Showing posts with label film review. Show all posts
Showing posts with label film review. Show all posts

Saturday, May 23, 2015

The Transporter 1: Mega movie di TV3 by shahroll

Saturday, May 23, 2015



As salam, hello readers...

Jumaat malam sabtu memang jarang aku tengok TV3 jam 10 untuk slot Mega Movie. Entah apa yang aku rasa nak tengok sangat dan masa yang sama, aku nak rest kan badan dan minda selepas mengharungi 1 minggu yang panjang. Letih woo!

Aku tengok The Transporter 1

Flashback balik movie ni sebab aku layan The Tranporter 3 dan masih mengekalkan John Statham sebagai hero. Aku memang minat dia ni berlakon dari pelakon yang lain untuk fraincais filem ni.

Shu Qi pun cute! Lama tak nampak dia ni berlakon mana-mana filem lain. Ke dah kaya kot, tu pasal tak berlakon lagi. HAHA!


enjoy!

Wednesday, July 30, 2014

Filem TEMBUS: Ahmad Idham "lari" dari kebiasaan? by shahroll

Wednesday, July 30, 2014



As salam, hello readers...

Selamat hari raya yang ke-3 hari ini. Alhamdulillah, dah beraya bersama mereka yang dikampung dan saudara-mara, kini kita kembali ke rutin yang biasa la eh? Ada yang dah masuk ke kantor (pejabat) esok hari, ada yang memulakan kerja seawal hari raya ke-2 lagi kan?

Apa pun, selamat kembali bekerja kepada semua...

Ok, sorotan dari post filem tembus tempoh hari, aku membawakan personal review semasa aku menonton filem ini di pawagam. Filem Tembus telah ditayangkan pada 28 Julai 2014!


Review:

#1- Pengarahnya, Ahmad Idham menggunakan strategi pemasaran filem ini dengan menggabungkan pelakon-pelakon hebat dari Malaysia (Fazura), Singapura (Aaron Aziz) & Indonesia (Luna Maya) sebagai daya tarikan. Dan, aku rasakan taktik ini untuk jangka masa yang panjang dalam pemasaran filem-filem rumpun Melayu.

#2- Jalan cerita? mengisahkan sang suami yang sanggup jadi "orang suruhan" isteri yang berjaya lagi kaya. Ini kisah realiti yang wujud di kalangan masyarakat kita sekarang. Walhal, lelaki atau si suami adalah tonggak utama dalam sesebuah keluarga

#3- Idham cuba "lari" dalam strok pengarahannya yang sinonim dengan filem-filemnya sebelum ini yang TIDAK ADA dalam filem tembus. Dengan buah fikiran yang dikongsi bersama rakan baiknya iaitu Khir Rahman dan digabungkan dengan penulis skrip terkenal iaitu Siti Jasmina, filem ini berada dalam kelas yang terbaik!

#4- Pemilihan pelakon yang tepat seiring dengan perwatakkan yang diberi, cukup jelas disini dari awal lagi sudah ada gerak-kerja yang teliti dalam penghasilan sesebuah filem. syabas!

#5- Ada sedikit penambahbaikkan yang boleh Ahmad Idham buat untuk part akhir untuk filem tembus ini. Atau mungkin ada kesinambungan atau prequel seperti lazimnya? kita nantikan...

Secara keseluruhannya, filem tembus boleh di rate kan 4 out of 5 star. Boleh tengok filem ini dengan mesej yang sarat dengan permasalahan dalam hubungan suami isteri, hubungan sesama anak dan yang lebih penting, bagaimana mengekalkan sesebuah perhubungan itu tanpa ada orang yang ketiga? itu yang dibongkar dalam filem TEMBUS!

enjoy...

Sunday, July 13, 2014

Filem TEMBUS by shahroll

Sunday, July 13, 2014



As salam, hello readers...

Khamis yang lepas, aku sempat pergi menonton filem TEMBUS arahan pengarah ber-style Ahmad Idham Nadzri bersama rakan media yang lain. Terima kasih kepada pihak Excellent Pictures yang sudi memberikan ruang kepada pengkritik filem terutamanya blogger yang tidak terikat dengan mana-mana publication. Jika filem anda BAGUS, nantikan reviewnya.


