As salam, hello readers...
Hari ni aku tak de kelas BBM110 macam biasa. Semua dok pakat cuti. Aku call lecturer 2 kali tu nak confirm kan balik ada ke tak. Last-last memang tak de pon! Membazir 1 jam di fakulti. Uhhhh!! tapi tak pe lah, petang tadi hujan lebat gila kot.
Korang ada Instagram?
Ape tu Instagram ye? Bagi mereka yang masih tiada akaun Instagram, meh aku cerita sikit. Jaringan social ini menempatkan pelbagai gambar-gambar yang dimuat naik oleh instagramer-instagramer dari seluruh dunia. YA! seluruh dunia komuniti! Satu pasaran yang luas terbentang yang mesti diterokai oleh marketer online yang mana aku perhatikan agak mudah mendapatkan perhatian dari rakan Instagram ini untuk menekan bentuk "love" (seperti LIKE dalam FB)
Bagaimana Instagram berfungsi?
Selepas korang create account dalam mobile phone yang diperkasakan oleh Androids dan jenama Samsung atau sebagainya, maka bolehlah korang memulakan networking korang dengan mencari kawan-kawan yang ada akaun Instagram juga. Lepas tu follow pulak artis-artis yang korang minat macam Lisa Surihani ke, Yusri KRU ke, Norman KRU ke kan?
Konsep "follow" macam korang buat dalam Twitter jugak. Cuma twitter dia fokus on text dan link, betul? Instagram meng-ekspresikan mood,emosi korang melalui gambar. Lebih menarik aku rasa!
Apa kelebihan yang tiada pada social media yang lain?
Personally, aku lebih gemar memuat naik ke dalam Instagram dar Facebook sekarang kerana aku merasakan gambar-gambar yang aku muat-naik ke dalamnya terasa dihargai oleh kawan-kawan yang mengikuti akaun aku. Manakan tidak, walaupun hanya menekan butang "love" (like) cukup membuatkan aku tersenyum puas!
Mana yang tidak follow pon boleh komen, tiada masalah. Dan dari situ aku sedar betapa power nya penggunaan hastag (#) pada setiap gambar yang di load. Dengan hastag yang betul dan tepat, gambar kita berterbangan di dalam dunia Instagram tanpa batasan.
Contoh Instagramer yang dapat kawan-kawan (aku lebih menyebut "kawan" dari followers) seramai 800 lebih yang tak sampai sebulan punyai akaun Instagram;
ID: shahrollphoto
Jom baca Instagram blog! HUHU
enjoy!
No comments:
Post a Comment