Showing posts with label paypal. Show all posts
Showing posts with label paypal. Show all posts

Wednesday, July 15, 2015

Bagaimana mengeluarkan wang dari Fiverr ke akaun bank tempatan? by shahroll

Wednesday, July 15, 2015



As salam, hello readers...

Mesti korang tertunggu post entry ni kan? HEHE! pasal duit, siapa tak nak kan? Ok, kali ni aku nak cerita kan bagaimana korang boleh dapatkan duit yang telah korang kumpulkan di dalam akaun FIVERR dan dipindahkan ke akaun bank tempatan? Bank tempatan ni macam bank Maybank, RHB, CIMB dan lain-lain la ye.

Untuk contoh, aku pakai Maybank sebab akaun Paypal aku daftarkan guna akaun Maybank

Sebenarnya aku dah cerita dalam post entry: Bagaimana Paypal bayar duit dari Fiverr? tapi aku remind balik dengan post entry yang baru

Bagi mereka yang 1st time datang sini, baca pasal FIVERR kat sini

akaun Paypal aku

Perhatikan kotak yang aku merah kan dibahagian bawah. Itu adalah hasil aku withdraw dari akaun FIVERR ke Paypal. Masa ni duit korang masih lagi berada di awang-awangan. Kebiasaannya Fiverr laju hantar duit ni. Tak sampai 24 jam pun!

*Jangan tengok figure money tu, ciputtt je...*

Then, korang tengok pula kotak yang aku dah oren kan. Duit korang dah cukup haul nak dikeluarkan dari Paypal ke akaun bank tempatan. Minima pengeluaran adalah sebanyak 10 dollar. Maka, baki aku dalam Paypal ada sebanyak USD19.60 aku keluarkan USD19.

Aku withdraw sebab nak test, betul ke tak betul Fiverr ni. HEHE! Suka aku ingatkan, urusniaga korang tadi Paypal akan tolak RM3.00 sebagai caj/upah transaksi. Kalau korang keluarkan melebihi RM400, dorang tak kenakan caj.

4 GiG aku yang ada di FIVERR

hope mendapat manfaat! 



enjoy!



Thursday, June 04, 2015

Bagaimana Paypal bayar duit dari Fiverr? Ini caranya! by shahroll

Thursday, June 04, 2015



As salam, hello readers...

Untuk bacaan berkaitan FIVERR boleh klik label FIVERR ya? Ok, selepas korang berhempas-pulas membuat kerja freelance di FIVERR, bagaimana korang nak memunggut hasil dari sana? Pakai bank biasa ke? pakai cheque ke?

Jawapan:
Guna Paypal!

Ada 2 cara untuk withdraw duit. Satu guna Paypal dan satu lagi Fiverr Revenue Card. Tapi aku suggest kan kat korang, guna Paypal senang sebab Paypal korang tu dah sesiap link dengan bank tempatan kan? Macam aku guna Maybank link dengan Paypal


screen shot: Pembayaran Fiverr

Aku cuba withdraw USD19 dari akaun Paypal aku setelah FIVERR membayar perkhidmatan aku. Kena tunggu seminggu selepas client korang membuat pembayaran kepada FIVERR

enjoy!




Monday, August 06, 2012

Kenapa best ada Paypal? by shahroll

Monday, August 06, 2012

As salam, hello readers...

2 hari lepas, aku ada menerima 1 email dari luar negara (USA) yang datang dari sebuah syarikat penjualan scrap-book dan lain-lain services (program Affiliate). Aku baca terma dan syaratnya. Agak menarik. Lebih menarik, bayaran untuk "Post Review" dibayar sekitar $20. Bagus tak?

Pembayaran selalunya menggunakan 1 medium online bank yang dipanggil "Paypal". Memang dah lama aku tahu akan hal ini, tapi buat tak endah je. Now, senang sebab dah ada akaun paypal sendiri. 

Kalau korang nak tahu, company luar negara memang suka bayar pakai paypal. Tak susah mana nak register akaun nya, tak sampai 5 minit siap.

Apa yang boleh dibuat dengan akaun paypal ni? Baca SINI.

paparan akaun Paypal aku...

Untuk tutorial buka akaun Paypal, korang boleh baca posting dari rakan blogger  Zie Fauzi : Cara Buka Akaun Paypal. Agak panjang postnya, tapi kalau korang  nak belajar, tak de hal punya. Setelah akaun korang berjaya dibuka, terpulang pada korang nak "verified" akaun tu atau tidak. 

Aku memilih untuk "Verified" akaun aku dengan Debit Card Maybank. Dan proses ini melibatkan RM10 akan ditolak dalam akaun Maybank. Tapi lepas paypal bagi 4 digit no untuk pengesahan akaun korang, paypal pulang balik RM10 ringgit tu.

like this...

Sekarang dengan adanya akaun paypal ni, aku boleh membeli belah dari mana-mana shopping online. Tapi aku nak buat "stok" je. Maksud aku, duit atas talian. Simpan duit dari hasil blogging di sini. Best kot?

enjoy!

Wednesday, August 18, 2010

Kad-prabayar Paypal | Berbelanja Online by shahroll

Wednesday, August 18, 2010
Salam all! =D


Siapa suka shopping?? Sila angkat kaki.. hahaah~ korang semua kalau pasal shopping, perghh.. cepat aje.. =P. Ok, nie ada benda best untuk korang yang suka bershopping pakai online. Sekarang company MOL ada buat kad prabayar Paypal owh!.. Best kan?


**source: Google

Nah! Korang leh dapatkan kad nie kat 7-Eleven yang berdekatan ngan korang. Harga RM15 je untuk kad prabayar nie. Aku pun balik rumah singgah jap kat 7-E usha-usha kad nie gak. Mudah lah nanti aku nak beli barang kat E-bay ke, Amazon.com ke.. huhu~ terbaekkk!

Bagi aku, kad nie sama macam Kad kredit Nex-G dari Ambank. Yang nie dia attach dengan EON Bank. But aku lagi suka yang nie sebab MOL attach sama Paypal, yang pastinya worldwide penggunaanya.

Korang leh pergi kat LINK nie untuk maklumat lanjut pasal faedah nyer,nak apply kad nie cam mana dan sebagainya. =D


Aku nak beli, korang?