Sinopsis;
Kisah sepasang suami isteri (Aaron Aziz & Fazura) memiliki segala kemewahan, kejayaan duniawi sehingga terlihat kesempurnaan mereka sukar ditembusi anasir luar, namun rupanya tanpa sedar ada riak diri segala perancangan hidup sang isteri buat keluarga, mewujudkan lubang kecil untuk dugaan besar menembusi dengan membawa lari satu-satunya zuriat pengikat kasih mereka

Ketika itu, doa dan cinta sejati mampu menewaskan segala dugaan.

Video promo;


Gambar;






Info Filem TEMBUS,

Klasifikasi: P13
Durasi: 90 minit
Terbitan: Excellent Pictures (filem ke-13)
Penggambaran: 16 hari
Lokasi: sekitar Kuala Lumpur
Tayangan: 28 Julai 2014
Format: Digital
Hastag: #tembus
Twitter: @ExcellentPic_MY
Arahan: Ahmad Idham Nadzri
Skrip: Siti Jasmina


Tuesday, February 18, 2014

Review: Filem Sejoli

Tuesday, February 18, 2014



As salam, hello readers...

Berkesempatan menghadiri Gala Night Sejoli baru-baru ini di eCurve, sedikit sebanyak dapat berkongsi dengan korang semua tentang filem terbaru arahan dari Osman Ali. Adakah filem ini masih mengekalkan ciri-ciri "Osman Ali" seperti Cun, Ombak Rindu atau Anak Halal? Sama-sama kita baca review yang aku sediakan

Review

#1- Genre "Romantik Komedi" menjadi taruhan dan berlatar-belakangkan Phuket sebagai lokasi utama penggambaran. Mengapa lokasi disana dipilih? Osman Ali berkata, "Kita memerlukan lokasi yang romantik serta santai. Dan Phuket ada ciri-ciri yang kita mahukan"

#2- Gandingan Bront Paralae bersama Maya Karin memang nampak serasi dan lakonan sungguh natural! Salute!

#3- Izara Aishah walaupun masih status pelakon "hijau" dikalangan pelakon-pelakon lain, namun hasil lakonan yang diberikan tidak menjejaskan keseluruhan filem Sejoli

#4- Dalam temuramah singkat, Izara sebenarnya telah memasuki kelas lakonan bersama Osman Ali untuk membawa wataknya di dalam Sejoli. Karakter "gedik tapi tak annoying" diakui sukar untuk Izara Aishah.

#5- Post-Produksi dari ChillyVanilla Studio Post membawakan suntingan yang segar dan baik. Dengan sedikit campuran motion graphic, membuatkan filem ini sesuai dengan temanya "cinta & komedi"

#6- Adakah filem ini hanya tertumpu kepada pasangan bercinta sahaja? Aku jawab, tidak. Disamping membawa mesej cinta, Osman Ali juga secara tidak langsung membawa mesej "Percaya"

#7- Percaya bermaksud, korang akan lihat bagaimana peranan sifat percaya itu mampu menghancurkan atau mengharmonikan sesebuah perhubungan ataupun sesama kekeluargaan, jika kita kaitkan dengan ikatan sebuah keluarga.

#8- Azad Jasmin, tak perlu aku kenalkan kat korang. Dia memang kelakar walaupun diluar set. Tapi dalam filem, kelakar dia memang best. Tak dibuat-buat lawaknya even dia sebenarnya tak melawak pun! Slang Penang dia kta seronok nak dengar! Penghibur dalam filem ini, tahniah bro!

#9- Secara keseluruhan, rate bagi filem ini adalah 4 out 5 star dengan tahap kepuasan terbaik. Janji beli pop-corn dengan soft-drink, lagi meletop menonton, Ok?

Antara babak yang aku gelak sakan!

