Showing posts with label instagram. Show all posts
Showing posts with label instagram. Show all posts

Monday, February 22, 2016

Instagram sign up: Jana pendapatan dengan instagram personal? by shahroll

Monday, February 22, 2016



As salam, hello readers...

Medium instagram kini dah mula menunjukkan kuasa pembeli yang tinggi. Kerana apa? ini disebabkan kebanyakkan users di instagram (IG) adalah pembeli tegar online! Peluang membuka business online terbentang luas dengan adanya prospek dan juga platform yang percuma.

my personal instagram (@shahrollphoto)

Instagram personal VS Instagram business, mana lebih baik? Ok, kat sini akan ada percanggahan pendapat berkenaan dengan benda ni. Cuma, aku beri pandangan sebagai jurulatih pemasaran online, aku cadangkan ASINGKAN akaun IG untuk business. Kenapa?

[Ads]
As a successful individual, oftentimes it is hard to forget your past and how you got to where you are today. Behind an individuals success is a long story and today we will be talking about the success of Mr. Per Wickstrom. Per Wickstrom is a successful entrepreneur today who is the CEO of the Best Drug Rehabilitation, Choices Recovery, A Forever Recovery and many more rehabs across the United States- website: Per Wickstrom

1) Supaya senang bakal pembeli melihat barang-barang jualan korang dalam IG. Kalau bercampur dengan gambar personal, adalah tidak digalakkan. 

2) Target audience yang berbeza. Jika di IG personal, mungkin hanya kawan-kawan kita sahaja yang LIKE dan bukannya bakal pembeli. Bagi IG business, kita boleh following targeted pembeli.

3) Penggunaan hastag untuk business seperti #bazaaronline #bazaarpaknil #megabazaar merupakan hastag yang biasa dijumpai dalam IG business. Jika ada hastag yang berpotensi untuk menangkap "mata-mata" pembeli, sila guna!

Kalau korang kurang paham lagi penggunaan media sosial sebagai penjanaan pendapatan online, boleh baca website ni dari CEO Best Drug Rehabilitation, Mr. Per Wickstrom, "Should you use Social Media to market your business?"


enjoy!




Thursday, August 27, 2015

Penting ke kumpul follower dalam Instagram? by shahroll

Thursday, August 27, 2015



As salam, hello readers...

Mempunyai akaun Instagram, tak semua ada. Yang ada pun mungkin untuk kegunaan perniagaan korang, kan? Begitu jugak dengan aku. Aku ada 2 akaun IG ni. Satu personal dan satu lagi khas utnuk menjual. Alhamdulillah, dah cecah 2.5k followers untuk IG @kedaiinstash

Untuk @shahrollphoto punya IG, syukur dah capai 3.1k followers. Maka, kalau dicampurkan semua followers yang ada, 5.6k followers telah berjaya aku kumpulkan untuk kedua akaun ni.

personal akaun IG

Berbalik pada tajuk, penting ke kumpul followers? Bagi aku secara peribadi, memang lah penting. Sebab tanpa followers yang ada dalam akaun Instagram korang, macam mana nak buat awareness atau penghebahan pasal produk ko tu kan? Siapa yang nampak? 

Begitu juga dengan aku yang nak jual slot iklan. Followers yang ramai membuatkan demand lebih tinggi untuk aku caj pada client. Selalunya review atau paid review dalam IG tak mahal, unless kalau korang punya followers tu macam Nora Danish! Update apa je, sure LIKERS banyak gila dapat. Komen pon boleh tahan jugak.

2 indikator dalam IG. LIKE dan KOMEN. Like kita akan tengok juga berapa banyak yang dapat dikumpul dalam satu-satu update. Kalau seminit dapat 3ribu like, lagi tinggi caj korang!

Komen selalunya jarang dalam IG. Kalau dapat pun, spamming. biasalah tu "visit my IG, visit my IG" kan? Sekali IG tendang akaun korang tu baru taw!

Ok lah, korang kalau rajin boleh baca post aku pasal IG biz kat link bawah ni k? 


enjoy!





