakukan oleh mereka yang membekalkan produk seperti #instagram ni. Aku juga suka dengan sedikit perubahan pada paparan muka depan Instagram


Banyak artikel aku dah tulis mengenai Instagram dan carian tentang "cara berniaga dalam Instagram" juga banyak. InsyaAllah, ada banyak info lagi aku nak share dengan korang, based pengalaman aku sendiri. Kalau nak baca tutorial/PDF boleh search dalam PDF Search Engine

enjoy!




Wednesday, May 13, 2015

Buat duit dengan FIVERR lagi! by shahroll

Wednesday, May 13, 2015



As salam, hello readers...

2 hari lepas, aku dapat tempahan dari akaun FIVERR. Kali ni dari China. Dah 2 kali juga Tanah Besar China guna khidmat aku untuk beri blog mention (links) dan juga post entry. Dan tak lama lepas tu, kalau mereka berpuas hati dengan hasil kerja yang diberikan, duit pun akan masuk dalam akaun FIVERR korang. 

Contoh order seperti berikut;

dalam dashboard tempahan dari pelanggan

Inilah details yang ada dalam ordering dari pelanggan. Korang ada masa lebih kurang 2 hari nak setelkan kerja tu. Masa nak siapkan tu, bergantung pada penawaran awal dalam GiG korang tu. Kalau korang deliver lagi awal, lagi bagus! Client luar negara suka pada kerja yang cepat dan bagus.

Dalam gambar tu juga, di paparkan jumlah pendapatan (earning) yang BAKAL korang terima. Belum masuk lagi duit tu, kalau korang dah deliver baru client release payment

Mudah kan buat duit?


Sunday, April 19, 2015

Social Media Manager Training: Bagaimana mahu mencari kelas yang sesuai? by shahroll

Sunday, April 19, 2015



As salam, hello readers...

Keperluan menghadiri kelas/seminar sekarang lebih menjurus kepada pengendalian laman-laman sosial yang dimiliki oleh orang perseorangan ataupun milik syarikat, banyak permintaan seumpamanya di zaman Internet ini. Ini menunjukkan, kepesatan rangkaian sosial dalam pembentukan imej syarikat selain dari mengejar "sales"

saya: Shahrul Hairy a.k.a Shahroll

Aku mendapat permintaan dari syarikat dan orang perseorangan untuk mengajar mereka dalam Social Media Manager (SMM) bermula dengan beberapa modul. Jika ada minta untuk pengkhususan dalam blogging saja, aku akan menjurus kepada hal-hal berkaitan dengan blogging segment

Contoh;

1) Saya nak jadikan blog saya mesra SEO, ringan dan responsive kepada semua medium (tablet, PC, mobile etc)

J: Gunakan template yang sedia-ada di dalam Google dan cari yang sudah ada responsive punya template. Lebih bagus yang ada mesra SEO. Kalau pandai HTML sikit, much better!

Coaching aku samada dalam kelas pun boleh (4-5 orang sahaja) ataupun secara maya (online). Aku tak mahu bebankan client aku yang jauh-jauh drive ke Klang/Shah Alam semata-mata nak belajar. Gunakan kemudahan internet yang ada, lebih praktikal!

Lagi, apa yang boleh aku ajar?

Selepas itu, Youtube dan Facebook aku ajar consult bagaimana nak maximum kan penggunaan tanpa merujuk kepada FB Ads. Memang betul, dengan FB Ads business korang akan cepat dapat target, tapi aku akan bagi cara yang jimatkan nilai wang korang, tapi lebih pada usaha yang lain (FREE!)


Contoh projek aku buat? Boleh rujuk blog LCCT dan juga KS Blog

enjoy!




Saturday, April 18, 2015

Flashmob Marketing: Bagaimana ianya membantu? by shahroll

Saturday, April 18, 2015





As salam, hello readers...

Adalah sesuatu yang mengujakan bila kita terpilih menjadi pelanggan ke 1 juta ke, 2 juta ke untuk satu-satu perkhidmatan. Macam video kat atas ni, seorang penumpang terpilih menjadi pelanggan yang ke 500 ribu untuk airlines tersebut.

Bagaimana flashmob ini membantu untuk perniagaan?