Itulah antara review yang aku boleh sampaikan dalam pemahaman aku sebagai penonton filem. Mana cerita part teknikal? Sudah aku cakap dalam post-post lepas, aku tak kan sentuh part itu. Yang aku tahu cerita tu best ke tidak dan bagaimana pelakon-pelakon itu membawa watak lakonannya, that it! =)

Sinopsis
Sejoli mengisahkan Gina (Maya Karin) dan Joe (Bront Palarae) mencari ketenangan di Phuket selepas mereka kecewa dengan pasangan masing-masing. Mereka tidak mengenali satu sama lain tetapi menjadi kawan baik selepas meluahkan masalah cinta yang mereka lalui sebelum ini.-Infotaip blog

Gambar

Selfie bersama Izara Aishah selepas press conference

Izara diwawancara dengan wartawan "Bikin Panass"- Zuan!

Saturday, February 15, 2014

#SejoliGalaNight great ever screening movie @ eCurve Damansara by shahroll

Saturday, February 15, 2014



As salam, hello readers...

HAVOC! itu yang terpacul dari mulut aku bila sampai je kat eCurve sebab ramai gila fans, crews, media dan blogger nan-hado cam aku ni datang memeriahkan suasana. Dah menempuh jammed plus hujan area KDU, memang double like la kan? Aku sampai on-time dan terserempak sekali dengan Azad Jasmin dengan kawan dia. Next, aku collect tiket di table counter

BIG THANKS kepada Grand Brilliance yang sudi jemput aku ke majlis gala untuk filem SEJOLI arahan saudara Osman Ali yang terkenal dengan naskah-naskah filem yang bermutu lagi meletop serta pecah panggung! Adakah SEJOLI senasib dengan OMBAK RINDU kutipan? tunggu dan lihat!

SEJOLI: MISI CANTAS CINTA

Dibarisi pelakon popular dan berkaliber seperti Remy Ishak, Bront Palarae, Izara Aishah, Maya Karin, Azad Jasmin dan Dira Abu Zahar. Sebanyak 3 hall pawagam dibuka kerana kebanjiran peminat dan penaja Inner Shine yang begitu ramai sekali kehadirannya. Luar biasa!

Rakan-rakan artis juga datang memberikan sokongan padu terhadap filem Melayu tempatan seperti Datin Paduka Ummi Aida, Karl Shafek, Wak Doyok, Yana Shamsuddin, Mat Saja dan lain-lain lagi. HAVOC!

Menghancurkan sebuah perkahwinan, berjayakan mereka?

Tunggu post entry akan datang!

sempat lagi ber-selfie dengan Tuan Pengarah, Osman Ali yaw!


Tuesday, January 28, 2014

Preview filem "LAGA" by shahroll

Tuesday, January 28, 2014



As salam, hello readers...

Setelah 5 hari tayangan filem LAGA ini, baru aku "berani" nak keluarkan review based on aku punya pengalaman menonton pra-tonton. Bukan cerita ni tak best ke hape, cuma aku rasa filem ni target market untuk orang-orang dewasa dan veteran, tapi filem yang mempunyai mesej yang banyak sekali dengan masyarakat khasnya Melayu.

Review:

1) Mesej "laga" yang dimainkan oleh Hasan laga dalam filem ini mencerminkan realiti masyarakat Melayu itu sendiri yang cenderong untuk mempergunakan orang lain untuk mencapai matlamat peribadi. Ini cukup jelas dan nyata

2) Pelakon filem Indonesia, Tyas Mirasih agak keras dan seperti baru berlakon 1 filem. Mungkin gementar berlakon di Malaysia?

3) Karakter Ayu (Marsha) tak ubah seperti geisha tapi ini dalam versi filem Melayu. Maaf cakap, keadaan berkemban memang sangat popular di zaman dulu-dulu rasanya?

4) Nasir Bilal Khan yang memainkan watak orang kaya dan gatal, berjaya memikat hati aku sebab susah aku nak singkirkan watak "Tok Adi" yang dah melekat kekal dalam kepala otak aku ni

5) Syazwan Zulkifli adalah watak pembantu tetapi gaya persembahannya lebih dari itu. Nampaknya, tiada keseimbangan antara watak utama dan pembantu dalam filem ni.

