Showing posts with label media social. Show all posts
Showing posts with label media social. Show all posts

Saturday, October 26, 2019

Kenapa Youtube channel? by shahroll

Saturday, October 26, 2019



As salam, hello readers...

Lama betul tak menaip dalam blog aku ni. Sejak aku tubuhkan SH Network Media pada tahun 2015, boleh dikatakan aku fokus dekat bisnes tu 200% bagi menjayakan supaya terus membangun dan berkembang.

Alhamdulillah pada tahun 2019, sudah mendapat hasil seperti yang dirancang pada 4 tahun lepas dari segi penyampaian perkhidmatan dan juga pertambahan client secara kontrak. Dan untuk 4 tahun akan datang (sampai tahun 2023) perancangan untuk meluaskan lagi perkhidmatan SH Network Media di seluruh Malaysia.


OK, cukup untuk biznes yang aku bangunkan. 

Now aku nak ceritakan tentang platform Youtube yang aku create sejak Nov 2006. Tapi disebabkan aku tak buat betul betul, channel ni dah lama "bersawang" dengan ketiadaan kandungan video-video yang sepatutnya aku update walaupun pada tahun 2006 ada beberapa video telah diupload.

Tapi biasalah, views kurang sebab kualiti pada video pun out, peralatan merakam video pun dah serupa video 3gp output!

Youtube channel: SHAHRUL HAIRY CHANNEL

Berbekalkan subscribers 328 pada hari ini (26 Oktober 2019) aku nekad nak hidupkan balik channel aku. Niche yang aku pilih adalah bisnes dan juga personal. Aku pilih 2 niche ni dalam channel aku sebab aku suka share macam-macam dan aku kategorikan dibawah 2 niche tersebut.

Kalau aku buat training untuk bisnes SH Network Media, aku letak bawah tag bisnes. Kalau aku suka makan-makan, aku letak bawah tag Food. Macam tu lah. Tapi untuk professional Youtubers, mereka akan develop 1 niche sahaja dalam channel Youtube mereka.

Aku macam kedai runcit, macam macam ada! haha!



Video aku untuk Online Seller

Aku masih belajar untuk bercakap depan kamera/smartphone dengan "perfect" walaupun kita bukan pelajar Mass Comm, kita cuba terbaik. Ada eye-contact, intonasi dan nahu percakapan dan lain-lain faktor aku cuba belajar bagi nampak smooth lagi untuk menjadi seorang Youtubers di Malaysia.

Footage dan editing semua aku buat dalam smartphone. Bukan malas nak edit dalam desktop, tetapi kemajuan smartphone sekarang ini membolehkan kerja merakam dan membuat suntingan video menjadi mudah dan capaian yang senang untuk semua. Lagi sekali, professional Youtubers akan edit dalam desktop mereka untuk suntingan yang lebih advance.



That's all, have nice day!


Tuesday, May 06, 2014

Bagaimana LIKE dalam Facebook berfungsi? by shahroll

Tuesday, May 06, 2014



As salam, hello readers...

Ada masa sikit untuk bercerita dipagi hari. Just santai tutorial bagi penerangan tentang fungsi LIKE dalam korang punya Facebook, Insta & lain-lain. Ramai dah tahu rasanya, ke belum?

Ada Apa Dengan LIKE (AADL)?

Dulu, tak da sapa pun heran pasai LIKE ni (sebelum ketibaan Facebook la ni) tapi sekarang bukan kemain havoc LIKE LIKE ni eh? awatnya?

Aku kasi senang ampa baca;

#1- Dengan LIKE, business ampa nampak GAH!
Ya betul! GAH gila baq anggg! Kenapa aku kata gitu? Sebabnya, ramai "usahawan" diluar sana menganggap, dengan banyaknya LIKE dalam Facebook Page depa, sudah "berjaya" dalam menawan sales. SALES? really?

