Showing posts with label Youtube. Show all posts
Showing posts with label Youtube. Show all posts

Saturday, October 26, 2019

Kenapa Youtube channel? by shahroll

Saturday, October 26, 2019



As salam, hello readers...

Lama betul tak menaip dalam blog aku ni. Sejak aku tubuhkan SH Network Media pada tahun 2015, boleh dikatakan aku fokus dekat bisnes tu 200% bagi menjayakan supaya terus membangun dan berkembang.

Alhamdulillah pada tahun 2019, sudah mendapat hasil seperti yang dirancang pada 4 tahun lepas dari segi penyampaian perkhidmatan dan juga pertambahan client secara kontrak. Dan untuk 4 tahun akan datang (sampai tahun 2023) perancangan untuk meluaskan lagi perkhidmatan SH Network Media di seluruh Malaysia.


OK, cukup untuk biznes yang aku bangunkan. 

Now aku nak ceritakan tentang platform Youtube yang aku create sejak Nov 2006. Tapi disebabkan aku tak buat betul betul, channel ni dah lama "bersawang" dengan ketiadaan kandungan video-video yang sepatutnya aku update walaupun pada tahun 2006 ada beberapa video telah diupload.

Tapi biasalah, views kurang sebab kualiti pada video pun out, peralatan merakam video pun dah serupa video 3gp output!

Youtube channel: SHAHRUL HAIRY CHANNEL

Berbekalkan subscribers 328 pada hari ini (26 Oktober 2019) aku nekad nak hidupkan balik channel aku. Niche yang aku pilih adalah bisnes dan juga personal. Aku pilih 2 niche ni dalam channel aku sebab aku suka share macam-macam dan aku kategorikan dibawah 2 niche tersebut.

Kalau aku buat training untuk bisnes SH Network Media, aku letak bawah tag bisnes. Kalau aku suka makan-makan, aku letak bawah tag Food. Macam tu lah. Tapi untuk professional Youtubers, mereka akan develop 1 niche sahaja dalam channel Youtube mereka.

Aku macam kedai runcit, macam macam ada! haha!



Video aku untuk Online Seller

Aku masih belajar untuk bercakap depan kamera/smartphone dengan "perfect" walaupun kita bukan pelajar Mass Comm, kita cuba terbaik. Ada eye-contact, intonasi dan nahu percakapan dan lain-lain faktor aku cuba belajar bagi nampak smooth lagi untuk menjadi seorang Youtubers di Malaysia.

Footage dan editing semua aku buat dalam smartphone. Bukan malas nak edit dalam desktop, tetapi kemajuan smartphone sekarang ini membolehkan kerja merakam dan membuat suntingan video menjadi mudah dan capaian yang senang untuk semua. Lagi sekali, professional Youtubers akan edit dalam desktop mereka untuk suntingan yang lebih advance.



That's all, have nice day!


Saturday, January 07, 2017

#tshirtSMM tu apa? by shahroll

Saturday, January 07, 2017



As salam, hello readers...

Menjual tshirt pula ke kita ye! Aha, bukan apa, aku nak try untuk business online dalam bidnag jualan baju tshirt. Semakin ramai supplier yang boleh beri harga berpatutan, so aku pun ambil kesempatan ini untuk meneroka menjual tshirt dnegan brand sendiri.

Brand sendiri?

Cam mana tu eh? Ok design tu baru ada 1 je sekarang ni, yang bebetul aku push untuk jual. Dan tshirt tu pulak aku letak channel Youtube aku sebagai sandaran (landing page)

Dijual di page shahrulhairy dot com 


Info:

OPEN PRE-ORDER!!
Tshirt WATCH ME by www.youtube.com/shahrulhairy
===============================
Tshirt details:
160gsm weight
Cotton (best!)
Add-On RM7 for Gildan
===============================
Delivery method: POSTAGE (RM6)
Tshirt price: RM29
TOTAL: RM35 sahaja!

WhatsApps: 012-3437359 (ery)



Thursday, January 05, 2017

Video content untuk 2017? by shahroll

Thursday, January 05, 2017



As salam, hello readers...

Sejak adanya akaun youtube yang aku create 2007, tak banyak video personal aku masuk. Ada pun cuma slideshow yang aku syok sendiri then post dalam tu. Nothing special, tapi tahun 2017 (dah 10 tahun kot!!) baru lah aku rasa nak upload daily atau special event masuk dalam youtube.

