As salam, hello readers...
Gambaran di bawah ni aku ambil dalam page Facebook. Suka dengan kategori yang dikongsikan, aku pun share lah disini. Mungkin selama ni kita rasa kita nak berubah dari makan gaji ke berniaga sendiri, betul? Ada korang fikirkan risiko yang bakal dan sedang di hadapi?
4 kategori (E,S,B,I)
Kebanyakkan dari kita (mungkin ada readers dalam blog ni yang berniaga sendiri) adalah pekerja bagi sesebuah syarikat tempat kita bekerja. Senang cerita, makan gaji lah. Tetiap bulan dapat gaji yang fixed (setakat yang aku tahu) dan kerja yang rutin. Betul? Mungkin ada yang mulai rasa bosan dan tekanan yang nyata.
Hilang "kenikmatan" kerja sebenarnya.
Seterusnya adalah bekerja sendiri. Aku melihat di sekeliling aku, orang yang bekerja sendiri tidak terikat dengan masa bekerja. Jika orang bekerja 8 jam, orang yang bekerja sendiri LEBIH masa kerja dalam 10 hingga 11 jam sehari. Kerja kuat ini disebabkan desakan atas alasan yang tertentu. Mencari peluang yang lebih cerah dari makan gaji tadi.
Lagi 2 kategori tu aku tak payah cerita kot? Korang dah cukup umur nak tafsirkan lagi 2 golongan di atas.
Kita di mana? Untuk 5 tahun ke hadapan?














