Tuesday, March 07, 2017

Pondok Pondok Brand: Sambal Melayu terbaik! by shahroll




As salam, hello readers...

Bila kita bercakap mengenai 'sambal' apa yang berlegar di ruang fikiran korang? Mungkin sambal kering ikan bilis? sambal jeruk? sambal kedondong? sambal cili merah? semua lah terkeluar kan! Ahaa, tak lengkap rasanya kalau kita tak tahu asal usul sambal ni, mana datang?

Menurut Wikipedia yang aku Google, sambal ni kita pinjam perkataannya dari Indonesia, 'Sambel' yang mana, di belah Nusantara ini memang terkenal dengan keenakkan sambal yang diwarisi dari satu keturunan ke satu keturunan. Lagi-lagi orang Jawa!


yummy!!

Dengan peredaran masa kini, sambal agak mudah untuk dinikmati kerana banyak pengeluar pes atau sambal segera dipasaran Malaysia, tetapi tahukah korang sambal yang terbaik sekali, siapa dia?

PONDOK PONDOK BRAND

Jenama sambal yang aku baru rasa keenakkan Sambal Hijau dia. Terima kasih kepada PONDOK PONDOK BRAND yang mengeluarkan pelbagai jenis sambal yang memikat hati pelanggan dengan inovasi terkini. Bulan Januari lepas, aku ada membeli 1 botol Sambal Hijau berharga RM20 (harga promosi!) untuk 1 botol yang besar.

Makan dengan bubur nasi, memang ummphhh!!

Sambal Hijau+Bubur Nasi

Bau yang tidak "tenggik" (bau hapak sambal) tidak ada di dalam pes keluaran Pondok Pondok Brand ni. Rasa authentic sambal Melayu, memang terasa! Ini yang aku mahukan, seperti makan di rumah. Boleh lihat video di bawah, apa kata mereka yang lain mengenai Pondok Pondok Brand



Best kan? Kalau korang berada di Kuala Lumpur, boleh singgah di area Jakel KL untuk test sambal mereka yang sedap ni. Atau korang boleh membeli secara online dengan melihat Facebook page mereka di bawah ini;

facebook page: PONDOK PONDOK BRAND


Produk keluaran PONDOK PONDOK BRAND

Sambal Bilis Lobak
Sambal Bilis Kering
Sambal Berlado
Sotong Sira
Sambal Hijau
Sambal Udang Kedondong




 "Cuba rasa... PERGHHH!! MERECIK"




No comments: