Showing posts with label santai. Show all posts
Showing posts with label santai. Show all posts

Sunday, October 13, 2013

3 Usahawan Muda bersantai di Starbucks Coffee, Bukit Tinggi Klang by shahroll

Sunday, October 13, 2013



As salam, hello readers...

Malam minggu aku terisi dengan berjumpa rakan lama sekolah dulu. Tanpa merancang beriya-iya, hanya meng-update status dalam Facebook dan tag nama masing-masing dan hasilnya terus dicapai dengan bersantai di Starbucks Coffee, AEON Bukit Tinggi.

Dari kiri: Azhazul (Pracerita founder), Izar Masuri (Editor Nur Kasih) dan Shahroll (SH Group)

Terima kasih kepada abang Starbucks yang sudi ambil gambar kami. Walaupun nampak santai dalam perjumpaan ini, namun terselit perkara-perkara serius yang diambil kira dalam melestarikan rancakkan ekonomi masing-masing. Apa lah bahasa tinggi sangat ni? HAHA!

Azhazul- Seorang founder untuk company Pracerita. Menjalankan perniagaan fotograpi perkahwinan dan anda boleh berbincang dengan beliau pakej-pakej yang ada. Affordable dan satisfaction gerenti!

Izar- Seorang freelancer editor yang cukup berpengalaman dalam membuat suntingan video. Portfolio beliau juga tidak mengecewakan. Sedia mengambil tempahan dalam video perkahwinan dalam bajet yang bersesuaian dengan kemampuan

Shahroll- Founder SH Group yang mempunyai business fotograpi, social media advertising, trainer dan juga minat dalam videography scene. Juga, pengendali FB pages Kerepek Pisang Tanduk LCCT

Dari Starbucks bertukar tempat ke Restoren NZ Corner di Jalan Lebuh Turi. Di situ, mula mengorak langkah dengan sesi sharing knowledge oleh saudara Izar mencurahkan sebahagian ilmu editing video. Terima kasih kepada beliau sebab tak lokek dengan ilmu yang ada. Alhamdulillah...

Jam menunjukkan jam 2.30 pagi, kami bergerak untuk balik. Mata masih segar, namun perlu berehat untuk hari esok (Ahad)

enjoy!


Sunday, January 20, 2013

Pantai Morib bukan tempat berzina! by shahroll

Sunday, January 20, 2013



As salam, hello readers...

Tajuk kemain hanggat kan? Ish3, tak baik betul si shahroll ni ye. Main SEO yang melampau-lampau. HEHE! Malam ni aku nak share dengan korang pantai Morib yang aku rasa 100% bertukar wajah berbanding dengan wajah yang lama yang suram lagi tak best!

Terima kasih Majlis Daerah Kuala Langat yang menjadikan Pantai Morib demikian rupa. Dengan fasiliti yang cukup untuk pengunjung tempatan, kemudahan tapak berniaga juga tidak ketinggalan dalam pembangunan Pantai Morib.

Antara gambar yang sempat aku snap disana;

Dulu tak ada dataran neh..

Awek-awek bersama family.. hek3!!

"Jalan Menuju Pantai"

Tandas yang selesa nak kencing mahupun yang besar!

Untuk kanak-kanak.. bapak kanak-kanak pon boley~

Medan selera terbaek! selesa! harga pun berpatutan.



Kan? AKu dah kata Pantai Morib dan cun, se-cun Neelofa. HUHU! Dan satu lagi, aku puji tindakan MDKL yang meletakkan sepotong ayat di bawah direktori di sini. Lihat dibawah,

Sunday, July 01, 2012

Santai media sosial Abang Noh (DNO Fan Club) by shahroll

Sunday, July 01, 2012


As salam, hello readers...


Semalam bertempat di restoren PakLi Kopitiam berlangsungnya satu majlis yang dibuat secara santai oleh peminat atau lebih tepat kelab peminat Dato Noh Omar. Aku datang dalam jam 5 petang cam tu sebab uruskan hal lain. Bila sampai-sampai je kat PakLi, ramai juga yang hadir.


