Showing posts with label my though. Show all posts
Showing posts with label my though. Show all posts

Sunday, September 08, 2013

Adakah mempunyai blog mampu menjana peningkatan penjualan? by shahroll

Sunday, September 08, 2013



As salam, hello readers...

Tajuk dah macam ayat dalam TV. Seriusli. Entah macam mana boleh dapat idea nak letak tajuk tu. Mungkin 2-3 hari ni aku mendapat "ilham" setelah berhempas pulas menyiapkan kerja-kerja tertunggak. Rakan-rakan dalam whatsapps juga banyak membantu dalam penyumbangan idea berkenaan.

Soalan berbentuk begini agak panjang lebar untuk ditulis. Tapi, kalau bercerita dari sisi pengalaman aku sendiri, mungkin boleh jadi korang nyer guideline dalam handling blog dan social media yang lain.

Aku bermula dengan penggunaan Fotopages masa mula-mula memasarkan perkhidmatan fotograpi. Agak lama juga sebelum menggunakan Wordpress dan juga blogspot. Masa tu memang banyak eksperimen dengan site-site yang membantu aku untuk meningkatkan sale.

picture: Google Image

Masa tu Facebook tak popular lagi. Apatah lagi Twitter dan Google Plus.

Maka, inisiatif sendiri untuk push harder dengan apa yang ada. Contoh senang, masa kegemilangan Myspace, ramai menggunakan Myspace untuk market kan music-music Indie, btol? And now kebanyakkan pemusik Indie berpindah ke SoundCloud tak pon Youtube.

Mencari crowd.

Sekarang bila dah naik medium blog, maka fokus dan usaha mula kearah blogging. Seriusli dulu aku rasa macam "entah apa-apa" bila taip post by post tanpa hiraukan statistik. Sekarang, bukan setakat nak naikkan stat je, nak tulis tajuk pon kadang-kadang fikir banyak kali.

Bagi aku, bila menggunakan di tempat medium yang betul, crowd yang ramai Insyaallah sale itu ada tapi tak banyak. Suka aku ingatkan yang benda-benda ni semua hanya "tools" untuk awareness untuk orang ramai tahu perkidmatan dan bisnes korang. Selebihnya terpulang kepada viewers untuk menilai.

"Jika tiada alatan yang sesuai digunakan, hapuskan saja"- SH

enjoy!

Tuesday, August 27, 2013

Tips: Tawar hati pada suami bagaimana mengatasinya? by shahroll

Tuesday, August 27, 2013



As salam, hello readers...

Baru balik dari Damansara berjumpa dengan kawan BTN yang lalu. Berjumpa di McCafe Mutiara Damansara. 1 kali minum Latte dan 2 kali air Sprite. Nak tahan mengantok. Aku dengan tak cukup tidurnya, gagahkan diri untuk ke sana. Tapi Alhamdulillah, semuanya OK.

Aku tertarik dengan 1 artikel permasalahan dalam forum Halaqah ni, apa masalah dia?

Baca SINI.

Aku suka dengan jawapan dari forumer lain iaitu;

Banyakkan beramal:
1. Astaghfirullahhal'azhiim, allazi....wa atubu ilaih (yang panjang), yang pendek astaghfirullahhal'azhiim, wa atubu ilaih (100x/1000x)..istiqamah setiap hari...sambil beristighfar, kena ingat akan semua dosa-dosa terhadap Allah dan manusia..sejak akil baligh sampai sekarang.
2. Selawat..Allahumasolli'ala muhammad (100/1000x)..istiqamah...Bila beramal selawat, jaga aurat baik-baik, seluar panjang pun pakai di dalam aje.. jangan mandi telanjang, jangan marah kecuali marah yang hak..
3. Lahaulawalaquwwataillabillahil'aliyyil'azhiim (100x)..istiqamah kan..tertutup banyak pintu bala bencana..
4. Mandi taubat setiap hari, baca istighfar sambil menjirus air atas niat dosa-dosa anggota zahir dan batin.. 8 anggota mata,telinga,hidung,mulut,tangan,perut,kemaluan,kaki, anggota batin-hati,akal fikiran, nafsu..istiqamah..
5. Solat sunat taubat..juga setiap hari..
6. Tadarus quran...paling kurang 1 'ain..pun kena istiqamah..
7. Buat solat hajat setiap hari, lepas salam terus sujud dan mohon kepadaNya..(nak cantik, buat semua solat sunat yang hukumnya muakkad)..pun kena istiqamah...
Insya Allah...
picture: Google Image


Firman Allah;
"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." (2:153)

bersabarlah...

Thursday, August 22, 2013

Officially 26 years old? by shahroll

Thursday, August 22, 2013



As salam, hello readers...

Pertamanya, syukur kepada Allah S.W.T yang masih mengizinkan aku hidup dan bernyawa sehingga umur mencecah 26 tahun ni. Alhamdulillah, bertambah setahun lagi usia aku yang sedang menginjak ke alam "dewasa tua". Sebab, umur atas 25 tahun dah dikira dewasa tua ok?

Ok lah, semakin matang? HAHA!

Terima kasih pada yang WISH besday aku di dalam Facebook ya? terima kasih juga kepada orang-orang yang INGAT tarikh lahir aku ni walaupun aku dah "hide" date tu dalam FB. Sekali aku tengok tak ter-hide la pulak! dangggg... rupanya ramai lagi yang sama tarikh lahir aku dalam friendlist FB. HUHU! *exited!*

Apa yang aku ingin capai untuk umur 26 tahun?