Sunday, June 14, 2015

Instagram berwajah baru! by shahroll

Sunday, June 14, 2015



paparan web terbaru dari Instagram

Melihat kepada kepesatan media sosial saban hari, tentunya ada perubahan-perubahan yang dilakukan oleh mereka yang membekalkan produk seperti #instagram ni. Aku juga suka dengan sedikit perubahan pada paparan muka depan Instagram


Banyak artikel aku dah tulis mengenai Instagram dan carian tentang "cara berniaga dalam Instagram" juga banyak. InsyaAllah, ada banyak info lagi aku nak share dengan korang, based pengalaman aku sendiri. Kalau nak baca tutorial/PDF boleh search dalam PDF Search Engine

enjoy!




Wednesday, April 01, 2015

Facebook ROI dengan LIKE by shahroll

Wednesday, April 01, 2015



As salam, hello readers...

Selalunya bila ada sebuah syarikat atau orang perseorangan yang mahu kita buat marketing atau awareness pasal produk mereka atau perkhidmatan dorang, salah satu indikator yang mereka mahu dan nak tengok sangat adalah, "berapa banyak LIKE i dapat?"

Ok, pasal LIKE ni kan, aku cerita sikit eh pasal sosial media punya tricky. Kalau korang develop Facebook pages dan nak kembangkan atau aware pasal produk korang, memang LIKE tu korang kena crawl/cari dengan cara memasing. Aku tak ajar la kat dalam blog ni macam mana caranya, tapi ada cara nak increase kan LIKERS korang tu

amazing eh?

Berbalik pasal client korang yang sibuk nak tanya pasal LIKE tadi, kalau soalan tu ditujukan kepada korang untuk develop facebook pages tu, YES dia betul! Sebab apa betul? sebab dia nak LIKERS yang ramai untuk orang tahu produk atau services dia di pasaran.

Bukan LIKE untuk setiap post dalam wall yang korang buat update tu. Lelagi kalau pakai FB personal untuk buat brand awareness, jahanam LIKE weh! Bukan semua orang nak LIKE apa yang kita update, kan?

So, kesimpulannya sebelum dapat job apa-apa, pastikan korang kena clear kehendak client tu tadi, samada LIKE untuk facebook pages atau macam mana? Kalau tak, ROI pun tak kemana ye...

Kesian pada syarikat melabur, tapi tak dapat apa-apa....


************************************************

KEPADA SYARIKAT!

Jika anda mahu Internet Marketer untuk menjaga akaun INSTAGRAM anda, boleh hubungi Shahroll- 012-3437359 untuk mengembangkan business anda di sana. Bayaran boleh dirunding



Monday, December 01, 2014

1 December 2014: Projek kedai onlineshop sendiri, @kedaiinstaSH by shahroll

Monday, December 01, 2014



As salam, hello readers...

Alhamdulillah dapat update blog lagi malam ni. Mood sekarang semakin hari semakin parah nak dapat momentum macam dulu. Dah tak serasi? bukan bukan!! Cuma ada banyak kerja-kerja belakang tadbir yang menuntut aku untuk memberi 100% komitmen.

Pasal kedai online...

Aku ada announce dalam Facebook wall aku tempoh hari, aku nak buka kedai online aku based Instagram. Akaun personal aku aktif macam biasa (@shahrollphoto) now aku dah open 1 lagi akaun Instagram KHAS untuk aku berdagang dalam online.

Apa namanya?

Onlineshop aku namanya adalah @kedaiinstaSH (boleh cari dalam IG k?). Pada permulaan ni, aku fokus untuk menjual perfume lelaki dan wanita, baju baby, kain cadar, shawl dan handbag. Disebabkan modal yang terhad, aku akan beli barang-barang tersebut dengan kadar bajet modal yang ada.

Visit my IG shop: @kedaiinstash

Right now, ada Instagram, Facebook ID dan juga Blog. Tapi aku akan tumpukan pada medium Instagram bagi menjual. Nama pun "kedai insta" kan? HEHE!

Sehingga kini, followers semakin bertambah dan banyak berkenalan dengan pemilik-pemilik online shop yang lain yang rata-rata menjual barangan yang hampir sama dan ada yang private kedainya. Aneh, tapi itu hak masing-masing =)

Nantikan pelancaran kedai aku nanti ya? 

enjoy!