Part-part teknikal aku tak sentuh, yang aku sentuh hanyalah plot dan juga watak. Aku malas nak cerita pasal teknikal sebabnya aku rasa mereka lebih arif pasal tu. Yang mereka jual hanya "cerita". Tanpa cerita yang menarik, kutipan filem dorang kompom hancus!

Gambar bersama pelakon filem LAGA;

bersama Ayu (Marsha Londoh)

blogger nienashah bersama idolanya, Syazwan Zulkifli

Bersama pelakon Indonesia, Tyas Mirasih

Otai lagi berbisa, Wan Hanafi Su!

enjoy!


Friday, January 10, 2014

Gambar dan lagu tema filem "LAGA" by shahroll

Friday, January 10, 2014



As salam, hello readers...

Menjadi penonton filem dan menjadi pengkritik filem adalah perkara yang berbeza bagi aku. Mungkin, kalau jadi penonton biasa, tak kisah sangat pasal part teknikal yang kadang kala "terkucil" dalam produksi sesebuah filem tu kan? Tapi lain pula jadinya kalau jadi pengkritik. Hatta kalau fade in fade out pon jadi isu! HAHA!

Ok lah, malam ni aku kasi tengok gambar je dulu ye? Next post aku akan review this film! Sungguh, filem LAGA is masterpiece


awek yang jaga kaunter Media agak cun.. HAHA!

Hyper Act dan Asmidar buat persembahan sebelum tayangan perdana
OST filem ni "Sembunyi Rahsia" sedap! 1st time dengar aku dah suka...

bersama pengarah filem LAGA, Abang Ismail Yaacob! Tahniah abang IY hasilkan arahan yang berkualiti...

Behind The Scene!!

Tyas Mirasih & Syazwan


Marsha Milan Londoh
more photos: HERE

OST filem LAGA "Sembunyi Rahsia
Asmidar feat HyperAct 


enjoy!


Wednesday, January 01, 2014

(review) Filem "Balistik" bernilai RM3 juta kos pembikinan? Apa yang menarik? by shahroll

Wednesday, January 01, 2014



As salam, hello readers...

Pembukaan lembaran baru 2014 aku mulai dengan membuat review filem yang bakal muncul di 60 pawagam seluruh Malaysia, Balistik. Menampilkan hero Malaya seperti Rosyam Noor dan Adi Putra disamping pelakon wanitanya yang cantik jelita, Rita Rudaini.

Official poster
sumber: Google

Aku belum tonton filem ni. Aku hanya mendapat informasi filem tersebut melalui surat khabar dan aku keluarkan point-point penting dalam penyampaian wartawan menulis di akhbar. So, review ni based on reporter tu punya view lah. Actual review lepas aku tonton filem ni ok?

RM3 juta kos pembikinan, mahal?

Kos semakin lama semakin naik. Itu belum dicampur dengan kos-kos promosi filem lagi kot? Memang filem-filem Melayu sekarang GAH dengan kos pembikinan, tetapi pulangannya? Pulangannya pula kadang-kadang bagus-kadang-kadang tidak.

Ok, bukan nak debat pasal kos ya, itu penerbit punya hal. So, apa cerita BALISTIK ni eh? Filem aksi semata atau ada cinta-cinta meleleh macam biasa kita tonton?

Menurut sumber, filem ni bukanlah aksi (action) semata-mata tetapi disulami dengan cinta. (Aksi+Cinta= typical) dan aksi tersebut di-import dari Hong Kong. Patut mahal, import maa... HAHA!!

Disebabkan Rosyam berlakon, aku dapat rasakan filem ni aku akan ter-influence dengan KL Gangster 2. Aku sampai sekarang belum "padam" watak Tailong tu... chett!

Pelakon popular Cina Malaysia, Jack Lim turut bersama-sama berlakon dalam Balistik. Ok, aku dapat terima kalau filem aksi ni ada pelakon dari pure Cina. Nampak macam filem Hong Kong, tui ma? (betul tak?)

Korang boleh baca dekat sini gak: Cinema Online

enjoy!