PakLi kopitiam, seksyen 7, Shah Alam

www.nohomar.net (blog rasmi Abang Noh)

Abang Noh masa aku sampai tu, tengah rancak bercerita pasal diri Abang Noh yang mana soalan-soalan datang dari hadirin. Tanya pasal kerjaya (of course!) pasal bangun pagi, bila time tido, bila start buat kerja dan macam-macam lagi soalan-soalan yang berbentuk peribadi Abang Noh. Not bad hah? =D

soalan paling best, "Ada tak cita-cita nak jadi Perdana Menteri?" hohoh hot!
Jawapan simple Abang Noh, "Saya jadi menteri ni pon dah gayat!" semua hadirin gelak-gelak dengar jawapan tu.. haha!

santak dengan peminat Abang Noh!


Di tepi restoren, ada dibuka 2 gerai buah-buahan yang memberinya secara percuma kepada orang ramai. Ada buah manggis, rambutan dan nangka. Memang buah-buahan tempatan lah senang cite. Then, aku tanya la sape yang bukak gerai tu, dorang cakap Pemuda Barisan Nasional dengan Belia Negeri Selangor.

ruangan dalam kedai PakLi

Kalau korang nak taw, purata yang hadir ke majlis santai ini adalah belia yang mana ada berumur se-muda 18 tahun! Baru lepas SPM ye? Rasa macam aku jugak muda belia macam dorang. Selain tu, ramai juga facebooker,twitterer,
blogger yang aku berkenal-kenalan. Terselit kawan aku masa sekolah Teknik Klang wehh! menang Blackberry lagi. HOHO!

see? Sara Aina aku rasa weeee... tahniah babe!

Bukan senang nak menang hadiah, lagi-lagi Pak Menteri yang kasi wehh! Rugi pulak aku rasa tak ambil bahagian dalam pertandingan foto tercantik. Yelah, aku datang lewat kan, so terlepas di situ. Pemenang dia ada 2 orang, sorang lagi mummy cantik bersama anak dia;

Sunday, October 23, 2011

My favorite western dish and small espresso coffee by shahroll

Sunday, October 23, 2011


As salam, hello my readers...


Lokasi: Bukit Raja, Klang (kedai bersebelahan dengan Kenny Rodgers)
Masa: 8.45 malam (Sabtu)
Tarikh: 22 Oct 2011


Misi makan-makan aku teruskan dengan mencuba kambing panggang yang sememangnya fav aku setiap masa setiap tempat makan! HUHU, kata orang kambing ni tak boleh makan banyak-banyak sangat, nanti pening lah, darah tinggi lah, nak pitam lah, ye ke? Aku makan ok je =p


Malam tu aku order Lamb Grill dengan kopi ekspresso. Aku yang paling terkejut kopi tu la, kecik bebeno! ishhh~ tak pasal-pasal aku mintak 1 lagi air, teh lemon! ampeh tol, tipah tertipu kau! huhu...



muka pasrah bendanya kecik!

Service kedai ni bagus. Cepat je hidangan sampai. Walaupun kedai ni majoriti staff dia berbangsa cina, korang jangan panik sebab kedai ni serve makanan halal. Don't worry! Makan tanpa was-was. Cet! macam iklan lah pulak (memang pon!) HAHA...

muka sebelum "mengganas" nak baham kambing!



Kambing rasa OK, tak liat. Kuah dia pulak kurang sikit sebab cair. Agak sedikit masin but masih boleh dimakan di cover oleh kentang putar dan juga salad. Yang penting bau kambing dia tak terlalu berbau ye, so sesiapa yang nak try try makan kambing tu, shuuuwitt sangat cuba!


aummmmmm!!.. keh3...

Kedai no.2 sedap makan kambing. No.1 korang leh cuba kat Cafe S-E Relax. Lepas ni, misi mencari tempat kambing panggang diteruskan lagi. Tetap saja di.... shahrulhairy.com ! HAHA...

enjoy!