Friday, May 03, 2013

Followers terkini Instagram shahrollphoto by shahroll

Friday, May 03, 2013



As salam, hello readers...

Korang dah ada akaun Instagram belum? kalau dah ada, boleh follow aku di: shahrollphoto k? sejak pertama kali aku ada Instagram, tak jemu aku load gambar-gambar yang ditangkap dan share. Kebanyakkan gambar-gambar personal interest.

And now, my followers near to 3k! OMG!

Baru ada 374 gambar, tak banyak lagi...

Walaupun aku follow lebih 7k, aku dapat lihat bukan semua aktif dalam Instagram. Ada beberapa Instagramer yang kerap load gambar baju, lanskap, travel dan aku suka dan tertarik dengan gambar-gambar yang diambil. Seakan professional!

Marketing dalam Instagram juga sangatlah bagus untuk membuat awareness perniagaan korang. Aku sedang dalam usaha ber-eksperimen dalam Instagram untuk sejauh mana Instagram boleh membantu business aku pergi lebih jauh.

Dengan membuat mini contest tempoh hari, apa yang aku dapat simpulkan, memang berbaloi! Dan pelaburan yang digunakan amat minima tetapi pulangan yang baik.

Berminat nak tahu caranya? email di shahrollphoto@gmail.com dan aku akan beri tutor secara ringkas! =)

enjoy

Monday, February 25, 2013

4 tips perniagaan: Bagaimana menggunakan akaun Instagram dalam rangka promosi anda? by shahroll

Monday, February 25, 2013



As salam, hello readers...

Dalam menjalankan pelbagai perniagaan dalam dunia yang semakin pantas dan ber-globalisasi tanpa sempadan, agak sukar jika kita tidak "catch-up" dengan teknologi yang ada disekeliling. Malah, lebih memburukkan keadaan jika kita ketinggalan jauh dalam media yang boleh dimanfaatkan sebagai promosi perniagaan.

Aku pernah membuat post entry tentang Instagram. Boleh baca di SINI dan SINI.

Kali ni aku cuba membawakan kepada anda, tentang tips yang telah aku praktikkan di dalam Instagram. Ada 4 langkah perlu diambil perhatian jika ingin berjaya dalam pasaran Instagram.

#1-Followers (pengikut)
Tanpa pengikut, akaun Instagram anda akan menjadi bosan dan tak best. Anda perlu meletakkan beberapa keping gambar yang orang lain teruja untuk LIKE dan berkomentar. Contohnya gambar makanan (recommended), gambar tempat menarik, gambar cuaca dan gambar event. Elakkan memuat naik gambar muka sendiri secara berlebihan, takut-takut pengikut anda bosan. Sekali sekala boleh la.

#2-Find your interest (cari apa yang anda minat)
Untuk yang ini, korang perlu cari akaun Instagram yang korang sendiri suka nak tengok. Kalau korang seorang photographer, sudah tentu cari akaun photographer juga. Selepas dah ramai anda follow akaun dalam bidang yang sama, cuba pula dalam bidang yang lain seperti modelling, blogger, Pan-Asian dan sebagainya.

#3-Like & Comment (suka & komen)
Jika sedang anda ber-online dalam Instagram dan menemui beberapa gambar yang cantik dan bagus, jangan sesekali pendam dalam hati. Cuba ringankan jari-jemari anda yang lembut itu menekan touch-screen mobile phone anda dan cuba create interaction. Dengan cara ini, anda bukan saja menjadi follower tetapi pengkomen/pengkritik yang baik.

#4-Your profile bio (Akaun profile)
Kadang kita lupa yang bio-profile itu semacam tidak penting. Selain nama anda, cuba tuliskan beberapa perkara seperti "love in writing" "passionate in taken photos" atau apa saja yang merujuk kepada diri anda. Jika punyai akaun Instagram, sudah tentu suka pada gambar kan? Anda boleh claim diri anda sebagai "Instagrapher" juga!


find me at Instagram: shahrollphoto

Anda boleh cuba hari ini dengan tips-tips yang telah aku berikan. Jika tidak berjaya, cuba sehingga berjaya! Pandangan aku terhadap media sosial Instagram ini mudah, asal korang rajin dan suka berkomen, followers datang dengan sendirinya. Jangan jadi bongkak dalam media macam ni, itu je.

enjoy!