Thursday, December 19, 2013

Cinderella Hanya Ditayang Di Pawagam sahaja?? @ExcellentPic_My @NelydiaSenrose by shahroll

Thursday, December 19, 2013



As salam, hello readers...

Pengarah, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, telah mengambil keputusan untuk menayangkan filem arahan terbarunya, Cinderella, hanya di pawagam-pawagam, bermula 19 Disember ini.

Dibintangi Fizo Omar, Nelydia Senrose, Kamal Adli, Erin Malek dan ramai lagi, filem terbitan ke 11 Excellent Pictures ini, akan ditayang di 60 pawagam seluruh Malaysia.

Mengulas mengenai perkara ini, Ahmad Idham berkata, ianya merupakan satu langkah drastik yang perlu diambil, bagi memastikan survival industri filem tempatan yang kini bergelumang dengan masalah cetak rompak.

“Saya perlu mengambil langkah pencengahan, dan ini merupakan mekanisma yang diambil untuk melihat keberkesanan langkah pencegahan tersebut” kata Idham dalam nada yang tegas.”

Anda ingin tahu betapa serius masalah yang kami hadapi selaku penerbit? Sekarang ini, pengeluar DVD asli sendiri tidak percaya dengan pasaran untuk DVD, akibat gejala cakera padat cetak rompak. Ini terbukti dengan mereka membeli hakmilik pengeluaran DVD pada harga yang rendah iaitu sekitar RM 20 hingga RM 30 ribu sahaja. Ianya harga yang rendah dan tidak munasabah dengan apa yang kami usahakan. Yang jadi mangsa gejala cetak rompak adalah kami!,” luahan Idham bila ditanya betapa seriusnya kesan gejala cetak rompak kepada industri filem tempatan. 

“Tambahan lagi, saya sebenarnya cukup terkilan, kerana industri cetak rompak mengaut keuntungan lebih besar, berbanding industri perfileman kita sendiri. Kerana itu, kita harus mengambil langkah cukup drastik, untuk membendung gejala ini,” kata Idham

Terang Idham lagi, “Kebiasannya, sesebuah filem yang sudah selesai ditayangkan di pawagam selepas dua atau tiga minggu, akan ditayangkan di platform lain seperti DVD mahupun siaran televisyen berbayar. Jadi mulai detik itu, penerbit filem mula berhadapan dengan masalah cetak rompak.”

Tuesday, December 03, 2013

Warkah Cinta Cinderella 2013 by shahroll

Tuesday, December 03, 2013



As salam, hello readers...

Filem arahan Ahmad Idham, Cinderella, akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 19 Disember 2013.

Cinderella yang dibintangi oleh Fizo Omar, selaku Salman, dan Nelydia Senrose, selaku Nurul, merupakan sebuah filem yang ditunggu oleh peminat-peminat, terutamanya yang pernah mengikuti kisah Cinderella di kaca televisyen suatu ketika dulu.

Telah menjalani pengambaran sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, Cinderella turut dibintangi barisan pelakon hebat tanahair seperti Kamal Adli, Erin Malek, Fauziah Nawi, Datuk Jalaludin Hassan, Azizah Mahzan, Sahrolnizam dan Azlan Komen.

Terbitan ke sebelas oleh Excellent Pictures, Cinderella mengisahkan Nurul, gadis kampung berusia 22 tahun, tinggal bersama ibu tirinya, Ainon serta adik tirinya, Farah dan abang tirinya, Zamil.

Suatu malam, Zamil meluahkan rasa hatinya tetapi ditolak oleh Nurul menyebabkan Zamil bertindak ganas dan cuba merogol adik tirinya itu. Nurul berjaya lepas dan lari ke luar daripada rumah untuk menyembunyikan diri sehingga ke bilik penginapan Salman, anak seorang tokoh korporat terkemuka.

Mereka berdua diserbu oleh ketua kampung, tok imam dan beberapa orang kampung. Salman dan Nurul diberi dua pilihan - di bawa ke balai polis dan didakwa di mahkamah syariah atau berkahwin dan tidak kembali lagi ke kampung tersebut. Bagi menjaga namanya,Salman bersetuju dengan pilihan ke dua.