#2- Dengn LIKE, anda menjadi seorang yang "howwts"!
Ini juga betoi! Sebabnya, bila anda... anda yang BUKAN ARTIS mendapat terlalu banyak LIKE jika hanya update "Hai! saya nak berak" dapat 999 LIKES, itu bermakna anda dalam banyak mata dok perati hang.. dengan itu, ramai juga dok letak iklan dalam ruang komen... sebab hang howwts stuff!

#3- Dengan LIKE, kita tahu "Siapa dia" sebenarnya!
BETOL! dengan fungsi "jahat" Facebook inilah yang banyak "kantoi" dengan rakan-rakan dalam Facebook. Kantoi apa? bilamana anda LIKE page Playboy, Gadis Melayu (18SX) atau lain-lain, kita dah taw perangai lagu mana depa ni... tak gitu?

Before you LIKE, think wisely..

enjoy!


Friday, April 11, 2014

Pemasaran produk: ilmu sentiasa kena tambah dan dicambah! by shahroll

Friday, April 11, 2014



As salam, hello readers...

Memasarkan produk bukanlah suatu pekerjaan yang mudah lebih-lebih lagi bermula dari kosong. Tak dinafikan, pemasaran melalui online menjadi pilihan utama masa kini. Tapi dimana silapnya jika pemasaran melalui online GAGAL?

Disitu keperluan menambah ilmu menjadi prioriti!

Kadang-kadang kita kurang ilmu tetapi terikut-ikut dengan trend pemasaran. Aku akui, aku juga tidak sehebat professional online marketer yang berpengalaman luas dalam aspek pemasaran, strategi dan taktikal semua itu. Tidak. Aku hanya pengguna biasa yang "menyelidik" keperluan dan "behaviour" orang Malaysia.

Skop aku pula dalam bidang makanan. Makanan ringan, bukan yang berat.

Ditambah pula, orang Malaysia suka makan-makan menjadikan kerja memasarkan tu agak mudah. Mudah tak mudah, kena kerja keras sikit untuk naikkan jenama sendiri.

Jika nak ikutkan, berapa banyak kompetitor dalam industry kerepek?

Yes, banyak dan pelbagai pilihan didepan mata. Cuma, apakah strategi dan cara mereka memasarkan produk mereka? adakah sama di dalam online? adakah lebih pada offline?

kaji! kaji! dan kaji!

1 PDF yang aku baca pagi tadi...

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Kalau nak senang dan kaya, kenalah usaha dan bersusah-payah baru kejayaan milik korang. Itu pun kalau Allah izinkan korang jadi kaya lah. Kalau tak, mesti ada benda yang sangkut atau Allah tidak perkenan doa kita.

Aku juga pernah GAGAL dan kegagalan itu sangat manis!

"Usaha Jaya Takwa"

enjoy!



Friday, April 12, 2013

Siapa pakar dalam bidang Pembangunan Blog Perniagaan di Malaysia? by shahroll

Friday, April 12, 2013



As salam, hello readers...

Perkembangan terhadap teknologi tidak dapat kita nafikan dalam zaman serba moden ini. Jika dulu kita lihat, perniagaan dilakukan secara konvensional dengan keperluan seperti sebuah kedai, telefon pejabat, perabot dan segala macam lagi yang membantutkan niat seseorang untuk menjadi usahawan kecil-kecilan atau modal yang kecil.

Sekarang tidak lagi!

Anda boleh melakukannya hanya berbekalkan minat, usaha tidak kenal penat, komitmen yang tinggi, ada Internet dirumah, sebuah laptop atau PC, nah! Anda dah bolehlah melakukan aktiviti perniagaan dirumah dengan santai dan selesa.

Cuma, masalah yang mungkin timbul, bagaimana anda nak bermula?

Disini tercetusnya idea untuk membantu anda diluar sana untuk sama-sama dengan My Coursez Consultant yang menjadi pakar rujuk oleh beberapa institusi/Kelab dalam menyelesaikan masalah yang dialami mereka.

Apa masalahnya?