Thursday, February 07, 2013

(Apps) Apakah InstaPlace, InstaWeather & InstaMessage dalam social media? by shahroll

Thursday, February 07, 2013



As salam, hello readers...

Bertemu kembali. Aku nak sambung cerita pasal produk "Instangram" yang telah aku post entry nya tempoh hari. Poster dan juga promo akaun Instag aku. Kali ni, aku nak tulis pula pasal sub-sub applikasi dalam keluarga Instagram itu sendiri. Apakah dia?

1#-InstaPlace (IP)
Untuk mereka yang mahukan gambar+details tempat (lokasi), apps ini perlu dan wajib korang download. Apps ini akan mengambil gambar dimana anda berada disertakan dengan details tempat tu sekali, dan boleh di shared di Facebook dan juga Twitter. 

Contoh gambar dibawah;

Original link: InstaPlace Facebook Page

2#-InstaWeather (IW)
Bagi mereka yang suka melaporkan keadaan cuaca terkini, apps ini sesuai untuk korang. Selalunya info cuaca begitu penting bagi sesetengah orang yang suka pergi mancing, hiking dan aktiviti melibatkan luar pintu (outdoor da..) Dengan meng-shared informasi tersebut, mengelakkan pembaziran tenaga dan wang berlaku. Dan, gambar yang diambil boleh di kongsi dalam FB dan juga Twitter.

Contoh gambar dibawah;

Friday, January 25, 2013

(info) Kelebihan Instagram yang tiada pada social media yang lain by shahroll

Friday, January 25, 2013



As salam, hello readers...

Hari ni aku tak de kelas BBM110 macam biasa. Semua dok pakat cuti. Aku call lecturer 2 kali tu nak confirm kan balik ada ke tak. Last-last memang tak de pon! Membazir 1 jam di fakulti. Uhhhh!! tapi tak pe lah, petang tadi hujan lebat gila kot.

Korang ada Instagram?

Ape tu Instagram ye? Bagi mereka yang masih tiada akaun Instagram, meh aku cerita sikit. Jaringan social ini menempatkan pelbagai gambar-gambar yang dimuat naik oleh instagramer-instagramer dari seluruh dunia. YA! seluruh dunia komuniti! Satu pasaran yang luas terbentang yang mesti diterokai oleh marketer online yang mana aku perhatikan agak mudah mendapatkan perhatian dari rakan Instagram ini untuk menekan bentuk "love" (seperti LIKE dalam FB)

Bagaimana Instagram berfungsi?

Selepas korang create account dalam mobile phone yang diperkasakan oleh Androids dan jenama Samsung atau sebagainya, maka bolehlah korang memulakan networking korang dengan mencari kawan-kawan yang ada akaun Instagram juga. Lepas tu follow pulak artis-artis yang korang minat macam Lisa Surihani ke, Yusri KRU ke, Norman KRU ke kan?

Konsep "follow" macam korang buat dalam Twitter jugak. Cuma twitter dia fokus on text dan link, betul? Instagram meng-ekspresikan mood,emosi korang melalui gambar. Lebih menarik aku rasa!

Apa kelebihan yang tiada pada social media yang lain?

Personally, aku lebih gemar memuat naik ke dalam Instagram dar Facebook sekarang kerana aku merasakan gambar-gambar yang aku muat-naik ke dalamnya terasa dihargai oleh kawan-kawan yang mengikuti akaun aku. Manakan tidak, walaupun hanya menekan butang "love" (like) cukup membuatkan aku tersenyum puas!

Mana yang tidak follow pon boleh komen, tiada masalah. Dan dari situ aku sedar betapa power nya penggunaan hastag (#) pada setiap gambar yang di load. Dengan hastag yang betul dan tepat, gambar kita berterbangan di dalam dunia Instagram tanpa batasan.

Contoh Instagramer yang dapat kawan-kawan (aku lebih menyebut "kawan" dari followers) seramai 800 lebih yang tak sampai sebulan punyai akaun Instagram;

ID: shahrollphoto

Jom baca Instagram blog! HUHU

enjoy!