1) Simple saja. Anda kena create storyboard dahulu bagaimana anda mahu lakukan kepada "mangsa" yang akan terkena untuk menjadikan ianya best dan menarik, perlu ada team yang besar seperti diatas

2) Dari segi bajet, anda kena bersedia dengan amaun yang banyak

3) Cari theme yang sesuai untuk fit kepada nature business anda

4) Kamera, Video, smartphone lengkap untuk dirakam aksi-aksi yang mengujakan

5) Pelakon tambahan perlu ada untuk menjadikan video itu lebih "WOW" dan menarik perhatian audiens yang bukan dari kalangan flashmob

6) Siap sedia dengan pelbagai kemungkinan


selamat hujung minggu!



Wednesday, April 15, 2015

4 perkara asas yang perlu anda tahu dalam Social Media Marketing by shahroll

Wednesday, April 15, 2015



As salam, hello readers...

Tak lama dulu, aku bukanlah seorang yang boleh di kategori kan sebagai pengguna tegar Internet. Aku mula menjadi heavy users sekitar tahun 2009 dan sampai sekarang. Keperluan internet aku berubah dari hanya membuka yahoo dan email serta Myspace, kepada platform yang lebih memakan data seperti Youtube, Vimeo, Instagram dan lain-lain


gambarajah induk

Now, aku mula "menjual" kepakaran aku dengan membuat personal coaching. Dulu aku buat table talk, mean face-2-face la kan, now aku inovasikan dengan approach di dalam online saja. Lebih mudah, kalau client jauh pun, still masih boleh mendapatkan "touch" ajaib aku tu. *ajaib kau!*

Apa 4 perkara asas tu?

1) Mesti ada PASSION! Benda ni susah aku nak cakap, kalau orang tu minat gila dengan satu benda, mati hidup balik pun dia carik mende tu. Haaa, cam tu lah dengan passion ni. Kalau korang suka gila dalam media sosial, go on! Berguru dengan guru yang betul tuk guide korang

2) Idea gila-gila atau out-of-the-box. Kadang-kadang kita rasa kita punya idea cukup power dah, boleh buat dah tu, tapi kita lupa nak buat research, jahanam! Korang patut sedar, berapa banyak longgokan idea yang baik tu, bukan digunakan untuk sekarang. So, beware!

3) Tahu coding HTML. Ini basic. Kalau tak tahu langsung, better korang rujuk website W3 school eh? situ banyak info leh grab! Percuma saja

4) Rajin. Orang malas tak boleh nak berjaya. Cuba bayangkan, orang malas nak makan, berak, kencing semua. Tahu hanya makan dan tengok tv. Agak-agak, kat mana eh level hidup dia? lembu pun tak camtu kan? fikirkan

hope korang enjoy! jangan lupa share eh?

enjoy!



Friday, March 13, 2015

(seminar) Mobilegraphy for business: Find the basic fundamental by shahroll

Friday, March 13, 2015



As salam, hello readers...

Antara seminar yang boleh anda sertai pada 21 March 2015 dianjurkan oleh Chosen One Management seperti paparan dibawah;


Original source: Chosen One Management

YUP! Saya yang akan memberi talk untuk sesi tersebut. Jika anda seorang yang meminati bidang jurugambar tetapi hanya menggunakan smartphone, inilah masanya anda mengambil kesempatan menambah ilmu di dada!

Jumpa anda disana =)

Photographer/Blogger/Social Media Marketing



Saturday, October 25, 2014

Panel Jemputan Stormreaders: Seminar Media Sosial bersama SH iMAGE by shahroll

Saturday, October 25, 2014



As salam, hello readers...

Menjadi panel jemputan untuk sebuah syarikat terkemuka dalam penjualan barangan muslim tidak aku menduga sama sekali. Terima kasih kepada rakan aku yang sudi hubungi aku di SH iMAGE dan kepada team Stormreaders Damansara Damai (HQ), terima kasih diucapkan diatas kepercayaan dan amanah yang diberikan.

Ok lah, sebelum aku berceloteh aku pamerkan poster dibawah ni;

poster SWAT

Tengok ayat digunakan. "Perkongsian" dari Shahrul Hairy Shaharuddin. Aku lah tu yang berkongsi serba sedikit ilmu pemasaran online bersama rakan-rakan yang hadir. Aku panggil "rakan-rakan" sebab memang dah jadi rakan aku peserta seminar ni, Alhamdulillah.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang memberikan respond yang terbaik sepanjang sesi berlangsung. Ingat tak ramai yang bertanya, rupanya sesi Q & A menjadi satu sesi "coffee talk" macam di kedai mamak, dok bersembang apa yang tak kena, apa yang boleh dibuat dengan itu ini dan sebagainya. Syukur, korang beri perhatian yang maksimum dalam seminar tu *happy*