As salam, hello readers...
Terlintas tak dalam fikiran, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan usahawan internet? Mungkin sebilangan orang mengatakan, usahawan internet tu macam jual ebook, jual hosting, jual domain dan seumpamanya lagi. Selain itu? apa yang boleh dieksploitasi dengan pesatnya pembangunan internet di seluruh dunia? Khasnya di Malaysia?
Bagi aku, skop ini telah luas. Seluas-luasnya di sini. Hinggakan fungsi internet itu sendiri diakui keberkesanannya dalam meluaskan perniagaan di dalam internet.
photo: Google
Aku bagi contoh ya? saksikan video klip ini;
Masih ingat akan iklan diatas? Pernah keluar di kaca televisyen dan mesej ini dibawakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Dari iklan ini membawakan kita perutusan yang penting jika kita nilai balik apa yang mereka ingin sampaikan.
Kronologi:
Makcik Kabilah seorang usahawan rumpai laut di Sabah. Kehidupannya yang digambarkan agak daif dengan menjual hasil laut saja. Adakah rumpai laut itu tidak memberikannya pendapatan lumayan pada akhirnya? Tak kan? Mengapa?
Ini kerana, usaha yang dilakukan oleh anak makcik Kabilah yang menggunakan minat dan kesungguhannya dalam mengubah nasib keluarga. Apa kaedah yang digunakan? INTERNET!
Dengan bantuan internet, jualan hasil rumpai laut mereka telah ditempah oleh beberapa negara. Sebelum itu, siapa yang tahu makcik Kabilah seorang pengusaha rumpai laut? betul tak? Setakat kawasan kampung sekitar, memang lah pendapatannya tak sampai RM1000 pun kan?
Itulah kuasa pemasaran yang digunakan yang digunakan sebaik mungkin. Jika paparan yang ditunjukkan di dalam video tu hanya blog sebagai medium, tetapi kita boleh gunakan lebih daripada itu!
Social Media tools (kaedah):
Kita ada Youtube, Twitter, Facebook dan beberapa kaedah yang lain untuk memasarkan produk kita kepada penduduk alam maya. Aku lebih suka menggunakan terms "penduduk alam maya" kerana mereka sama seperti alam realiti yang berinteraksi sesama kita untuk mendapatkan respond, pesanan,survey dan lain-lain lagi.
Aku? Yes! Aku seorang trainers yang boleh mengajar para usahawan kecil dan sederhana untuk mengembangkan business melalui medium Internet. Dan yang paling utama, segala medium yang digunakan ini adalah PERCUMA!
Portfolio: Y-Blog di Rakan Muda, Klang
Nak tahu bagaimana? Sila booking kelas bersama My Coursez Consultant dan saya bakal mencurahkan segala ilmu yang ada untuk perniagaan anda!
enjoy!
No comments:
Post a Comment