Sunday, December 14, 2014

Social Media Manager: Berceramah untuk usahawan online Malaysia, satu cabaran! by shahroll




As salam, hello readers...

Minggu lepas aku dan adik bongsu aku pergi ke Perpustakaan Tun Raja Uda (nama dulu) atau nama komersialnya PPAS di seksyen 13, Shah Alam. Ini antara port lepak kegemaran aku sebab boleh buat kerja untuk 2-3 jam pertama (untuk fokus) dan selebihnya aku suka menikmati lanskap yang ada di PPAS ni.

Aku pergi hari Sabtu. Seingat aku, hari Sabtu tak ramai orang. Tapi aku silap, ramai yang membawa anak-anak pergi ke library Selangor ni untuk menghabiskan cuti hujung minggu bersama keluarga, lebih-lebih lagi jika anak mereka itu "ulat buku". Parking penuh sampaikan aku park di tepi jalan berhadapan dengan library.


my laptop & notes

Aku ke sana bukan untuk suka-suka saja. Ada kerja yang perlu aku laksanakan. Selalunya aku buat kerja-kerja kemaskini slideshow presentation aku dalam bilik je, cumanya masa tu aku teringin nak buat kat open fresh air sikit. Tu yang pergi ke PPAS. Walaupun PPAS menyediakan tempat yang best untuk buat kerja, tapi satu je kekurangan. Plug untuk sambungkan letrik ke laptop sangatlah sedikit.

Makanya, aku perlu pergi ke level 2 untuk mencari plug yang masih kosong, orang belum pakai. Dan, untuk 1 plug bayarannya adalah RM1 sahaja. Murah dan sangat "rakyat" punya rate!

Alhamdulillah, lepas dapat tempat, langsung saja buka laptop dan fokus membaca 3 e-books berkaitan dengan pemasaran online a.k.a social media marketing untuk dimuatkan dalam slide.

Aku membuat kerja part-time sebagai penceramah bebas. Yes, bebas untuk bertukar-tukar ilmu dengan usahawan online yang lain samada di jemput ataupun atas permintaan orang perseorangan (private coaching)

Terdapat banyak cabang ilmu yang boleh aku kongsikan bersama-sama peserta dalam kelas yang dianjurkan. Samada usahawan online lama atau baru, aku alu-alukan kehadiran korang. Ada masa ilmu korang lebih lagi dari apa yang aku tahu, makanya tak salah kita bertukar pendapat dan idea. Itu lebih baik kan?

Dalam segmen berceramah ataupun kelas, pasti ada yang tidak puas hati dengan apa yang aku buat. Ada yang berpendapat hanya "cakap kosong" tanpa bukti yang kukuh apa yang aku sampaikan berkesan atau tidak, apa result yang paling pantas untuk sales, apa yang perlu ada dalam tulisan marketing dan lain-lain lagi

Aku cuma nak tegaskan kat sini, kalau korang datang ke kelas aku hanya SEMATA-MATA nak sales korang MELONJAK dari 0% ke 200%, JANGAN datang atau booking kelas yang aku buat. Aku memberikan ilmu dan pandangan bukan terus dapat apa yang korang impikan

Ianya memerlukan kesabaran dan kerajinan seseorang peniaga/usahawan online itu. Ada orang tanam mangga, esok boleh petik dan jual? Tak kan? Ada orang yang letak iklan dalam talibesen dapat sales jutaan ringgit? tak juga kan?
So?

Maaflah aku agak terkesan dengan "cakap-cakap" belakang yang boleh je aku smash dalam Facebook, tapi dalam blog pon lebih baik. Boleh satu dunia baca apa masalah kalau masuk dalam line industri "penceramah" so called ni kan?

Akhir kata, teruskan berjuang... hingga akhir...

enjoy!



2 comments:

Cempakamelati said...

Wow! Hebat. Dah jadi penceramah bebas. Sejak Nokia OVI App Wizard Workshop tahun 2010, ni pertama kali akak datang ke blog ni. Semoga terus berjaya dan maju ke hadapan.

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Cempaka:

Alhamdulillah, terima kasih kak cempaka sudi lawat blog saya.. ooo lama bengkel tu ya.. huhuhu..

moga kita berjumpa di event yg akan dtg =) InsyaAllah