Showing posts with label buffet. Show all posts
Showing posts with label buffet. Show all posts

Saturday, May 27, 2017

Buffet Ramadhan: The Venue Shah Alam by shahroll

Saturday, May 27, 2017



As salam, hello readers...

Selamat menyambut bulan Ramadhan Kareem 1438H dari blogger shahrulhairydotcom kepada seluruh muslimin dan muslimat di seluruh donia! Alhamdulillah, bertemu lagi kita dengan ramadhan dengan izinNya jua kita sama-sama berada di dalam bulan yang penuh dengan rahmatNya serta pahala-pahala yang berganda yang diberikan oleh Allah SWT.

Ok, cerita pasal Buffet Ramadhan, kat mana selalu korang pergi atau tuju jika nak berbuka di luar bersama rakan dan keluarga? Ada cadangan? Jika tiada, disini aku nak perkenalkan Buffet Ramadhan 2017 di The Venue Shah Alam!


Beberapa hari lepas sebelum tibanya Ramadhan, aku sempat hadir ke majlis Buffet Ramadhan bertempat di seksyen 15 Shah Alam. Agak mudah lokasi The Venue Shah Alam kerana bersebelahan dengan kilang Panasonic yang lama (seksyen 21) yang sekarang dah jadi warehouse Pos Laju.

First impression aku sesampai je kat sini, 'wow! tempat orang have-have ni' HEHE!

tema mereka: Gema Ramadhan 2017

Aku sampai pada jam 8.45 malam dan sebenarnya agak lewat! Sebab ramai yang dah duduk relex kat meja masing-masing, aku dengan isteri duduk di meja nombor 8 bersama tetamu yang lain.

Mujur sempat nampak celoteh Maria Tunku Sabri dengan Zaim!

Maria Tunku Sabri dan Zaim

Tak sampai 15 minit duduk, dah dipelawa ambil makanan yang The Venue Shah Alam sediakan buat tetamu/rakan media yang hadir. Agak ramai yang beratur, so decide ambil lambat sikit makanan. Makanan yang disediakan memang best, sebab lauk-lauk kampung ye, syok!

Daging Salai Masak Lemak

Gambar yang lain, korang boleh follow IG The Venue Shah Alam untuk mencuci mata korang dengan juadah-juadah Buffet Ramadhan yang mereka sediakan sepanjang bulan Ramadhan ini.

Juadah yang sempat aku ambil malam tu

Contact The Venue Shah Alam for more details!

Terima kasih kepada The Venue Shah Alam yang memberikan pengalaman dan menyajikan makanan yang sedap-sedap kepada hadirin yang hadir. Tak lupa juga kepada rakan bloggers yang sudi contact jemput untuk bersama-sama di majlis Buffet Ramadhan 2017.


Selamat berpuasa, semua!


Wednesday, July 25, 2012

(promosi ramadhan) Berbuka di Seoul Garden! by shahroll

Wednesday, July 25, 2012


As salam, hello readers...


Aku memang suka makan buffet. Ditambah dengan menu dia ada daging kambing dengan pelbagai pilihan. Sukar nak tinggalkan makanan yang berunsurkan daging even aku di"nasihatkan" agar meninggalkan makanan berunsurkan daging. Tapi kalau amek portion yang "sederhana" apa de hal kan? =p


menu fav: Daging kambing black paper

Salah satu kedai stim-bot yang best adalah Seoul Garden. Banyak kali aku pergi sana dengan kawan-kawan dan sahabat rapat aku. Tapi tak de pulak banyak kali aku posting dalam blog ni (kalau banyak kali, restoren tu kena bayar advertising le) HAHA!

Mereka sedang promosi untuk korang...

amacam? ada berani? HEHE..