Ads-klik sini: Klang Blog

Now bukan Youtube saja boleh rekod video, Instagram dan Facebook (live lagi!) serba sedikit menggugat channel Youtube. Tapi perlu la aku ingat kan kat korang, Youtube ada lebih 3 billion viewer seluruh dunia!


edit dalam youtube aje! pakai Asus smartphone

Nak tengok hasil? tengok kat bawah

Kambing Golek Kaw G aku punya review

Prediction Internet Marketer luar negara, memang tahun 2017 sampai 2019 adalah video contents. So, korang yang boleh bercakap dengan baik depan kamera, boleh buat channel kornag sendiri then make broadcaster yourself!

enjoy!




Wednesday, July 15, 2015

e-Kad ucapan raya dari SH Group by shahroll

Wednesday, July 15, 2015



As salam, hello readers...

Alhamdulillah, dah sampai sangat kita ke penghujung Ramadhan. Moga ramadhan kali ini membawa makna yang tersendiri kepada korang semua. Begitu juga dengan aku. Tapi aku merasakan ramadhan kali ni, terlalu cepat berlalu. Adakah aku yang lalai tentang masa ataupun masa sekarang sudah menjadi singkat?

Apa pun, aku nasihatkan kepada korang yang nak balik kampung tu, drive elok-elok. Rehat dulu kalau mengantok! Banyak kes kemalangan pasal mengantok tak cukup tidur punya pasal. Then, rancang perjalanan biar teratur.


Salam Lebaran dari SH Group

SH Group?
Yup, senang sekali aku "group" kan. e-Kad ini dari SH Network Media sebenarnya (salah satu core-business aku juga) dan mewakili untuk beberapa business aku yang lain seperti shahrulhairydotcom (blogging channel), SH iMAGE Production (production business channel) dan My Coursez Consultant (training channel)



enjoy!


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR DAN BATIN




Saturday, June 20, 2015

Fiverr task: Promote your video in our channel by shahroll

Saturday, June 20, 2015



As salam, hello readers...

Hari ni aku sempat deliver task yang datang dari Fiverr berharga USD5. Kerja yang senang iaitu masukkan video yang mereka nak promote ke dalam Youtube channel aku (youtube.com/shahroll) topik dia berkenaan dengan dating online yang boleh buat duit


Kalau korang nak buat duit dari Fiverr, boleh baca post-post lepas berkenaan dengan Fiverr dalam blog aku ye. Kalau tak paham, boleh komen di mana-mana post entry yang berkenaan, InsyaAllah aku cuba jawab

enjoy!


*Selamat berbuka puasa*



Friday, June 12, 2015

#makkauhijau viral di internet? by shahroll

Friday, June 12, 2015



As salam, hello readers...

Rata-rata netizen yang alert tahu akan hal ni. Benda simple, budak-budak bergaduh di taman permainan dan mengucapkan beberapa perkataan yang spontan diucapkan akibat pergaduhan yang berlaku. Ini normal, bergaduh (reaksi negatif) dan mengucapkan perkara yang negatif (kurang waras)

saksikan versi remix dari Viral Log channel yang aku suka editingnya;


enjoy?




Tuesday, March 24, 2015

Youtube Adsense Earning: Bagaimana kita nak tahu video kita ada iklan? by shahroll

Tuesday, March 24, 2015



As salam, hello readers...

Akaun Adsense memang menjadi idaman kepada semua pembikin duit online. Aku juga tak terkecuali. Aku tak pernah mimpi untuk mempunyai akaun Google Adsense yang sememangnya susah untuk kita perolehi.


Alhamdulillah, sejak 2008 aku dah boleh menjana pendapatan sampingan melalui Google Adsense.

Salah satu cara aku meningkatkan pendapatan, dengan membuat duit dengan video-video yang aku upload dalam channel Youtube aku. Macam paparan dibawah;

*lihat button HIJAU*

Kebanyakkan video aku ada button hijau tu, menandakan dalam video aku tu ada iklan yang Google sedang running. Ada video yang tak dapat offer dari Google untuk beriklan. Depend pada Google nak bagi ke tidak. Kalau views korang tinggi, lagi senang korang buat duit!

Paling tinggi sekarang views dalam channel aku ni pasal slideshow Fatin Liyana. Cecah 60,000 tontonan! Hebat nama FL ni kan?