#1- Mencuba pelbagai perniagaan yang baru, yang masih banyak belum diteroka. Perniagaan yang masih berlegar-legar dalam minda aku, Bakso atau Ikan Bakar?

#2- Teruskan agenda yang sedia ada macam tugas seorang blogger official dan tak official, photographer sambilan, tenaga pengajar di Kolej Komuniti dan lain-lain project based on contract.

#3- Mungkin nak berkahwin? Bertunang? Ok, itu sama-sama kita tunggu! hehe..

#4- Ingin memiliki sebuah rumah sederhana walaupun harga rumah semakin gila sekarang ni. Insyaallah, rezki Allah luas!

#5- Memantapkan diri dengan ilmu-ilmu agama (Insyaallah), ilmu-ilmu kehidupan dan sebagainya (janji bukan ilmu sesat/hitam)

#6- Menjadi anak/abang/kawan/kekasih/masyarakat yang berguna pada bangsa, agama dan yang terpenting kepada negara, Malaysia!

#7- Kumpulkan wang sebanyak RM30,000 dalam masa setahun! tiada yang mustahil!

Lain-lain?

nak ni... 

dan ini!! hahahah....

enjoy!


Wednesday, June 06, 2012

kereta untuk blogger @ pengamal media sosial by shahroll

Wednesday, June 06, 2012

As salam, hello readers...

Kereta sekarang telah pun menjadi satu kemestian untuk semua orang. Kira barang keperluan lah. Bukan kemahuan. Dengan kereta lah anda pergi ke sana ke mari untuk melaksanakan tugas dengan sempurna. Kereta juga sering dikaitkan dengan status seseorang, benarkah?

Jika jawapannya tidak, itu tafsiran masing-masing. Bagi aku, kereta memang melambangkan "status" seseorang dari kategori mana orang itu datang.

Contoh senang, orang pakai kereta BMW adalah orang kaya. Berduit. Simple thing. Dan orang yang pakai kereta-kereta jenis lama, 10-20 tahun yang lepas, dikira sebagai orang yang tak berduit atau bahasa biasanya "sengkek"

Kereta admin suatu hari nanti.. Ameen!

HAHA! maaf. Imajinasi agak kuat malam ni. Sekuat rasa kopi yang aku beli dekat 7-Eleven di Mid Valley lepas aku tengok Madagascar 3. Lawak cerita tu. Tak bosan. Sesuai untuk kanak-kanak. Ok, bagaimana pula kalau aku katakan, ada kereta khas untuk BLOGGER? PENGAMAL MEDIA BARU?

Sudah semestinya ADA!

Kereta seorang blogger/pengamal media baru dilengkapi dengan kelajuan internet bertaraf tinggi sehingga mencapai 20Gb upload speed dan unlimited download. Tak cukup dengan itu, dilengkapi pula dengan 32' inci LED dari jenama LG untuk pencarian jalan (Google Map daa..)

Lagi?

2 biji laptop, kiri dan kanan di seat belakang memantapkan lagi kerja-kerja seorang bloggers bertaraf international. Ini perlu kerana, jika 1 biji laptop rosak ataupun "hang", maka pem-blogger no.2 akan memainkan peranan mengawal blog/Fan pages Facebook untuk menjawab segala komen-komen yang dilontarkan oleh peminat-peminat mereka.

Lebih selesa lagi, seorang blogger professional dibayar mengikut ranking blog mereka kendalikan. Let say blog yang mereka kendalikan berada di rank Page Rank 3 (Google) maka bayaran yang selayaknya diterima adalah USD30,000 atau lebih. Sesuai dengan tahap kecekapan (PTK) bagi seorang blogger.

Lagi?

Dah tak de lagi. Aku merepek tahap super saiya dah ni. Nak tengok kereta yang aku maksud kan tu? Jenis apa aku tak tahu lah sebab aku jumpa gambar ni dalam internet. HAHA! Layan...

taadaaaaa!!! HUHHU!! serius best dow!


Harap orang buat kereta jenis macam ni punya spec ye?
enjoy!

Wednesday, December 07, 2011

Apa pekerjaan yang paling SUSAH dilakukan? by shahroll

Wednesday, December 07, 2011


As salam, hello readers...


Lari dari mood semalam. Aku susah nak "pulih" dari keadaan normal bila sesuatu "absorb" secara total dalam diri. Ecceh! Macam kena sawan pulak! Tak delah, just mood "Ombak Rindu" tu still terngiang-ngiang lagi sampai sekarang (sebab pasang Youtube).


Setiap hari orang berfikir. Tak berfikir tu namanya orang ada masalah mental la kot?


Tak mau bagaimana cara korang berfikir, itu suka hati korang lah. Banyak cara orang berfikir dan yang pasti tak semuanya sama, tak semua sependapat. Kalau semuanya sama je, bosan jugak. Tak de variety dalam hidup.


Setakat bercanggah pendapat tu biasa lah, adat kehidupan. Tapi kalau dah berlebihan, pada aku itu tka wajar. Sama sekali.


Sebab tu berfikir pekerjaan yang paling susah!



enjoy!