#1-Apa kaedah yang perlu saya buat untuk berniaga online?
#2-Siapa patut saya rujuk untuk melakukan pembangunan blog?
#3-Medium yang bagaimana perlu saya bangunkan?
#4-Bolehkah blog buat sales?
#5-Kenapa perlu banyak medium yang digunakan dalam social media?
#6-Brand kita boleh naik ke bila guna online ni?

Masalah-masalah diatas selalunya mematahkan semangat usahawan online untuk membuat langkah pertama. Masalah ini boleh anda atasi dengan mempunyai "Personal Coach" yang membantu dari A sampai Z dalam pembangunan blog perniagaan.

Boleh lihat post entry di SINI

BERTINDAK!

Thursday, January 31, 2013

Bengkel "Social Media Development & Marketing" by shahroll

Thursday, January 31, 2013



As salam, hello readers...

Sekejap je rasa dah sampai hari terakhir bulan Januari. Bulan yang sibuk bagi kebanyakkan syarikat swasta dan juga kerajaan. Mana tak nya, awal-awal tahun macam ni banyak perkara perlu dilakukan untuk bulan-bulan yang mendatang. Aku juga tidak terkecuali.

Projek besar aku kali ini pada bulan Februari. Projek apa?

Berkenaan dengan bengkel anjuran My Coursez Consultant iaitu Social Media Development & Marketing yang dimiliki oleh aku sendiri company ini. Melalui MCC, pada tahun 2012 beberapa siri kelas/bengkel telah aku anjurkan bersama dengan beberapa badan kerajaan seperti Kolej Komuniti dan juga Rakan Muda cawangan Klang.

Sebelum ini aku banyak memfokuskan kepada golongan belia dan pertengahan tentang penggunaan dan juga pembangunan sesebuah medium itu. Seperti mengajar membuat laman blog dan mini-site yang lain. 

Sekarang aku kembangkan lagi tahap dengan membuka secara terbuka iaitu sasaran yang lebih besar seperti business owner, pegawai pemasaran, yang baru hendak mengenali pemasaran online melalui social media dan lain-lain level dan position yang berkait rapat dengan bidang pemasaran.


banner promotion

Dengan mensasarkan 35 orang sahaja untuk bengkel kali ini. Ini kerana jika terlalu ramai, objektif dan penyampaian informasi itu kurang berkesan. Walaupun dalam size sederhana kecil, kita mahukan impak yang nyata dan jelas.

Bagaimana impak yang jelas itu?

Oleh kerana yang bakal datang kebanyakkan adalah business owner dan juga pegawai pemasaran, impak yang berkesan bila mana business networking boleh di kembangkan di dalam bengkel ini nanti. Aku yakin dengan adanya platform sebegini mampu untuk memasarkan produk dan perkhidmatan yang kita ada.

Selain itu, apa peserta dapat dari bengkel ini?

Aku akan berikan "kunci" kepada semua peserta. sama saja kunci yang aku berikan untuk memandu sebuah kereta. Tetapi, bagaimana anda untuk memandu itu terpulang kepada korang. Bermakna, aku akan menerangkan bagaimana dan apakah cara yang sesuai dalam pemasaran internet yang dijanakan melalui social media.

Monday, January 28, 2013

(info) What is "social smoker"? by shahroll

Monday, January 28, 2013



As salam, hello readers...

Aku tak dapat tidur selepas lepak kat kedai mamak tadi (27 Jan) di Khalifah, Shah Alam. Disebabkan 3 gelas kopi O kurang manis, menjadikan mata aku pun segarrr amat! Dari buang masa dok terkebil-kebil tak boleh tidur, baik aku tulis satu entry. 

Dan entry ini KHAS untuk "mereka" HAHA!

Ceritanya macam ni...

Masa event SBB2013 berakhir, aku dan 2 orang lagi teman keluar untuk berasap. Dan salah seorangnya adalah staf DH. Mungkin korang kenal blogger ni kalau biasa masuk dalam event blogger-blogger. Dan sorang lagi  usahawan muda yang aku kenal masa di Kemboja.