Jom buat duit dengan Youtube!



Wednesday, January 23, 2013

(video) Listen! 2+2=5 by shahroll

Wednesday, January 23, 2013



As salam, hello readers...

Video yang bakal aku share dalam blog aku petang ni bukan pasal Bawani and Sharifah tu. Bukan. Cuma aku tertarik dengan 1 video di laman Youtube tentang perkiraan matematik yang cukup mudah iaitu 2+2 sama dengan 5?

Durasi selama 6 minit lebih menceritakan segalanya dan pelbagai persepsi juga timbul;



Translation dalam bahasa Thailand. Original video aku tak pasti dari mana. Bunyi macam pertuturan Arab. Entah, aku tak pasti. Walaupun video ini simple, tapi mesej yang ingin disampaikan cukup berat.

Apa yang aku fikirkan?

#1- Cikgu sekolah: Mungkin dia mengalami pendarahan otak ke ape ke so dia mengajar pon jadi benggong. Ini bukan cikgu di Malaysia ni, cikgu-cikgu Malaysia semua tip-top! tak de benggong cam ni. Lagi pun muka pun dah macam stim hisap ganja HAHA! Cikgu macam ni perlu di EXIT POLICY kan serta-merta!

#2- Pengawas sekolah: Dulu aku jadi pengawas, bebudak lain panggil "Anjing Cikgu" ferrrghhh! bernanah siak! So sama lah macam kes video neh. Anjing gak lah sebab ikut je ape yang diajar walaupun MAMPU berfikir. Top student tapi banggang? AHAHA!!

#3- Murid Degil: Yang kedegaq (degil) yang cakap jawapan nyer "4" tu sebenarnya dia sorang yang ada otak. Lain semua takut nak memberitahukan perkara sebenar. Kalau bagitaw bebetul, kena tembak, mampoih baq ang! So, lebih baik lah "ikut" ja kan? HAHA!!

Apa pandangan angpa semua?


enjoy!

Tuesday, November 27, 2012

(video) Apo Kono Eh Jang 2012- Nafas baru oleh @RafidahIbrahim feat @datoacmizal & Stellar Band by shahroll

Tuesday, November 27, 2012



As salam, hello readers...

Dato' AC Mizal nyanyi balik? Dah lama aku tak dengar Dato' nyanyi selepas kegiatan seni beliau "bertukar" menjadi pengacara TV yang aku rasa popular dengan rancangan Akademik Fantasia, 1 Million Money Drop dan yang terbaru, Bohong Ke Betul di Astro.

Sejujurnya aku katakan, Dato' AC Mizal mempunyai tarikan yang tersendiri bila muncul solo dalam bidang nyanyian. Selepas tiadanya 4U2C selepas menggegarkan industri dengan lagu "Fiona" yang masih diminati sehingga kini,  karisma yang "dibawa" memaksa beliau melampiaskannya dalam lagu terbaru yang diberi nafas baru "Apo Kono Eh Jang 2012" walaupun tidak menyanyi secara penuh (feat with Rafida)

Dato' AC Mizal | Pengacara, Pelakon, Penyanyi, Usahawan


Official video clip Apo Kono Eh Jang 2012

Komen aku pasal lagu ni? Tak banyak gubahan yang dibuat cuma rentaknya saja dirancakkan atau "catchy" dan selit-selit dengan rapper Dato' AC. Dengan penambah perasa, Stellar Band (band baru ke?) dengan alunan suara "husky" dan gorengan bunyi gitar ala 80-an, melengkapkan lagu yang berasal dari Negeri Sembilan ini.

Rafida?

Boleh dikatakan terbaik dari segi lantunan suara. Kira sedaplah. Cuma penampilan Rafida dalam video clip agak "keterlaluan" sedikit dengan pakaian yang aku boleh anggap, tak sesuai. Mungkin ada designer yang boleh touch-up sikit yang sesuai dengan Rafida. I'm not Hatta Dolmat nak komen lebih-lebih, tapi itulah my view.

Kemunculan Stellar Band benar-benar membuat aku teruja, siapa mereka tu? Mungkin dengan "pengenalan" pertama mereka dengan kedua penyanyi popular, mendapatkan hits yang baik kepada mereka untuk awal pengenalan. Good starting Stellar!

enjoy the song!

