As salam, hello readers...
Alhamdulillah, sempat jugak malam ni aku hadap blog untuk update. Selalunya bila hari-hari aku ada kelas, memang tak sempat tapi malam ni Allah berikan sedikit kekuatanNya untuk aku menulis. HUHU! Apa yang sibuk sangat bulan Januari ni?
Aku tatap kalendar Jan, agak tight jadual aku minggu ni rupanya. Kebanyakkan bersangkut-paut dengan event di tempat kerja. Aku sebagai AJK Kelab, dipertanggungjawabkan dalam hal seperti meeting, penyediaan backdrop, susun-atur dan lain-lain. Ada juga event yang clash pada hari yang sama, macam esok (17hb Jan).
Itu kerja-kerja di office.
Lain pula ceritanya selepas waktu office. Semester ni aku ambil paper Event Management, Bahasa Malaysia dan juga Usahawan. Ketiga-tiga paper "nampak" macam mudah, tetapi memerlukan komitmen yang tinggi untuk melaksanakan tugas yang telah diberikan kepada aku.
Contoh,
Dalam kelas Event aku ditugaskan dalam skop Marketing a.k.a more to sponsorship. Dan aku handle sponsor dari segi dana iaitu WANG. Walaupun aku ada background dalam negotiate dalam urus-niaga yang real, ianya tidak mudah juga bagi aku menyakinkan kepada company-company yang aku minta sponsor untuk projek pelajar PLK. That my challenge lah. Harap apa yang aku rancang berjalan dengan lancar.
Selain itu, aku juga running my workshop SOCIAL MEDIA DEVELOPMENT & MARKETING pada bulan FEBRUARI. Hampir setiap hari aku promote di wall Facebook, Twitter, Instagram, Google Plus dan juga LinkedIN. Semua medium social media aku gunakan semaksimum yang mungkin dalam menarik penyertaan peserta (awareness). Youtube saja belum load video promo aku ke dalam channel aku (youtube.com/shahroll)
Jika korang berminat, boleh mendaftar seawal yang mungkin dan lebih baik sebelum 31 Januari kerana bayaran yuran adalah RM100 sahaja berbanding SELEPAS itu dikenakan caj RM150. Kan rugi disitu kalau LAMBAT? =)
Itulah dia kerja-kerja di bulan Januari. Pack kan? janji kita happy apa yang kita lakukan. Kerana kita happy dan enjoy, tak de lah membebankan bagi aku.
Aku lah. Orang lain aku tak taw.
enjoy!
2 comments:
all the best bro!
Bro JMR:
Wahh! so fast u comment ya.. heheh THANKS bro!
Post a Comment