Apa seterusnya yang berlaku kepada Nurul dan Salman? Nantikan di pawagam bermula 19 Disember 2013.

Gambar "Behind The Scene" Cinderella 2013!



Thursday, September 12, 2013

Tayangan Eksklusif dan sidang media filem KL GANGSTER 2 @ TGV One Utama by shahroll

Thursday, September 12, 2013



As salam, hello readers...

Pada 9 September 2013 yang lalu, aku dan pengasas IniMedia berkesempatan menghadirkan diri ke majlis pra-tonton dan sidang media di TGV One Utama, Damansara. Ramai rakan media yang datang membuat liputan akan filem "most waiting" di pawagam ni. Sebanyak 3 hall pawagam dibuka untuk majlis pra-tonton tempoh hari.


masuk-masuk je jumpa "King" lakonan Riduan Hashim

Tayangan tamat pada jam 10.45 malam kerana bermula sekitar jam 9.00 malam lebih kurang memakan masa 1 jam 30 minit durasi filem keseluruhan. Sepanjang filem ditayang, adegan-adegan menarik dan aksi-aksi yang "real" terpapar untuk tatapan para penonton.

Dilengkapkan dengan efek bunyi yang berkesan, menambahkan lagi "perasa" filem tersebut.

Menunggu untuk masuk ke hall 5 sesi press conference

Menunggu lebih kurang 30 minit di luar hall 5, kerana di hall itu menempatkan pelakon, penerbit, rakan-rakan media dan jemputan-jemputan khas menonton. Selepas mendapat green light orang yang jaga pintu hall tu, aku dan Azri pun masuk untuk sama-sama berada di press conference.

 AG Hot.FM selaku pengacara majlis malam itu

Antara yang hadir malam itu adalah Rosyam Noor, Adam Corrie, Sofi Jikan, Dato Yusuf Haslam, Tengku Iesta, Sheera, Adi Putra dan Aaron Aziz

Mana Syamsul Yusuf selaku pengarah filem KL GANGSTER 2?

Seperti yang kita sedia maklum, ketirisan filem tersebut di dalam Internet serta banyak pautan-pautan yang membolehkan di muat turun secara PERCUMA, amat mendukacitakan Syamsul selaku pengarah. Oleh kerana filemnya di CETAK ROMPAK sebelum tayangan bermula, menambahkan lagi KEPERITAN perjalanan sebagai pengarah filem.

Dalam kenyataan Dato Yusuf Haslam, mungkin Syamsul akan menarik diri dari arena industri filem tempatan. Adalah satu kerugian besar dalam industri perfileman negara jika Syamsul benar-benar tidak lagi menghasilkan karya-karya bermutu seperti KL GANGSTER 2 dan seangkatan dengannya.

Syamsul boleh pergi jauh lagi dengan mengarahkan filem bertaraf antarabangsa.

Selain itu, para pelakon juga ditanya berapa lama tempoh shooting dan menurut Dato Yusuf, mereka bekerja selama 18 jam sehari untuk menyiapkan filem prekuel. Dengan budget yang burst sebanyak RM4.5 juta, filem ini memakan masa selama 48 hari penggambaran akan menemui peminat pada 3 Oktober 2013!

Dan, kita senang-senang download secara HARAM dan PERCUMA?

Support this film!!

sempat berborak dengan Dato Yusuf dan bergambar. Thanks Dato!

1st time jumpa Aaron Aziz secara live dan dekat! Woot2!

Official trailer KL GANGTER 2

follow my Instagram: shahrollphoto

enjoy!

Friday, August 23, 2013

Filem: Malam Gala pratonton KL Zombi @ eCurve by shahroll

Friday, August 23, 2013



As salam, hello readers...

Semalam bertempat di Cathay Cineplex, Damansara berlangsungnya majlis pra-tonton filem KL ZOMBI dari Grand Brilliance (LightBulb Pictures). Filem ini dibarisi oleh pelakon terkenal Zizan Razak, Izara Aisyah, Faeza Elai, Siti Saleha, Zain Hamid dan pelakon-pelakon lain. Filem KL ZOMBI adalah karya Adib Zaini dan di-publish oleh Buku Fixi.


