As salam, hello readers...
Memasarkan produk bukanlah suatu pekerjaan yang mudah lebih-lebih lagi bermula dari kosong. Tak dinafikan, pemasaran melalui online menjadi pilihan utama masa kini. Tapi dimana silapnya jika pemasaran melalui online GAGAL?
Disitu keperluan menambah ilmu menjadi prioriti!
Kadang-kadang kita kurang ilmu tetapi terikut-ikut dengan trend pemasaran. Aku akui, aku juga tidak sehebat professional online marketer yang berpengalaman luas dalam aspek pemasaran, strategi dan taktikal semua itu. Tidak. Aku hanya pengguna biasa yang "menyelidik" keperluan dan "behaviour" orang Malaysia.
Skop aku pula dalam bidang makanan. Makanan ringan, bukan yang berat.
Ditambah pula, orang Malaysia suka makan-makan menjadikan kerja memasarkan tu agak mudah. Mudah tak mudah, kena kerja keras sikit untuk naikkan jenama sendiri.
Jika nak ikutkan, berapa banyak kompetitor dalam industry kerepek?
Yes, banyak dan pelbagai pilihan didepan mata. Cuma, apakah strategi dan cara mereka memasarkan produk mereka? adakah sama di dalam online? adakah lebih pada offline?
kaji! kaji! dan kaji!
1 PDF yang aku baca pagi tadi...
Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Kalau nak senang dan kaya, kenalah usaha dan bersusah-payah baru kejayaan milik korang. Itu pun kalau Allah izinkan korang jadi kaya lah. Kalau tak, mesti ada benda yang sangkut atau Allah tidak perkenan doa kita.
Aku juga pernah GAGAL dan kegagalan itu sangat manis!
"Usaha Jaya Takwa"
enjoy!
No comments:
Post a Comment