Thursday, February 10, 2011

Dari Klang ke Kuala Selangor ke Sekincan! part #3 by shahroll

Thursday, February 10, 2011
As salam to all,


Cerita bersambung dari part #2 makanya, nie last part untuk kesinambungan story about my journey kat Sekincan. Lepas aku shoot siput mentarang kat Sungai Leman, aku dan Paman Aheri balik ke Kuala Selangor untuk solat, mandi,lepaking dan sebagainya. Rumah di support by Paman lah (rumah mak dia).


Transfer gambar dalam lappy comel Paman, then edit pastu load terus lam Facebook. Best dan tak penat pulak nak edit2 bagai lepas shoot, tu lah kate orang kalau dah minat, setel je, kan?


Dalam jam 4.30 petang camtu, kitorang dah sesiap nak ke Bagan Sekincan. Nak shoot sunset katanya. Awan petang masa tu tak best langsung, agak cloudy. Dalam jangkaan, memang sunset tak cantik lah nak shoot. Tapi Paman ada helo2 kawan dia kat area Sekincan dan bertukar shoot sunset tu dengan sesi "meracooon" ND Filter. hhuhu~ layan slow shutter.


Aku yang agak "high" sebab tiupan angin laut, leka tak shoot pon! Al-maklum lah, lama tak layan laut, i mean ketenangan laut. Ramai orang masa petang tu. Anak-anak bermain air, ayah bawa anak kecil, amoi2 dan leng chai pon ade sebab petang raya cina aku pergi sana, penjual aiskrim (look like Pakistani punya orang) dan lain2.. terlalu banyak pulak aku nak taip satu2.. =P


Original pixel can go to: HERE

Tu je la aku shoot. Pakai Nokia C3 je, event kamera bawak aku shoot lain! bukan sunset pon. Pastu, aku ada buat 3gp sket. Ala-ala Vblog la kan, tapi still ada perasaan nerves2 depan kamera to record! Now aku ngah biasa2 kan diri la nie.. =D

Enjoy!!

Ok, tu je nak share ngan korang. For conclusion, outing kat Sekincan bersama Paman memang syOk! Aku mungkin repeat lagi outing nie, but akhir bulan 3 lah sebab tunggu sawah padi naek cantik punya. Boleh bawak model sekali, =D. Ok lah, see ya.. as salam...

Saturday, September 25, 2010

[vids] My friend, Siti Fatimah Ibrahim on Majalah 3 by shahroll

Saturday, September 25, 2010
Salam all! =)


Just mini update about my friend, Siti was interview by Media prima (TV3) on Majalah 3. That's great babe!! =) great building with Lego ha? uhuhu~ aku nak main jugak mende tu!! =D


And you guys, can watch this video. Check it out...~



FYI, what you see in video is what you can see in reality. I was meet-up and borak-ing with her, and she friendly! =) She also is my designer for SHAHROLL PHOTOGRAPHY and SH iMAGE the great great logo! 

Enjoy the movie! and if you want look SFI blog, can visit HERE

salam!

Wednesday, September 08, 2010

[statistic] Blogger.com punya statistik, best? by shahroll

Wednesday, September 08, 2010
Salam all! =D


Baru pas sahur, malas nak tido balik, kang kelewatan nak shoot video kat Shah Alam. Sementara aku turn-off PC aku nie, aku belek2 statistik yang ada dalam feature blogspot nie. Agak2 korang nyer pendapat, ok ke dengan statistik dari blogspot ni?





** semua stat dalam masa sebulan**
sila klik pada image view lebih jelas

Banyak pageview dari cerita aku pada posting Lady Gaga tu ye, korang peminat Lady Gaga eh? ke peminat cerita2 Freemanson ngan Illuminati? heh~ ape le yang best sangat pasal group tu eh? sape ada join, angkat tangan!! =P

2nd popular post pasal contest yang aku buat. Dah habis pon sebab nie bukan contest yang aku pernah buat dulu (AYCE). Mungkin aku akan buat lagi contest AYCE tu k! =D

Fynn Jamal pon menyumbang banyak dalam blog aku nie. Fynn yang mana korang tahu, seorang pemuisi yang cool dan best. Terbaru, ade seorang gadis membuat cover version dalam youtube dan Fynn sebagai komposer lagu nie mendapat "kritikan" pedas dari pendengar pasal lirik yang dikatakan agak kontroversi. Nak baca? g kat SINI

Ok lah, next time aku bercerita lagi. =D nantikan post yang lebih kejam dan keji k! hahaha~ salam...