Then masa tu aku ikut sekali, dorang tanya, "kau berasap gak ke?" aku jawab, "haah, cuma social smoker je" dan disambut dengan gelak jahat lagi nakal dari dorang berdua neh. Itu lah kisahnya actually.

gambar: Google

Apa dia "social smoker" ni?

Menurut kamus shahrulhairy, definisi boleh diubah-ubah bergantung kepada situasi. Mungkin merokok dengan teman-teman rapat atau mungkin merokok untuk meraikan rakan-rakan yang merokok. Itu kamus sendiri lah. Tapi menurut urban dictionary;
A social smoker is somebody who will only smoke in social situations. It's pretty self explanatory.- via Urban Dictionary 
 Senang cerita, perokok jenis macam ni bukan yang tegar. Sekadar ingin "masuk" line dengan orang yang merokok dan sambil itu berdiskusi dengan mereka. Banyak kali jugak aku perhatikan rakan-rakan aku yang jenis macam aku ni jugak. Selalunya "close deal" masa time macam ni memang peratusannya dalam 25% (based on my judgement)

Tapi itu bukan cara yang beretika ye? HAHA!

Apa pun, merokok merbahayakan kesihatan anda. Kalau boleh berhenti, sila lah berhenti kalau tidak, hisap e-Cig pon dah smart dah. (best juga aku tengok mende alah tu, macam ala-ala shisha pon ada)

Lain-lain link korang boleh baca di bawah tentang "social smoker"

1#- What is Social Smoker
2# Social Smokers Aren't Hooked on Nicotine, Just Smoking

enjoy!

Friday, January 25, 2013

(info) Kelebihan Instagram yang tiada pada social media yang lain by shahroll

Friday, January 25, 2013



As salam, hello readers...

Hari ni aku tak de kelas BBM110 macam biasa. Semua dok pakat cuti. Aku call lecturer 2 kali tu nak confirm kan balik ada ke tak. Last-last memang tak de pon! Membazir 1 jam di fakulti. Uhhhh!! tapi tak pe lah, petang tadi hujan lebat gila kot.

Korang ada Instagram?

Ape tu Instagram ye? Bagi mereka yang masih tiada akaun Instagram, meh aku cerita sikit. Jaringan social ini menempatkan pelbagai gambar-gambar yang dimuat naik oleh instagramer-instagramer dari seluruh dunia. YA! seluruh dunia komuniti! Satu pasaran yang luas terbentang yang mesti diterokai oleh marketer online yang mana aku perhatikan agak mudah mendapatkan perhatian dari rakan Instagram ini untuk menekan bentuk "love" (seperti LIKE dalam FB)

Bagaimana Instagram berfungsi?

Selepas korang create account dalam mobile phone yang diperkasakan oleh Androids dan jenama Samsung atau sebagainya, maka bolehlah korang memulakan networking korang dengan mencari kawan-kawan yang ada akaun Instagram juga. Lepas tu follow pulak artis-artis yang korang minat macam Lisa Surihani ke, Yusri KRU ke, Norman KRU ke kan?

Konsep "follow" macam korang buat dalam Twitter jugak. Cuma twitter dia fokus on text dan link, betul? Instagram meng-ekspresikan mood,emosi korang melalui gambar. Lebih menarik aku rasa!

Apa kelebihan yang tiada pada social media yang lain?

Personally, aku lebih gemar memuat naik ke dalam Instagram dar Facebook sekarang kerana aku merasakan gambar-gambar yang aku muat-naik ke dalamnya terasa dihargai oleh kawan-kawan yang mengikuti akaun aku. Manakan tidak, walaupun hanya menekan butang "love" (like) cukup membuatkan aku tersenyum puas!

Mana yang tidak follow pon boleh komen, tiada masalah. Dan dari situ aku sedar betapa power nya penggunaan hastag (#) pada setiap gambar yang di load. Dengan hastag yang betul dan tepat, gambar kita berterbangan di dalam dunia Instagram tanpa batasan.

Contoh Instagramer yang dapat kawan-kawan (aku lebih menyebut "kawan" dari followers) seramai 800 lebih yang tak sampai sebulan punyai akaun Instagram;

ID: shahrollphoto

Jom baca Instagram blog! HUHU

enjoy!