29 Ogos 2013!!

Sinopsis:
Kalendar lama bertukar baru. Aliff baru mengajak Sofia berkahwin. Ana bakal memulakan hari pertama sebagai cikgu. Kamarul akan bertanding dalam program TV realiti. Dan Nipis seronok di dalam dunianya sendiri. Mereka tidak tahu yang dunia yang mereka kenali bakal berakhir. Aman-damai menjadi kacau-bilau. Tamadun hancur. Rutin harian berubah dan hanya Nipis yang mampu menyelamatkan keadaan.

5 sahabat baik (Nipis, Kamarul, Ana, Sofia dan Aliff) bergembira pada malam sambutan tahun baru di lembah Klang apabila tidak semena-mena seorang daripada mereka digigit anjing bervirus. Virus zombi tersebut bukan sahaja menjangkiti salah seorang daripada 5 sahabat tadi, malah merebak dari punca yang tak diketahui. Lama-kelamaan, virus tersebut merebak sampai ke sarawak dan ke seluruh malaysia. dalam keributan penularan wabak zombi, Nipis - seorang kaki teori konspirasi - mencadangkan mereka berpindah ke putrajaya di mana beliau percaya, kerajaan mempunyai kubu anti-serangan nuklear.

Sebanyak 50% adaptasi dari novel. Kata penulisnya, jika di filemkan "sebiji" seperti apa yang ada di dalam novel mengambil masa sebanyak 5 jam. HAHA! korang sanggup? So, dengan durasi yang biasa, korang boleh hadam lawak-lawak yang dijanakan oleh Zizan Razak dalam cerita ni.

Bajet keseluruhan filem ini adalah RM1.7juta, kata penerbitnya Tengku Iesta Tengku Alaudin. Nak tengok Tengku Iesta berlakon? dalam filem ni ada cameo jadi pengurus restoren pizza! yeahhh...

Izara jadi ZOMBI? haha.. not bad!

Dalam filem KL Zombi aku respect dekat special make up dia. Ferghh.. mantap kot? Tak keterlaluan kalau aku katakan, make up zombi nya lebih baik dari filem-filem zombi yang pernah keluar di pawagam (filem Malaysia eh!)

Selain dari unsur lawak, Zizan juga mampu melakonkan babak romantik dan juga serius. Time gedik-gedik tu selalu la tengok kan? Not bad Zizan, bro dah buktikan yang bro bukan pelakon 1 line saja, malahan verstail. Good job!

cosplay "KL ZOMBI"

Press Conference bersama para pelakon, penerbit, penulis dan pengarah

Jom layan MV KL ZOMBI


enjoy!

Saturday, June 15, 2013

(review) filem PECAH by shahroll

Saturday, June 15, 2013



As salam, hello readers...

11 Jun lepas aku bersama founder IniMedia, Azri ke eCurve Damansara untuk menonton pra-tonton filem PECAH yang mana diadaptasi dari best seller novel Fixi. Majlis gala ini juga di serikan dengan persembahan dari Projek Pistol yang membawakan lagu "Turun Dari Langit" dan juga "Wanita Seluruh Dunia"

Projek Pistol

Tepat jam 9 malam, kami dah bersedia untuk menghadam filem ini dengan mindset yang berbeza. Sebab pe? sebab, ini pertama kali novel "crime" diadaptasi ke filem dan aku melihatnya juga untuk pertama kali. So, expectation aku adalah tinggi!

Review:

-Kisah dimulakan dengan flashback. 15% dah down disebabkan dimulakan dengan pengimbauan. Nak dijadikan "teras" pada part-part yang lain, so style ni lebih mudah.

-Scene rompakan bank membosankan.

-Sinematograpi yang biasa-biasa saja. Suntingan juga biasa. Tetapi ada sikit menarik seperti CSI movie yang biasa aku tonton di AXN Channel bab yang ada 2-3 windows dalam 1 scene.

-Pelakon semua berjaya membawa watak masing-masing. Lebih-lebih lagi Sofi Jikan.