Friday, July 30, 2010

Who is Noor Ezzreen Abdu Razak? by shahroll

Friday, July 30, 2010
Salam all! =D

Tiba-tiba petang sesyahdu cam nie tershashul nama awek nie ( gelimatt ko nyer slang roll!) yang pasti, nama itu bukan awek aku lah ye. Haha~ aku belek2 baca Kosmo hari nie, pastu suka lah baca kat segmen GenK tu kan, selalu aku clik Varia or Pesona je... huhu~


Source: Kosmo!

Ok, awek bernama Noor Ezzreen Abdu Razak nie bukanlah calon2 Gadis Melayu ke, AF musim 9 ke, mahupun Mentor ye.. Jangan cakap calon untuk Imam Muda sudah! huhu~ jauh sangat tu deq~ Dalam penulisan Khadijah Mohamad Nor, Adek Ezzreen nie ( cet! panggil adek tu..) gemar ber-make-up kat depan lappy (laptop). Erk~ adakah aku salah membaca?? bukan selalu make up depan cermin ke pe?

Opz! jangan cepat membuat andaian.. haha persepsi korang kena kasi tune sikit ok! =D Adek Ezzreen nie suka bagi tutorial kat Youtube dan suka letak dalam Facebook juga. Nak tahu cantik ke tidak cara Adek nie make-up depan lappy, korang leh pergi kat laman Youtube dan carik " Bungayumichi "


Antara video yang Adek nie dah buat...

Wednesday, December 23, 2009

Drama King- MUH feat Black by shahroll

Wednesday, December 23, 2009

Drama King-Meet Uncle Hussain ft Black






Kali pertama aku mengenalimu
Mahu bersama
Raut wajahmu bersih
Meyakinkan hati ini
Aku terpaut


Semua dusta palsu
Aku tertipu
Keperibadianmu
Berubah menurut nafsu


Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu


Lakon layarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi hati upahan
Sampai bila
Kau mahu tersesat
Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat


Mahkotamu Raja Drama


Kau Masih berpura-pura
Kata-katamu hanya propaganda
Mengejar hijau ungu
Mata kelabu
Ini bukan kau yg pernah ku kenal dulu


Panggilanmu gelaranmu
Baruku tahu


Kau bertapa
Bagai maharaja di atas lembah
Lakon layarmu yg terhebat
Memukau mata melihat



** mantap sehh lagu nie.. lirik yang SH bold kan merah tu sememangnya BETUL bukan.. heh~ go for MUH! go for BLACK!! go go go!!

p/s: Black, if u read this, kau leh pergi jauh dow!.. serius..

Thursday, October 08, 2009

Ya ya ya....by shahroll

Thursday, October 08, 2009
Akulah sempurna
Akulah idaman
Aku yang kau cari
Aku yang penuhi
Kau tahu semua itu
Kau pun tak merasakannya
Kau pun tak mengakuinya
Terima saja terima


Menunggu itu bosan
Bosan yang mengusikkanku
Coba saja kau merasakan
Terima saja terima
Apa sih yang kau tunggu
Apa sih yang kau mau
Langsung saja
Coba katakan ya
Coba katakan ya


Coba katakan kau setuju
Kau pikir aku sampai
Kau pikir aku sabar
Langsung saja
Coba katakan ya
Coba katakan ya
Coba katakan ya


layan kat Youtube k.. ade Vc die di SINI


** malam2 buta layan GIGI lah.. fevret band aku from Indonesia... heuehueue..



Regard
Shahrul Hairy Shaharuddin
Shahroll PhotoGraphy Founder ( SA 0105226-X)
YM:shahroll_ery@yahoo.com.my
012-3437359

Sunday, August 30, 2009

Cool Utube by shahroll

Sunday, August 30, 2009




aku belek2 Youtube td.. then jumpe link nie.. sangat cool kan foreigner mengangkat lagu traditional kita?? huhu.. think!!.. ;)

Regard
Shahrul Hairy Shaharuddin
Shahroll PhotoGraphy Founder ( SA 0105226-X)
http://akudankamu.fotopages.com/
shahrollphoto@gmail.com
YM:shahroll_ery@yahoo.com.my
012-3437359