As salam, hello readers...
Lama dah tak update. Ke-bizi-an melanda diri ini dengan banyak aktiviti yang perlu aku sertai dan membuat kerja selain sekarang tengah hebat promote KAKEE BZZR yang bakal berlangsung pada bulan Oktober. ALhamdulillah, tugasan mempromosikan event tersebut masih lagi aku handle dengan baik.
stage nak berjaya
Image: Google
Walaupun takde orang bertanya pun pasal nak jadi blogger yang berjaya ni kat aku, tapi saja nak share pengalaman aku menjadi seorang blogger. Bagaimana bermula, di pertengahan, kemuncak dan akhirnya merudum. Eh?
Permulaan:
Memula jadi blogger ni, aku rasa tak ada apa yang best. Awal-awal dulu macam "orang gila" je tulis dalam blog. Siapa nak baca? Aku siapa nak orang baca tulisan aku yang boleh hampir sama dengan blog sesampah yang ada dalam Internet. Apa kandungan utama yang orang sanggup orang klik dan stay baca? Haaa, macam tu lah dulu aku...
Pertengahan:
Masa ni dah banyak event aku pergi. Event blogger paling havoc masa aku join Nuffnang punya event. Masa tu, orang-orang Nuffnang memang best. Siap aku pergi ke office dorang tuk chill out dengan staff. Best! banyak aku belajar dari team Nuffnang ni pasal marketing. Inspired for me la =)
Dari event tu jugak kenal dengan pengendali-pengendali blog yang terkenal macam BeautifulNara, Red Mummy, Hanis Zalikha, Cik Epal, tian Chad dan sebagainya. Dan juga, kawan-kawan blogger yang sesama "naik" dalam bidang penulisan kreatif ini.
Kemuncak:
Aku rasa tak sampai kemuncak lagi, sebab apa? Aku belum rasa pencapaian sebagai blogger ni. Bagi aku, kemuncak seorang blogger tu dapat diukur dengan pencapaian kedatangan pelawat blog yang tinggi, rating blog dalam PR rank, Alexa rank dan juga berapa banyak sponsorship yang boleh didapati hasil dari penulisan di blog. Itu bagi aku. Mungkin bagi orang lain berbeza pulak
Aga-agak aku perlu ke nak tulis pasal "merudum" tu? HAHA!
enjoy!
No comments:
Post a Comment