As salam, hello readers...
Aku tak dapat tidur selepas lepak kat kedai mamak tadi (27 Jan) di Khalifah, Shah Alam. Disebabkan 3 gelas kopi O kurang manis, menjadikan mata aku pun segarrr amat! Dari buang masa dok terkebil-kebil tak boleh tidur, baik aku tulis satu entry.
Dan entry ini KHAS untuk "mereka" HAHA!
Ceritanya macam ni...
Masa event SBB2013 berakhir, aku dan 2 orang lagi teman keluar untuk berasap. Dan salah seorangnya adalah staf DH. Mungkin korang kenal blogger ni kalau biasa masuk dalam event blogger-blogger. Dan sorang lagi usahawan muda yang aku kenal masa di Kemboja.
Then masa tu aku ikut sekali, dorang tanya, "kau berasap gak ke?" aku jawab, "haah, cuma social smoker je" dan disambut dengan gelak jahat lagi nakal dari dorang berdua neh. Itu lah kisahnya actually.
gambar: Google
Apa dia "social smoker" ni?
Menurut kamus shahrulhairy, definisi boleh diubah-ubah bergantung kepada situasi. Mungkin merokok dengan teman-teman rapat atau mungkin merokok untuk meraikan rakan-rakan yang merokok. Itu kamus sendiri lah. Tapi menurut urban dictionary;
A social smoker is somebody who will only smoke in social situations. It's pretty self explanatory.- via Urban DictionarySenang cerita, perokok jenis macam ni bukan yang tegar. Sekadar ingin "masuk" line dengan orang yang merokok dan sambil itu berdiskusi dengan mereka. Banyak kali jugak aku perhatikan rakan-rakan aku yang jenis macam aku ni jugak. Selalunya "close deal" masa time macam ni memang peratusannya dalam 25% (based on my judgement)
Tapi itu bukan cara yang beretika ye? HAHA!
Apa pun, merokok merbahayakan kesihatan anda. Kalau boleh berhenti, sila lah berhenti kalau tidak, hisap e-Cig pon dah smart dah. (best juga aku tengok mende alah tu, macam ala-ala shisha pon ada)
Lain-lain link korang boleh baca di bawah tentang "social smoker"
1#- What is Social Smoker
2# Social Smokers Aren't Hooked on Nicotine, Just Smoking
enjoy!