Thursday, January 17, 2013

Kerja keras 2013! by shahroll

Thursday, January 17, 2013



As salam, hello readers...

Alhamdulillah, sempat jugak malam ni aku hadap blog untuk update. Selalunya bila hari-hari aku ada kelas, memang tak sempat tapi malam ni Allah berikan sedikit kekuatanNya untuk aku menulis. HUHU! Apa yang sibuk sangat bulan Januari ni?



Aku tatap kalendar Jan, agak tight jadual aku minggu ni rupanya. Kebanyakkan bersangkut-paut dengan event di tempat kerja. Aku sebagai AJK Kelab, dipertanggungjawabkan dalam hal seperti meeting, penyediaan backdrop, susun-atur dan lain-lain. Ada juga event yang clash pada hari yang sama, macam esok (17hb Jan).

Itu kerja-kerja di office.

Lain pula ceritanya selepas waktu office. Semester ni aku ambil paper Event Management, Bahasa Malaysia dan juga Usahawan. Ketiga-tiga paper "nampak" macam mudah, tetapi memerlukan komitmen yang tinggi untuk melaksanakan tugas yang telah diberikan kepada aku.

Contoh,

Dalam kelas Event aku ditugaskan dalam skop Marketing a.k.a more to sponsorship. Dan aku handle sponsor dari segi dana iaitu WANG. Walaupun aku ada background dalam negotiate dalam urus-niaga yang real, ianya tidak mudah juga bagi aku menyakinkan kepada company-company yang aku minta sponsor untuk projek pelajar PLK. That my challenge lah. Harap apa yang aku rancang berjalan dengan lancar.

Selain itu, aku juga running my workshop SOCIAL MEDIA DEVELOPMENT & MARKETING pada bulan FEBRUARI. Hampir setiap hari aku promote di wall Facebook, Twitter, Instagram, Google Plus dan juga LinkedIN. Semua medium social media aku gunakan semaksimum yang mungkin dalam menarik penyertaan peserta (awareness). Youtube saja belum load video promo aku ke dalam channel aku (youtube.com/shahroll)

Jika korang berminat, boleh mendaftar seawal yang mungkin dan lebih baik sebelum 31 Januari kerana bayaran yuran adalah RM100 sahaja berbanding SELEPAS itu dikenakan caj RM150. Kan rugi disitu kalau LAMBAT? =)

Itulah dia kerja-kerja di bulan Januari. Pack kan? janji kita happy apa yang kita lakukan. Kerana kita happy dan enjoy, tak de lah membebankan bagi aku.

Aku lah. Orang lain aku tak taw.

enjoy!

Friday, October 19, 2012

Apa itu "Internet Entrepreneur" ?? by shahroll

Friday, October 19, 2012



As salam, hello readers...

Terlintas tak dalam fikiran, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan usahawan internet? Mungkin sebilangan orang mengatakan, usahawan internet tu macam jual ebook, jual hosting, jual domain dan seumpamanya lagi. Selain itu? apa yang boleh dieksploitasi dengan pesatnya pembangunan internet di seluruh dunia? Khasnya di Malaysia?

Bagi aku, skop ini telah luas. Seluas-luasnya di sini. Hinggakan fungsi internet itu sendiri diakui keberkesanannya dalam meluaskan perniagaan di dalam internet.

photo: Google

Aku bagi contoh ya? saksikan video klip ini;


Masih ingat akan iklan diatas? Pernah keluar di kaca televisyen dan mesej ini dibawakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Dari iklan ini membawakan kita perutusan yang penting jika kita nilai balik apa yang mereka ingin sampaikan.

Kronologi:
Makcik Kabilah seorang usahawan rumpai laut di Sabah. Kehidupannya yang digambarkan agak daif dengan menjual hasil laut saja. Adakah rumpai laut itu tidak memberikannya pendapatan lumayan pada akhirnya? Tak kan? Mengapa?

Ini kerana, usaha yang dilakukan oleh anak makcik Kabilah yang menggunakan minat dan kesungguhannya dalam mengubah nasib keluarga. Apa kaedah yang digunakan? INTERNET!

Dengan bantuan internet, jualan hasil rumpai laut mereka telah ditempah oleh beberapa negara. Sebelum itu, siapa yang tahu makcik Kabilah seorang pengusaha rumpai laut? betul tak? Setakat kawasan kampung sekitar, memang lah pendapatannya tak sampai RM1000 pun kan?

Itulah kuasa pemasaran yang digunakan yang digunakan sebaik mungkin. Jika paparan yang ditunjukkan di dalam video tu hanya blog sebagai medium, tetapi kita boleh gunakan lebih daripada itu!

Social Media tools (kaedah):
Kita ada Youtube, Twitter, Facebook dan beberapa kaedah yang lain untuk memasarkan produk kita kepada penduduk alam maya. Aku lebih suka menggunakan terms "penduduk alam maya" kerana mereka sama seperti alam realiti yang berinteraksi sesama kita untuk mendapatkan respond, pesanan,survey dan lain-lain lagi.

Aku? Yes! Aku seorang trainers yang boleh mengajar para usahawan kecil dan sederhana untuk mengembangkan business melalui medium Internet. Dan yang paling utama, segala medium yang digunakan ini adalah PERCUMA!


Nak tahu bagaimana? Sila booking kelas bersama My Coursez Consultant dan saya bakal mencurahkan segala ilmu yang ada untuk perniagaan anda!

enjoy!

Sunday, July 01, 2012

Santai media sosial Abang Noh (DNO Fan Club) by shahroll

Sunday, July 01, 2012


As salam, hello readers...


Semalam bertempat di restoren PakLi Kopitiam berlangsungnya satu majlis yang dibuat secara santai oleh peminat atau lebih tepat kelab peminat Dato Noh Omar. Aku datang dalam jam 5 petang cam tu sebab uruskan hal lain. Bila sampai-sampai je kat PakLi, ramai juga yang hadir.


PakLi kopitiam, seksyen 7, Shah Alam

www.nohomar.net (blog rasmi Abang Noh)

Abang Noh masa aku sampai tu, tengah rancak bercerita pasal diri Abang Noh yang mana soalan-soalan datang dari hadirin. Tanya pasal kerjaya (of course!) pasal bangun pagi, bila time tido, bila start buat kerja dan macam-macam lagi soalan-soalan yang berbentuk peribadi Abang Noh. Not bad hah? =D

soalan paling best, "Ada tak cita-cita nak jadi Perdana Menteri?" hohoh hot!
Jawapan simple Abang Noh, "Saya jadi menteri ni pon dah gayat!" semua hadirin gelak-gelak dengar jawapan tu.. haha!

santak dengan peminat Abang Noh!


Di tepi restoren, ada dibuka 2 gerai buah-buahan yang memberinya secara percuma kepada orang ramai. Ada buah manggis, rambutan dan nangka. Memang buah-buahan tempatan lah senang cite. Then, aku tanya la sape yang bukak gerai tu, dorang cakap Pemuda Barisan Nasional dengan Belia Negeri Selangor.

ruangan dalam kedai PakLi

Kalau korang nak taw, purata yang hadir ke majlis santai ini adalah belia yang mana ada berumur se-muda 18 tahun! Baru lepas SPM ye? Rasa macam aku jugak muda belia macam dorang. Selain tu, ramai juga facebooker,twitterer,
blogger yang aku berkenal-kenalan. Terselit kawan aku masa sekolah Teknik Klang wehh! menang Blackberry lagi. HOHO!

see? Sara Aina aku rasa weeee... tahniah babe!

Bukan senang nak menang hadiah, lagi-lagi Pak Menteri yang kasi wehh! Rugi pulak aku rasa tak ambil bahagian dalam pertandingan foto tercantik. Yelah, aku datang lewat kan, so terlepas di situ. Pemenang dia ada 2 orang, sorang lagi mummy cantik bersama anak dia;