-Handling camera yang agak rush dan kasar. Aku tak tahu kenapa, mungkin ingin mencipta kelainan atau mungkin.... entahlah. Agak kepeningan aku bila menonton (certain part)

-"Related Scene" ada dan plot agak menarik. Walaupun tak 100% mengikut penulisan di dalam novel, tetapi kata penulis asal novel ini, "emosi" nya adalah sama.

-3/5 bintang untuk filem ini.

Cerita ni tak santai. Tetapi ada part yang menghiburkan. Otak kiri dan kanan harus berjalan seirama untuk mentafsir setiap scene yang dihidangkan. Well done to all production team!

13 Jun 2013!

sesi ramah mesra bersama pelakon, penerbit, pengarah...

Sidang Media...

wrap up! habiss...

enjoy!

Monday, May 27, 2013

Sinopsis Filem: LARI by shahroll

Monday, May 27, 2013



As salam, hello readers...

Ada tinggal 10 hari lagi untuk menunggu filem LARI yang diterbitkan oleh Excellent Pictures Sdn. Bhd membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Aaron Aziz, Dira Abu Zahar, Erin Malik, Ery Putra dan lain-lain lagi.

Pembukaan tayangan adalah pada 6 JUN 2013!

Poster by shahroll

Sinopsis:-

KHALIF (AARON AZIZ) merupakan seorang bekas askar yang tidak lagi berkhidmat dalam bidang ketenteraan. Dia telah mendapat berita yang mengejutkan berkenaan bapanya yang telah meninggal dunia akibat dibunuh.
Semuanya bermula, apabila KHALIF pulang ke kampung, dan melihat orang ramai berada di rumahnya. 

Bila dihampiri, dia mengetahui bahawa bapanya telah dibunuh oleh sindiket, manakala adiknya, INA (ERIN MALEK) telah dilarikan oleh mereka, kerana membalas perjanjian yang tidak jadi antara bapanya dan kumpulan sindiket berkenaan.

Berdasarkan pengalaman yang pernah diperolehnya daripada latihan ketenteraan dahulu, naluri KHALIF ingin mengetahui apa yang sebenarnya terjadi kepada keluarganya. Ini menyebabkan dia mula menyiasat apa yang berlaku, dan mula menemui petunjuk kepada kejadian tragik tersebut.

Dalam masa yang sama KJ (ERRY PUTRA) tidak menyenangi kehadiran KHALIF di kampung itu, kerana masih berdendam dengan kejadian yang berlaku dahulu, di mana KHALIF merupakan buah hati isterinya MAYA (DIRA ABU ZAHAR).

Kepulangan KHALIF juga membuat MAYA cukup bersimpati dengan apa yang terjadi, dia tekad mahu membantu KHALIF dalam menyelesaikan masalah tersebut. Pertemuan itu menyebabkan KJ semakin membenci KHALIF.

Petunjuk mengenai kejadian tragik itu membawa KHALIF memulakan perjalanan dalam mencari jawapan. Ketika tiba di perhentian keretapi, KHALIF merasakan kehadiran ahli sindiket, menyebabkan berlakunya pergaduhan dan dia cuba untuk melarikan diri. 

Dia terserempak dengan seorang pemandu teksi TAUGEH (HAZAMA AZMI), yang memang telah lama mempunyai impian untuk menjadi seorang wira.
Sejak itu, KHALIF dan TAUGEH bergandingan dalam mencari jawapan kepada apa yang berlaku terhadap bapanya dan juga INA.

Kepulangan KHALIF dan TAUGEH ke kampung semula, telah menyebabkan MAYA ingin bersama mereka untuk menyelesaikan masalah yang berlaku. Ketika itu juga, KHALIF mendapat petunjuk bahawa sindiket itu didalangi oleh penyeludup dari negara seberang dengan rakan subahat iaitu KJ. 

Ini telah menyebabkan KHALIF bersemuka dengan KJ untuk mengetahui di mana INA disembunyikan. Akhirnya KJ memberitahu mengenai hal sebenar.






enjoy!