Monday, January 28, 2013

(info) What is "social smoker"? by shahroll




As salam, hello readers...

Aku tak dapat tidur selepas lepak kat kedai mamak tadi (27 Jan) di Khalifah, Shah Alam. Disebabkan 3 gelas kopi O kurang manis, menjadikan mata aku pun segarrr amat! Dari buang masa dok terkebil-kebil tak boleh tidur, baik aku tulis satu entry. 

Dan entry ini KHAS untuk "mereka" HAHA!

Ceritanya macam ni...

Masa event SBB2013 berakhir, aku dan 2 orang lagi teman keluar untuk berasap. Dan salah seorangnya adalah staf DH. Mungkin korang kenal blogger ni kalau biasa masuk dalam event blogger-blogger. Dan sorang lagi  usahawan muda yang aku kenal masa di Kemboja.

Then masa tu aku ikut sekali, dorang tanya, "kau berasap gak ke?" aku jawab, "haah, cuma social smoker je" dan disambut dengan gelak jahat lagi nakal dari dorang berdua neh. Itu lah kisahnya actually.

gambar: Google

Apa dia "social smoker" ni?

Menurut kamus shahrulhairy, definisi boleh diubah-ubah bergantung kepada situasi. Mungkin merokok dengan teman-teman rapat atau mungkin merokok untuk meraikan rakan-rakan yang merokok. Itu kamus sendiri lah. Tapi menurut urban dictionary;
A social smoker is somebody who will only smoke in social situations. It's pretty self explanatory.- via Urban Dictionary 
 Senang cerita, perokok jenis macam ni bukan yang tegar. Sekadar ingin "masuk" line dengan orang yang merokok dan sambil itu berdiskusi dengan mereka. Banyak kali jugak aku perhatikan rakan-rakan aku yang jenis macam aku ni jugak. Selalunya "close deal" masa time macam ni memang peratusannya dalam 25% (based on my judgement)

Tapi itu bukan cara yang beretika ye? HAHA!

Apa pun, merokok merbahayakan kesihatan anda. Kalau boleh berhenti, sila lah berhenti kalau tidak, hisap e-Cig pon dah smart dah. (best juga aku tengok mende alah tu, macam ala-ala shisha pon ada)

Lain-lain link korang boleh baca di bawah tentang "social smoker"

1#- What is Social Smoker
2# Social Smokers Aren't Hooked on Nicotine, Just Smoking

enjoy!

5 comments:

jaws said...

Siap buat post tu.. hahha..

bicara mak dara said...

somi mak juga ada pegi halau nyamuk jugak di luar dewan majlis SBB2013 entah entah adik ada ternampak dia sekali masa sesi hisap rokok beramai2 hari tu hehehe

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Jaws:

HAHA! ni korang punya pasal lah! lol

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Adza:

Tak perasan pulak somi akak masa tu. kalau tak dah join sekaki dah. HUHU

Anarm said...

ooo.. macam tu.. 1st time aku dgr social smoker tapi memang dah lama nampak situsi merokok hanya pada sesetengah keadaan macam tu, cuma tak tau istilah apa yg digunakan..

social smoker takpe.. jgn social drinker dah la, macam yg kita borak2 hari tu.. haha