Showing posts with label Grand Brilliance. Show all posts
Showing posts with label Grand Brilliance. Show all posts

Sunday, November 17, 2013

Nak jadi Pelakon? jom ke Grand Brilliance 2014 casting! by shahroll

Sunday, November 17, 2013



As salam, hello readers...

Salam Ahad semua. Korang sehat tak? harap semuanya baik-baik belaka. Aku ada nak buat sikit pengumuman pasal open casting menjadi pelakon dibawah Grand Brilliance. Macam best jek? haaaa...

Sekiranya kornag ada impian nak jadi macam Azlee Khairi (Mr. Arrogant) Izzue Islam, Zahiril Adzim, Redza Minhat ke, boleh datang beramai-ramai ke Sri Pentas pada 22-24 November 2013

Check it out this video bebeyhh;

Open casting- Grand Brilliance


enjoy!

Thursday, September 12, 2013

Tayangan Eksklusif dan sidang media filem KL GANGSTER 2 @ TGV One Utama by shahroll

Thursday, September 12, 2013



As salam, hello readers...

Pada 9 September 2013 yang lalu, aku dan pengasas IniMedia berkesempatan menghadirkan diri ke majlis pra-tonton dan sidang media di TGV One Utama, Damansara. Ramai rakan media yang datang membuat liputan akan filem "most waiting" di pawagam ni. Sebanyak 3 hall pawagam dibuka untuk majlis pra-tonton tempoh hari.


masuk-masuk je jumpa "King" lakonan Riduan Hashim

Tayangan tamat pada jam 10.45 malam kerana bermula sekitar jam 9.00 malam lebih kurang memakan masa 1 jam 30 minit durasi filem keseluruhan. Sepanjang filem ditayang, adegan-adegan menarik dan aksi-aksi yang "real" terpapar untuk tatapan para penonton.

Dilengkapkan dengan efek bunyi yang berkesan, menambahkan lagi "perasa" filem tersebut.

Menunggu untuk masuk ke hall 5 sesi press conference

Menunggu lebih kurang 30 minit di luar hall 5, kerana di hall itu menempatkan pelakon, penerbit, rakan-rakan media dan jemputan-jemputan khas menonton. Selepas mendapat green light orang yang jaga pintu hall tu, aku dan Azri pun masuk untuk sama-sama berada di press conference.

 AG Hot.FM selaku pengacara majlis malam itu

Antara yang hadir malam itu adalah Rosyam Noor, Adam Corrie, Sofi Jikan, Dato Yusuf Haslam, Tengku Iesta, Sheera, Adi Putra dan Aaron Aziz

Mana Syamsul Yusuf selaku pengarah filem KL GANGSTER 2?

Seperti yang kita sedia maklum, ketirisan filem tersebut di dalam Internet serta banyak pautan-pautan yang membolehkan di muat turun secara PERCUMA, amat mendukacitakan Syamsul selaku pengarah. Oleh kerana filemnya di CETAK ROMPAK sebelum tayangan bermula, menambahkan lagi KEPERITAN perjalanan sebagai pengarah filem.

Dalam kenyataan Dato Yusuf Haslam, mungkin Syamsul akan menarik diri dari arena industri filem tempatan. Adalah satu kerugian besar dalam industri perfileman negara jika Syamsul benar-benar tidak lagi menghasilkan karya-karya bermutu seperti KL GANGSTER 2 dan seangkatan dengannya.

Syamsul boleh pergi jauh lagi dengan mengarahkan filem bertaraf antarabangsa.

Selain itu, para pelakon juga ditanya berapa lama tempoh shooting dan menurut Dato Yusuf, mereka bekerja selama 18 jam sehari untuk menyiapkan filem prekuel. Dengan budget yang burst sebanyak RM4.5 juta, filem ini memakan masa selama 48 hari penggambaran akan menemui peminat pada 3 Oktober 2013!

Dan, kita senang-senang download secara HARAM dan PERCUMA?

Support this film!!

sempat berborak dengan Dato Yusuf dan bergambar. Thanks Dato!

1st time jumpa Aaron Aziz secara live dan dekat! Woot2!

Official trailer KL GANGTER 2

follow my Instagram: shahrollphoto

enjoy!