Showing posts with label photo editing. Show all posts
Showing posts with label photo editing. Show all posts

Thursday, May 09, 2013

Photoshop skill: Latar belakang hijau (Oh Mak Kau) dengan tambahan gambar by shahroll

Thursday, May 09, 2013



As salam, hello readers...

Untuk sesi pembelajaran edit mengedit ni kita teruskan dengan gambar yang di shoot berlatarbelakang kan kain hijau atau "green background" yang biasa digunakan untuk menyenangkan para designer untuk mereka bentuk poster filem.

Aku gunakan gambar Syamsul Yusof dari filem OH MAK KAU

Gambar asal

Sebelum nak edit gambar asal diatas, aku nak tanya korang. Apa konsep yang korang nak garap dalam gambar editing korang tu? Apa yang nak ditonjolkan? So, macam aku simple je. Nak buat macam dalam keadaan "Dark" dan "Jahat". Yelah, dalam filem OH MAK KAU, Syamsul ni watak jahat. Dari situ, aku create idea seperti tu.

Bahan-bahan editing kena cari kat Google Image la ye.

Ini antara bahan yang aku gunakan sebagai ganti warna hijau kat belakang tu dan "rencah" lain.

sebagai latarbelakang utama 

yang ini aku ambil warna oren-jingga dia saja

sebagai latarbelakang kedua

Thursday, July 26, 2012

(How to) Duo-tone editing picture by shahroll

Thursday, July 26, 2012


As salam, hello readers...


Duo-tone merupakan salah satu teknik editing yang aku rasa semua orang boleh buat dengan senang dan mudah. Jika bukan dengan photoshop sekalipun, korang boleh dapatkan hasil yang sama.


Disebabkan aku pengguna tegar CS2 photoshop, aku nak ajar korang ilmu yang simple dalam posting kali ni.


Nak tahu pasal lanjut tentang duo-tone, baca kat SINI. Senang cerita, duo ni adalah percampuran antara dua warna asas yang digunakan sebagai latar belakang foto korang.


Contoh?


Aku pakai warna biru campur dengan kuning. Dengan itu, hasil daripada percampuran tersebut dapat dilihat dalam gambar di bawah ini;


warna biru dapat dilihat pada lengan model

Editing aku tak lembut. Masih nampak kasar. So kalau korang nak lembutkan lagi pewarnaan dalam gambar korang, boleh ejas-ejas dalam bahagian [Ctrl+B] ataupun [Ctrl+L]

Cara nak manipulasikan gambar diatas seperti berikut;

1) Buka C2 photoshop. Buka file gambar.
2) Dalam menu bar, pilih> image> Adjustment> Desaturate
3) Selepas tu, sila tekan [Ctrl+J] (untuk copy gambar)
4) Letakkan warna biru (gradient tool) diatas file gambar yang di-copy tadi (opacity 60% - Normal)

5) Compile-kan gambar dengan cara: Layer> Flatten Image
6) Sesudah itu, copy lagi sekali gambar yang sudah diletakkan warna biru
7) Masukkan pula warna kuning (gradient tool) dan opacity 40% - Normal
8) Siap! =)

Selamat mencuba k? Jangan lupa share dengan aku korang nyer hasil kerja.
enjoy!

Sunday, April 15, 2012

Bila mood edit gamba dah datang.... by shahroll

Sunday, April 15, 2012


As salam, hello readers...


Jempot-jempot pisang belum siap lagi. Teh strawberi pon belum siap lagi. Minum petang dah jadi minum malam pulak! keh3.. Sementara menunggu siap semua, aku sempat melampiaskan napsu editing gambar sebentar. Edit 5 minit je! 
Select picca>Select PSD file> Drag>Done!



Erroyaux Denis, Belgium photographer

Aku kenal Erro masa aku pergi shoot kawin 1 Malaysia di Mantin atas ajakan dari Senior photographer, Azhar Ariff. Korang boleh baca post aku dulu kat SINI & SINI

5 minit editing?? judge my work bebeh! =D enjoy...

Tuesday, May 17, 2011

[Edit pic] Sunset at Sepang Gold Coast by shahroll

Tuesday, May 17, 2011


Pagi Selasa peeps!


Selamat hari Wesak kepada yang menyambutnya. Aku dah stay up dekat depan PC sejak dari jam 11.30 malam sampai la waktu sekarang (waktu: 5.00pagi tepat! GMT+8). Mata so fresh dan banyak kerja-kerja tertangguh aku setelkan.


Paling jelas, aku banyak habiskan waktu untuk edit gamba. Beberapa minggu nie, aku ada banyak ambik gambar, dan edit sekaligus. Bukan semua pon aku edit, just mana yang terbaik dari gambar yang diambil aku edit, tu pon minor edit. No need "hard" editing, sebab aku bukan photographic (photo+graphic).


Sebelum aku load gambar2 event Selangorlicious minggu lepas, aku ada buat editing photo sunset aku kat Sepang Gold Coast. Walaupun aku tak menang masa competition hari tu, aku tetap berpuas hati dengan tempat yang disediakan untuk para bloggers+photobloggers shoot the sunset. tempat dia AWESOME!




Untuk gambar sebelum dan selepas, korang leh pergi ke photoblog aku k. Jika ada request for tutorial, aku cuba untuk buat untuk korang. KHAS untuk peminat SH iMAGE. =D


Selamat bercuti umum yow!